Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

PBTM Sg. Balang Serah Memorandum Kepada Mat Sabu


Kemarahan bekas pasukan keselamatan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu masih belum reda apabila Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Balang menyerahkan memorandum bantahan terhadap pemimpin Pas itu semasa ceramahnya di Parit Bugis di sini malam tadi.

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Ketua PBTM cawangan itu, Mejar (B) Othman Ma'an dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Parlimen Bakri, Mohd. Radzi Amin kepada Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu pada pukul 9.45 malam sebelum pemimpin Pas itu menyampaikan ceramahnya.

Sebelum itu, seramai kira-kira 20 ahli PBTM bersama Gerakan Belia 4B berarak sejauh kira-kira 50 meter dengan membawa sepanduk menyatakan kekesalan mereka terhadap kenyataan Mat Sabu yang memperlekehkan pengorbanan pasukan keselamatan negara pada peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong pada 1950.

Othman berkata, pihaknya menyerahkan memorandum berkenaan untuk berhadapan dengan pemimpin Pas itu sendiri bagi menyatakan rasa marah dan kesal mereka terhadap kenyataan beliau itu.

"Kenyataan yang dibuat Mat Sabu telah mengguris perasan kami khususnya golongan veteran tentera dan anggota keselamatan yang berjuang bermati-matian menentang pengganas komunis demi mempertahankan tanah air yang kami cintai.

"Kami bukan minta disanjung tetapi dengan pengorbanan itulah hasilnya sekarang negara mencapai kemerdekaan dan rakyat boleh hidup aman dan damai termasuk juga Mat Sabu," katanya di sini.

Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu menimbulkan kontroversi apabila menganggap pengganas komunis sebagai hero sebenar dan bukannya 25 anggota keselamatan dan keluarga mereka yang dibunuh dalam tragedi serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

Program ceramah Mat Sabu malam tadi berlangsung dengan aman. Turut hadir menyampaikan ceramah ialah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng serta Ketua Cabang Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard.
-Utusan

Berita terdahulu : Mat Sabu Komunis Kena Maki Di Muar !

Monday, December 12, 2011

Mat Sabu Komunis Kena Maki Di Muar ! #marxsabu


Orang Muar Johor sambut Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) dengan spanduk pedas! "Pergi Jahanam Sabu Keparat Jangan Perkecilkan Perjuangan Kami!".

Ternyata kehadiran pengkhianat, Mat Sabu di Muar telah mendapat tentangan hebat daripada penduduk tempatan.

Mat Sabu di labelkan sebagai pengkhianat perjuangan bangsa Melayu yang berjuang menuntut kemerdekaan selepas mengeluarkan kenyataan berhubung tragedi Bukit Kepong.

Banyak pihak kesal dengan kenyataan Mat Sabu yang menyatakan bahawa pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara


Persatuan Bekas Ahli Tentera Malaysia cawangan sungai balang, Muar menentang keras kehadiran Mat Sabu di kawasan mereka.

Meraka turut mendesak mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Mat Sabu.


Ketegangan berlaku diantara kedua penyokong, FRU terpaksa turun untuk mengawal keadaan...


Mat Sabu dengan angkuh telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan. Kenyataan seperti itu adalah manifestasi kealpaan Mat Sabu terhadap sumbangan besar pemimpin Melayu terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Tuesday, December 6, 2011

Komunis Mat Sabu Buktikan Dia Bersalah! #Marxsabu


Tahniah... Hari ini dalam sejarah... Timbalan Presiden Ahlul PAS buktikan dirinya seorang yang tak betul! Tak pernah dibuat dek orang brozz...!

Utusan tunggu apa lagi? Saman balas balik si ahlul Mat Sabu ni... Sila saman berjuta-juta! biar dia muflis, hilang terus kelayakan untuk bertanding!! Pengkhianat negara ni mesti diajar sikit!!

---
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak saman yang dibawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terhadap Utusan Melayu (Malaysia)Berhad berhubung penerbitan satu artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

Hakim Datuk John Louis O'Hara memutuskan saman yang difailkan plaintif (Mohamad) merupakan kes biasa dan jelas untuk ditolak, tanpa adanya kenyataan sokongan yang mencukupi mengenai butiran penerbitan dalam saman itu.

Oleh itu, katanya, saman itu menyakitkan hati, tidak serius, melampau dan menyalahguna proses mahkamah.

Katanya, plaintif (Mohamad) perlu mengesahkannya dengan butiran penerbitan yang mencukupi dalam samannya, yang diperlukan di bawah undang-undang.

Hakim O'Hara menolak saman itu dengan kos RM5,000.

