Wednesday, October 19, 2011

DS Najib Jemput Peminat Bola Sepak Tonton Perlawanan EPL Di Seri Perdana! Glory Glory MU!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengajak peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara pasukan Manchester United dengan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya, pada jam 8 malam Ahad ini (23 Oktober 2011). Untuk makluman, Datuk Seri Najib sendiri merupakan penyokong kuat Manchester United yang dikenali juga dengan nama The Red Devil.

Bagi peminat pasukan Manchester United ataupun Manchester City yang ingin turut serta menyaksikan perlawanan ini bolehlah mendaftarkan diri di laman web 1Malaysia untuk mendapat jemputan bagi menyaksikan perlawanan ini. Anda juga akan dibenarkan untuk membawa seorang teman bersama dengan anda pada malam tersebut nanti.

Pendaftaran ini akan dibuka sehingga pukul 5 petang esok iaitu Khamis 20 Oktober 2011. Jadi, jom daftar ramai-ramai sebelum terlepas peluang untuk menyaksikan perlawanan antara Manchester United dan Manchester City bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Info Majlis

Tarikh: 23 October 2011
Masa: 8:00 pm to 11:00 pm
Lokasi: Seri Perdana

No comments: