Monday, October 17, 2011

Khalid Ibrahim Mangsa Politik Kotor Azmin Ali!

Nak tahu kenapa muka Khalid jadi macam ni?

Sebabnya ialah Khalid Ibrahim mangsa politik ganas Pakatan Pembangkang di Selangor

emelut dan krisis dalaman termasuk agenda menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah satu cerita baru atau dakwaan palsu yang kononnya direka oleh UMNO terutama Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Ini adalah satu hakikat atau pekong yang sememangnya sukar untuk ditutup lagi sejak pakatan pembangkang menguasai Selangor

“Ini bukan cerita yang direka UMNO atau BN, Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa wujud usaha tertentu dari kalangan pemimpin PKR yang cuba menjatuhkan beliau. Ini disahkan sendiri oleh Anwar dan Azmin Ali.

“Soal siapa dan kenapa Khalid Ibrahim perlu dijatuhkan, adalah perkara dalaman mereka. Biarpun ada berteori orang tertentu mengidam jawatan Menteri Besar, itu semua adalah sebahagian gambaran sebenar PKR yang selama ini mendabik dada bahawa parti mereka paling syumul di muka bumi ini,” demikian pandangan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman.

Tegas beliau lagi hakikatnya Khalid Ibrahim jelas gagal mengemudi bahtera Selangor sebagai Menteri Besar.

“Tempoh lebih tiga tahun Khalid Ibrahim khususnya pakatan pembangkang mengemudi Selangor apa yang jelas kelihatan adalah kerajaan negeri diwarnai dengan pelbagai skandal pentadbiran, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sehingga membuatkan ada di kalangan ahli pakatan kurang selesa.

“Malah Khalid sendiri dilihat sekadar menjadi boneka pihak-pihak tertentu dalam pentadbirannya”, ujar beliau.

Terang Satim pelbagai isu seperti pemulangan arak, projek pasir, perumahan rakyat, kebanjiran pusat hiburan dan rumah urut termasuk isu DUMC–JAIS membuktikangayasebenar Khalid Ibrahim yang jelas menjadi keldai tunggangan kepada DAP sehingga sanggup membelakangkan baginda Sultan Selangor.

”Kini semuanya semakin bercelaru. Permasalahan rakyat yang kononnya menjadi perjuangan mereka sudah hilang entah ke mana. Perebutan kuasa dan politik sepak terajang di kalangan mereka sudah sampai ke tahap retak menanti belah.

”Jika Khalid dan konco-konconya benar-benar menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, sudah pasti beliau tidak akan mengabaikan kepentingan rakyat dengan menjual bangunan milik PKNS demi untuk menunjukkan kewangan negeri semakin kukuh, tidak akan tergamak menyusahkan pelajar dengan menutup asrama milik Yayasan Selangor dan sudah pasti beliau akan menghormati Sultan Selangor atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor dalam hal berkaitan akidah umat Islam!

”Namun beliau memilih untuk membelakangi rakyat dan Sultan demi untuk menjaga hati konco-konconya,” katanya yang juga merupakan ADUN Seri Serdang.

Tambah beliau lagi hari ini Khalid Ibrahim telah menjadi liabiliti kepada pakatan dan dibenci oleh rakyat Selangor kerana sikapnya yang keterlaluan menjaga kepentingan pihak tertentu.

”Maka usaha-usaha untuk menjatuhkan beliau sedang giat dijalankan kononnya untuk menyelamatkan kerajaan pakatan.

“Ironinya, di sebalik semua ini mungkinkah ada tangan ghaib yang sedang mengintai peluang untuk menjarah segala hasil mahsul milik rakyat Selangor?

”Segala masalah yang selama ini membelenggu kerajaan pakatan dilonggokkan di bahu Khalid Ibrahim sebagai kambing hitam. Ini adalah sebahagian putaran ganas permainan politik pakatan. Jelas mereka ini gagal membawa kemakmuran kepada rakyat negeri Selangor sebagaimana yang diharapkan oleh pengundi,” ujarnya. -MediaUMNO

4 comments:

RyzalMatAtan said...

Demi Bangsa Melayu yang di pejuangkan sekian lama.. harus lah kita kembalikan kepercayaan terhadap Barisan Nasional di Selangor, sekiranya ini tidak berlaku...tanah tumpah negeriku ini akan hamcur di mamah org yang tidak bertanggung jawab ( yang hanya pandai menabur janji semata-mata)

RyzalMatAtan said...

Manusia hanya pandai menabur janji tetapi adakah pandai mengotakan janji...

Anonymous said...

Amat malang pada rakyat Negeri Selangor.. selama ini inginkan sangat perubahan.. yang dibandar apa susahnya mereka semuanya orang kaya duduk bangolo.. tapi yang kebanyakanya orang cina.. yang banyak duit.. boleh tolong belikan undi orang kampong... yang terus melarat orang miskin kampung yang tidak akan terbela.. Khalid Gagap tak de masa lah hai orang Ijok nak lawat kamu.. kerusinya tengah di sorang tarik oleh Azmin Bin Ali..

rezqeen hill said...

I like my MP~ ;D