Beliau membuat keputusan mengenai permohonan untuk menolak saman itu yang difailkan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu. Pada 14 September lepas, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, 57, memfailkan saman itu dan mendakwa bahawa kedua-dua defendan dengan berniat jahat menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos dan dua lagi artikel hari berikutnya, yang dikatakannya mengandungi elemen fitnah.

Beliau mendakwa ketiga-tiga artikel itu berkaitan dengan isu serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Johor.

Mohamad mendakwa penerbitan artikel-artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia merupakan penyokong komunis, telah menyimpang daripada ajaran Islam dan hilang keyakinan dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai seorang pengganas komunis.

Berikutan penerbitan artikel-artikel itu, Mohamad berkata dia berasa malu dan maruah, kredibiliti serta reputasinya juga terjejas.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk dan juga perintah mahkamah kepada defendan supaya memohon maaf dan menarik balik artikel yang didakwa memfitnah. - Bernama

Sunday, December 4, 2011

Video KJ: Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu Kini Jadi Balaci DAP


Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu (Mat Sabu) mendakwa, ucapan dan perbahasan dalam perhimpunan agung UMNO yang sedang berlangsung menggambarkan agenda sebenar ‘perkauman’ parti pemerintah.

Tegas Khairy, Mat Sabu rela menjadi “pak turut” kepada DAP semata-mata mahu memastikan mereka mendapat kuasa.

“Dulu dia serang Anwar ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, tetapi hari ini dia rela menjadi “pak turut” kepada DAP, balaci kepada DAP semata-mata mahu pastikan mereka memerintah. Tidak ada pegangan langsung,” katanya.

Saturday, December 3, 2011

Mat Sabu Timbalan Presiden PAS... PIS... PUS... #PAUMNO


Perwakilan Umno Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahya hari ini berkata timbalan presiden PAS, Mat Sabu "mendapat rahmat" daripada kerajaan.

Sindiran Shabudin yang juga ADUN Permatang Berangan, berkata Mat Sabu mendapat faedah apabila kerajaan membuat jalan masuk ke kawasan perumahan yang kebetulan terdapat rumah Mat Sabu di kawasan DUN tersebut.

"Keliling rumah dia, penyokong kita, kerana orang kita, dia dapat rahmah. Tapi dia pi tempat orang dia kata macam-macam," kata Shabudin ketika membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Menurut Shabudin lagi, beliau pernah bertanyakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, untuk mendapatkan pengesahan pendapatan yang diperolehi Mohamad mencecah RM20,000.

Bagaimanapun, tiada jawapan yang diberikan berhubung pertanyaannya itu," tambahnya.

Sementara itu, Perwakilan Umno Terengganu Komaruldin Omar pula mempersoalkan kepada ahli PAS sama ada Mat Sabu "lebih mulia" daripada Nasaruddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang disifatkannya sebagai tokoh ulama sewaktu bertanding jawatan timbalan presiden PAS.

"Apakah tokoh agama dalam PAS, lebih rendahnya martabatnya daripada orang seperti Mat Sabu apabila dipilih menjadi timbalan presiden PAS.

"Kalau berlaku apa-apa kepada PAS, Mat Sabu lah yang akan menjadi presiden dan apa yang dia nak bawa," sindir Komarul.

Beliau juga mengajak jentera Umno di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat datang ke Terengganu bagi mempelajari bagaimana cara Umno negeri itu merampasnya dari PAS pada 2004.

Hayati lah Video PAS... PIS.. PUS...

Tuesday, November 22, 2011

Timbalan KSU Mengaku Berkhalwat!

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan semalam mengaku bersalah kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April lalu.

Pengakuan itu dibuat Salim, 51, dan Nur Diayana, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya sebaik sahaja pertuduhan dibacakan semula terhadap mereka.

Ketika dihadapkan ke mahkamah sama pada 19 April lalu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Salim yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam dilihat gelisah manakala Nur Diayana yang memakai jubah hijau menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan tersebut di kandang tertuduh.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.

Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi pada 16 April lalu di bilik bernombor 224 sebuah hotel di Batu Feringghi.

Tak kira lah lu dari parti mana... Salah tetap salah!!! Mat Sabu bilik 121... bila nak buat pengakuan pula? 

Monday, October 24, 2011

[video] Pentas PATRIOT: Khairy - Pengganas Komunis Bukannya Wira


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mengadakan program jelajah itu bagi memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai sejarah sebenar perjuangan mempertahankan kemerdekaan negara.

"Pengganas komunis bukannya wira dan mereka tidak boleh diagungkan kerana telah membunuh banyak nyawa orang Melayu, Cina dan India," katanya selepas menjayakan program itu di Dataran Majlis Perbandaran Muar (MPM), Bukit Kepong kemarin.

