Friday, September 23, 2011

Tarikh Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 November 2011?

Percaya atau tidak inilah tarikh Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 yang akan berlangsung pada November 2011. Insyallah...


Oleh itu marilah kita segarkan kembali sejarah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malay National Organisation) biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR. Sejarah ini amat penting yang perlu diketahui oleh anak-anak muda zaman serba canggih ini... supaya mereka tidak lupa dan tidak memandai-mandai untuk mereka-reka sejarah sendiri...


Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Betapa mulianya UMNO lahir di Istana Besar Johor Bahru manakala PAS sebagai parti politik adalah serpihan daripada UMNO.



Pada tahun 1951 PAS ditubuhkan sebagai persatuan yang berasingan daripada UMNO, sebagai parti politik baru. Ternyata bahawa kemunculan PAS sebagai parti politik adalah serpihan daripada UMNO. Serpihan yang bukan dari hati yang suci dan murni, tetapi kerana kecewa. Kekecewaan telah menjadi faktor utama wujudnya parti-parti serpihan di dalam arena politik di negara ini.

Serpihan-serpihan itu menyebabkan UMNO sedikit sumbing. Walaupun sumbingan-sumbingan itu boleh diperbaiki, tetapi serpihan-serpihan yang membawa parti induk menjadi sumbing ini, adalah fenomena yang negatif di dalam perjuangan UMNO untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Ia seharusnya tidak dibiarkan berlaku berulang-ulang kali. Namun kelemahan dan ketamakan manusia, tidak mudah dikawal dan tidak sesiapapun yang dapat menjamin politik serpihan ini tidak berulang sehinggan kesumbingan di dalam perjuangan bangsa dapat dibendung.

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.

“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram".



PILIHAN RAYA PERTAMA MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, 27 JULAI 1955

Suasana sekitar pilihan raya umum di Tanah Melayu, UMNO, MCA dan MIC bergabung membentuk Parti Perikatan. Parti Perikatan telah menang besar 51 buah kerusi dari 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi dimenangi PAS.

Insyallah PRU Ke-13 Barisan Nasional (BN) akan tawan kembali negeri-negeri yang dirampas oleh Pakatan Rakyat(PR)!

No comments: