POLITIK HARIAN: Haramkan Perkataan ISLAM Yang Dinamakan Kepada Parti PAS!

Wednesday, July 20, 2011

Haramkan Perkataan ISLAM Yang Dinamakan Kepada Parti PAS!

Berdasarkan kepada pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam, ianya seharusnya diberikan perhatian.

Ini adalah kerana Islam itu adalah satu agama (addiin) yang diciptakan oleh ALLAH SWT melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH SWT dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud ‘Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam’.

Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.

Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli.
Demikian juga Islam sebagai agama (Addiin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam.

Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan,Terengganu dan Kedah yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.

Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan ‘Ikhwanul Muslimin’, di Pakistan ‘Jamiatul Islamiah’, di Indonesia ‘Mahsumi’ yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia). Baca lagi...

3 comments:

hasrul sepang said...

PAS trus dicucuk hidung DAP&tanam smngt p'ganas yg m'zalimi rkyt. S'gup bohong+fitnah+ putarbelit.

Anonymous said...

Pas pengkhianat melayu dan islam

Anonymous said...

yang suka agar islam terhina ni setan dan sekutunya saje. musuh yg allah suruh isytiharkan sebagai musuh melainkan ada sorng tu ngan puak2 dia nak buat kawan.org beriman takut buat sesuatu yg MUNGKIN akan menjejaskan kemuliaan islam. tapi kalu dengan jelas akan menjejaskan kemuliaan islam tu tetap jugak dia buat, besekutu ngan setan le gamaknye.