Khairy berkata, program Pentas Patriot akan diperluaskan ke setiap negeri dan Sungai Siput, Perak akan menjadi destinasi kedua siri jelajah itu.

Kerajaan Punya Bukti Mat Indera Anggota Komunis- DS Najib


Kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan rakaman tembualnya dengan anggota polis serta catatan sebuah buku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata berdasarkan rakaman temubual itu yang kini berada dalam simpanan polis, Mat Indera sendiri mengaku mempunyai fahaman dan ideologi komunis selain terlibat merancang dan menembak anggota polis dalam insiden Bukit Kepong di Muar pada 1950.

“Saya sudah buat siasatan dan kita sudah ada bukti untuk diberitahu kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra kemarin.

Najib berkata selain rakaman, terdapat sebuah buku bertajuk “New Light on the Malayan Communist Party” oleh C.C.Chin dan Karl Hack, dengan setiausaha agung PKM Chin Peng sendiri memberitahu bahawa Mat Indera adalah anggota parti berkenaan.

“Kalau hendak angkat orang seperti ini (Mat Indera), salah tafsir sejarah, menidakkan keperwiraan, ini tidak betul. Kerajaan Barisan Nasional akan tetap mempertahankan perwira negara sampai bila-bila.

“Tegas Najib, rakyat perlu sedar bahawa hanya pejuang kemerdekaan sebenar yang akan dikenang dan dipertahankan, bukannya komunis seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan.

“Saya hairan dan pelik apabila ada pihak cuba mengagungkan komunis yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi hakikatnya pejuang yang sebenar adalah polis dan tentera, bukan komunis,” katanya.

Beliau mempersoalkan apakah muslihat pemimpin berkenaan yang cuba mengagungkan komunis.

Najib turut menyifatkan mereka yang menyalah tafsir sejarah negara serta menidakkan, mencemuh dan memperlekeh jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara, sebagai melakukan kesalahan yang tidak boleh diampunkan.

Ditanya sama ada rakaman tersebut akan didedahkan kepada umum, ketika siding akhbar kemudian, Najib berkata ia bergantung kepada keperluan.

Mengenai sama ada kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyokong kenyataan Mat Sabu, Najib berkata soal undang-undang adalah isu lain kerana apa yang lebih penting adalah sikap mereka yang mempertikaikan pengorbanan pejuang keamanan negara.

“Tindakan undang-undang hanya jika mereka salah di sisi undang-undang… tetapi sikap itu yang perlu dijawab melalui pendirian,” katanya.

Saturday, October 8, 2011

Pergaduhan Di Rembau, PAS Guna Senjata #marxsabu


Bantahan orang ramai terhadap kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu ke negeri ini berterusan dan terbaru apabila beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepadanya pada sesi ceramah parti itu di Kampung Pulau Bintungan.

Bagaimanapun kumpulan yang diwakili 70 orang terdiri daripada beberapa NGO yang diketuai Gerakan Memartabatkan Perjuangan Nasional (GMPN), kecewa selepas mereka dihalau dengan kasar oleh penyokong pembangkang ketika cuba menyerahkan memorandum kira-kira pukul 10.15 malam.

Berikutan itu, insiden tolak menolak berlaku antara kumpulan berkenaan sebelum pergaduhan tercetus antara mereka yang tidak berpuas hati dengan kehadiran rombongan GMPN.

Beberapa ahli kumpulan berkenaan cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.

PAS guna kerusi sebagai senjata belasah orang awam


Keadaan kemudian tidak terkawal menyebabkan Unit Tindakan Ringan (LSF) polis bergegas ke lokasi bagi meredakan keadaan.

Dua wakil GMPN akhirnya dibenarkan masuk bertemu Mat Sabu kira-kira pukul 10.30 malam selepas Ketua Cabang Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard keluar untuk berunding sebelum menyerahkan memorandum berkenaan.

Di sebalik bantahan dan suasana tegang itu, Mat Sabu masih meneruskan ceramahnya sebelum ia berakhir kira-kira pukul 12 malam.

Sementara itu, wakil GMPN, Mohd. Arafat Muhammad kesal dengan insiden tersebut kerana penganjur sebelum itu memaklumkan wakil mereka akan dibenarkan masuk tanpa sebarang halangan.

‘‘Sebelum ini kita telah berbincang dengan wakil penganjur sebelum ke kawasan ceramah itu kerana diberitahu empat wakil kami akan dibenarkan masuk menyampaikan memorandum kepada Mat Sabu,” katanya. Selanjutnya..


