Wednesday, December 28, 2011

Ronnie Liu Gangstar Besar Di Klang


Ikuti pendedahan dari Sel13.com yang mendedahkan kegiatan Ronie Liew Ronnie Liu yang semakin bermaharajalela di Klang... Perlukah rakyat menyokong seorang gengstar besar untuk menjadi wakil rakyat?? Ingat... PRU ke 13 nanti, jangan buat silap lagi....


Seperti yang kita semua maklum Ronnie Liu adalah seorang gangstar yang banyak terlibat dengan kerja-kerja underground sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Dia pernah terlibat dengan sindiket pelacuran dan pelbagai kegiatan gelap lagi.

Selepas menjadi wakil rakyat dan diangkat sebagai exco kerajaan tempatan Selangor, maka dia telah pun menjadi taikun besar. Segala kegiatan-kegiatan haram di Selangor semuanya dikawal olehnya maklumlah dia yang berkuasa keatas agensi kerajaan tempatan.

Ronnie pernah menunjukkan kuasa ‘abang besar’ nya terhadap kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam apabila meminta mereka memulangkan arak-arak yang dirampas.

Ronnie juga pernah terlibat dengan pengeluaran surat-surat palsu untuk untuk projek-projek Majlis Perbandaran Klang yang bernilai jutaan ringgit .

Selain itu dia juga bersekongkol dengan taikun-taikun cina yang terlibat dengan pencurian pasir di Selangor.

Jika hendak disenaraikan , kegiatan-kegiatan haram Ronnie memang terlalu banyak. Blog Unspinners ada menulis tentang kegiatan haram Ronnie di sini dan banyak lagi ada di sini.

Walaupun pendedahan demi pendedahan yang dilakukan , tetapi Ronnie tetap tidak dialihkan dari kerusinya oleh Khalid Ibrahim dan DAP kerana bagi mereka Ronnie telah menjalankan ‘tugasnya’ dengan baik bagi mencari dana-dana haram untuk mereka. Bagi mereka Ronnie adalah pakar dalam hal kegiatan-kegiatan gelap dan hanya orang yang pakar sahaja yang boleh berurusan dengan gangstar serta kumpulan mafia.

Terbaru adalah berkenaan dengan perlantikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang. Jawatan tersebut kosong sejak beberapa bulan yang lepas, tetapi tidak diisi sehingga kini kerana calon-calon yang ditemuduga tidak kena dengan selera Ronnie selaku exco PBT.

Klang adalah lubuk kepada segala kegiatan haram samseng-samseng cina. Apabila tidak ada YDP maka sudah tentulah si samseng-samseng bermarajalela dengan perniagaan-perniagaan haram mereka. Ronnie sengaja membiarkan jawatan berkenaan kosong dalam tempoh yang lama kerana ibarat kapal tanpa kapten maka sudah tentulah pelayaran yang dikawal oleh anak-anak buah tidak sempurna.

MB Selangor pula tidak boleh bercakap banyak kerana Klang adalah lubuk DAP dan membiarkan DAP terus bermarajalela disana.Selagi tidak ada calon yang boleh dicucuk hidung oleh Ronnie untuk mengisi jawatan YDP MPK , maka selagi itulah jawatan berkenaan akan dibiarkan kosong oleh mereka.

Sumber Sel13.com

2 comments:

Anonymous said...

Adakah ini wakil rakyat yang kita mahukan?Mempelopori kegiatan judi dan pelacuran dan memegang kerusi yang menjaga keseluruhan PBT untuk kepentingan diri sendiri?Klang dari dahulu dikenali sebagai lubuk kongsi gelap di Malaysia tetapi membenarkan mereka bermaharajalela merupakan satu dosa besar.Ronnie liew tidak layak menjadi ahli parlimen.

Anonymous said...

Melayu bongong sahaja yang yg tak sedar apabila mereka menyokong PKR/DAP mereka sebenarnya menyokong gangster gangster yg bertuhankan wang ini, lambat laun akan membunuh penyokong mereka. "Don't make a pack with devils", they will soon eat you up!