Video PAS, PKR Ganas! Chegu Bard Sengaja Cetus Pergaduhan!

Kecoh! Unit Amal PAS Serang Orang Awam Di Ceramah Mat Sabu

Sambutan Mat Sabu Di Rembau Hambar!

Friday, October 7, 2011

Video PAS, PKR Ganas! Chegu Bard Sengaja Cetus Pergaduhan!


Seperti yang mereka rancangkan.... Mereka bertindak ganas dan sengaja mencetuskan pergaduhan semata-mata mahu mencari publisiti murahan! Chegu Bard dengan penyokong fasik PAS yang kini menjelma sebagai komunis Bukit Kepong!




Video: CILI API BLOGGERS

Kecoh! Unit Amal PAS Serang Orang Awam Di Ceramah Mat Sabu #marxsabu #Rembau


Berlaku kekecohan di ceramah Mat Sabu, Unit amal PAS tidak bertemadun menyerang orang awam. Rata-rata yang hadir mereka sayangkan melayu turun bantu basmi komunis, dan mahu melihat sendiri betapa ceteknya pemikiran Mat Sabu berhubung sejarah tanah air kita. Terdahulu Mat Sabu mengiktiraf komunis sebagai perjuang kemerdekaan...


NGO akan terus menentang Mat Sabu walaupun apa yang terjadi. Matlamat mereka adalah untuk menghantar memorundum. Kenapa Mat Sabu boleh hantar memorundum kepada DYMM yang di Pertuan Agung. Apa salah NGO melayu hantar pada Mat Sabu tapi mereka disambut dengan pukulan dan hentaman dari orang Pas dan PKR?


Matlamat penduduk tempatan yang kurang senang dengan kehadiran Mat Sabu menganggu ketenteraman kampung mereka tercapai apabila 2 orang akhirnya dibenarkan jumpa Mat Sabu walaupun sebelum ini mereka di sepak terajang dan dipukul oleh unit amal Pas dari Johor.

Berita terdahulu: Sambutan Mat Sabu Di Rembau Hambar!

-Politik Negeri Sembilan

Thursday, October 6, 2011

Sambutan Mat Sabu Di Rembau Hambar! #marxsabu

Promosi bagai nak rak! Sambutan Hampeh!


Tapak ceramah Mat Sabu... hanya 1 kemah sahaja....

Inilah lautan bendera yang di katakan oleh Chegu Bard PKR
 menerusi laman twitternya....


Hanya berapa kerat sahaja bendera di gantung....

Gambar-gambar diatas sebelum ceramah bermula... dan telah berlaku pergaduhan sebentar tadi di percayai bermula dari kedangkalan puak PAS dan PKR yang datang dari luar Negeri Sembilan... Seperti yang dijangkan mereka akan buat kecoh dulu dan akan menunding jari kepada pihak yang lain.... 

Bagaimana pun keadaan terkawal...

Gambar sebelah malam selepas ini... 

Wednesday, October 5, 2011

Chegu Bard Lapar Dahagakan Publisiti - Bawa ‘Gangster’ PKR Di Ceramah Mat Sabu!


Chegu Bard atau nama gelinya Badrul Hisham Saharin akan menjadi kurang warasnya apabila setiap kali bulan mengambang tiba.... Si badut ni juga adalah calon PKR yang dikalahkan oleh KJ di P.131 Rembau. Bukan setakat kalah saja malahan tak pernah menang setiap kali namanya di calonkan.

Menurut maklumat yang di terima dari rakan-rakan di Seremban malam esok Chegu Bard yang mengupah budak-budak bermotosikal akan membuat kecoh di ceramah Mat Sabu.

Di antara arahan yang di keluarkan oleh Chegu Bard malam ini ialah budak-budak upahan tersebut di kehendaki menyamar sebagai Samseng Pemuda Umno, lepas macam biasalah... Dia orang akan kata yang samseng itu Umno yang baik itu puak Pakatanis! Senang sikit Chegu Bard nak dapat publisiti murahan nanti!

Selain daripada itu Chegu Bard juga sudah mewar-warkan yang pemuda Pakatanis akan berkampung di Seremban..

Confirm esok lusa, muka Chegu Bard dan Mat Sabu keluar di akbar utama, tajuk Pemuda Umno buat kecoh di Ceramah Mat Sabu... Politik bro... Politik murahan sudah menjadi lauk Pakatanis!!

Silap-silap dia orang ni lah yang lempar bom petrol di rumah Mat Sabu tempohari...

Seterusnya baca di sini...

Saturday, October 1, 2011

Mat Sabu Perlu Pohon Maaf Kepada Sultan Kedah! :Titah Baginda Sejarah Negara Tidak Wajar Dipolitikkan. #marxsabu


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini bertitah bahawa mana-mana pihak tidak wajar mempolitikkan sejarah negara, sebaliknya menjadikan ia sebagai panduan hidup.

Baginda bertitah sejarah menjadi inti kepada jati diri dan ia merupakan kompas hidup seseorang.

"Sejarah tidak wajar dipolitikkan. Jika sejarah menyatakan komunis menyerang rakyat dan anggota keselamatan suatu ketika dahulu, janganlah pula kita menyatakan sebaliknya dan menghalalkan kekejaman komunis.

"Beta melihat anak-anak muda terlalu berorientasikan masa depan. Memang banyak kebaikan kita memikirkan masa depan, kita akan berusaha mengejar cita-cita dan bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu kerja," titah baginda pada majlis Konvokesyen ke-24 Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bagaimanapun, titah baginda terlalu berorientasikan masa depan juga mempunyai keburukan kerana kita akan melupai fakta sejarah.

"Seperti kata ahli falsafah barat, mereka yang tidak mempelajari sejarah akan didera dengan mengulangi segala kesalahan dahulu," titah Sultan Kedah.



Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu harus memohon maaf kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana beliaulah orang pertama yang mempolitikkan sejarah negara!



Ketua Komunis Chin Peng Dilaporkan Tenat


Bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dilaporkan dalam keadaan tenat selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Thailand.

Chin Peng telah dimasukkan ke hospital tersebut dua yang hari lalu.

Difahamkan bahawa Chin Peng kerap mendapatkan rawatan perubatan dalam tempoh dua bulan lalu.

Chin Peng kini memasuki usia 87 pada 21 Oktober ini.

Kredit kepada Mat Sabu yang dilihat secara lahirnya menerapkan unsur - unsur komunis alaf baru supaya menentang Kerajaan.

Friday, September 23, 2011

Sejarah Mat Indera Dan Mat Sabu


SEJARAH tidak boleh DIUBAH kerana ianya berdasarkan dari FAKTA, tetapi sejarah boleh berulang KEMBALI!

Thursday, September 22, 2011

Awek Naik Motor Hanya Pakai Seluar Dalam - Ajaran Siapa Ni? #marxsabu



Selepas menonton klip video phone seks Mat Sabu di bilik 121, kedua-dua pasangan ini keluar bersiar-siar menaiki motosikal kapcai dimana aweknya hanya memakai seluar dalam sahaja.

Inilah akibatnya apabila pengaruh seks yang di bawa oleh pemimpin Pakatan Pembangkang yang tiada sempadannya. Kena tangkap khalwat pun boleh lepas, ada bukti rakam video, CCTV pula tak boleh pakai...

Agak-agaknya kalau ada video pasangan ini melakukan persetubuhan, boleh pakai tak video tu?

Zaman sekarang semuanya tutup sebelah mata je bro.... ha.. ini lah padahnya...

Kejadian dipercaya berlaku di Kajang, Selangor.. Tempat Menteri Besar siapa tu?

Fikir-fikirkanlah....

Lepas Bapak! Anak Mat Sabu Pula Hina Polis! #marxsabu


Selepas bapanya menghina pejuang bukit kepong, anak lelaki Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu iaitu Ahmad Saiful Islam, 23, pula menuduh polis menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah mereka. 

Ini lah rupanya cara Mat Sabu mendidik anak-anaknya, membenci kepada polis yang menjaga keselamatan negara. 

Yang tak betulnya, anak perempuan Mat Sabu Nurul Huda pula pergi buat repot kat balai polis! tak ke bangang namanya tu? 


Huru hara lah...


Justeru itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan anak lelaki Mat Sabu itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis bersifat profesional dalam menjalankan kerja mereka.

"Orang menuduh polis macam-macam, jadi timbanglah sendiri. Pada saya bila satu kejadian berlaku, kita adalah satu agensi yang telah menekankan selama ini dan akan datang bahawa we are professional agency.

"Kita bersikap terbuka dan adil dengan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Triaj PDRM di Balai Polis Travers.

Wednesday, September 21, 2011

Mat Sabu Kehilangan Penyokong... Makamah Tetapkan Perbicaraan Mat Sabu 5 Hingga 9 Disember #marxsabu


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah.

Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan sebutan kes pada 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.

Sementara itu, tidak ramai penyokong pemimpin PAS hadir mahkamah tersebut, amat memalukan Timbalan Presiden PAS tidak mempunyai sokongan yang kuat.




Photo: Dr MiM, Generasi Pejuang Bangsa