POLITIK HARIAN: Himpunan Sejuta Umat Anti-Murtad: Pemuda Mahu... PAS Pusat Tolak!

Wednesday, October 19, 2011

Himpunan Sejuta Umat Anti-Murtad: Pemuda Mahu... PAS Pusat Tolak!


'Keputusan politik’ ini memang dijangka.Mesyuarat Biro Politik PAS Selasa malam buat keputusan parti itu tidak akan sertai Himpunan Sejuta Umat anti-murtad di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam satu kenyataan memberi alasan keputusan itu dibuat kerana ia dimaklumkan bahawa majlis ini (yang dianjurkan oleh NGO ) tidak melibatkan parti-parti politik.

“Maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program,”katanya.

Sebaliknya sebelum ini Setiausaha Sekretariat Himpun, Aminuddin Yahaya dipetik sebagai berkata, Himpunan Sejuta Umat merupakan satu perhimpunan yang dianjurkan tanpa sebarang kepentingan politik namun kesemua wakil parti dan NGO digalakkan hadir.

Juga Ketua Pemuda PAS Nasarudin Hasan pada sebelah pagi mengeluarkan satu kenyataan memberitahu pergerakan itu akan turut serta dalam himpunan berkenaan.

Namun beberapa jam kemudian Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali dipetik oleh sebuah portal berita sebagai berkata Pemuda PAS kena ikit keputusan yang bakal dibuat oleh parti – merujuk kepada mesyuarat Biri Politik PAS yang akan bermesyuarat pada sebelah malam.

Kalangan pemerhati politik menilai PAS membuat keputusan itu atas sebab politik takut ‘menyinggung’ rakan politiknya DAP dan takut hilang undi bukan Melayu.

Sehingga berita ini ditulis (awal pagi Rabu) belum dapat dipastikan lagi samaada Pemuda PAS akur dengan keputusan Biro Politik PAS atau sebaliknya.

Kira-kira 1,000 NGO terlibat dalam penganjuran himpunan itu yang diadakan ekoran kehangatan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) keatas gereja DUMC di Petaling Jaya baru-baru ini.

Himpunan itu dikatakan untuk meluahkan kebimbangan terhadap kegiatan pesongkan akidah umat Islam dan menunjukkan solidariti umat Islam menentangnya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dijangka turut berucap di himpunan itu..

Dalam isu gereja DUMC ramai yang hairan melihat gelagat PAS yang ‘ goyang’ untuk menyuarakan pandangan sedangkan Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali adalah dari parti itu.

Tidak kurang menarik ialah wujud semacam cakap tidak serupa bikin dalam kenyataan Haji Hadi mengumumkan parti itu tidak akan menyertai himpunan berkenaan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau:

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Contohnya beliau bercakap mengenai soal pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai...namun pihak mana yang kebelakangan ini cukup galak dengan kegiatan kafir mengkafir sesama Islam.

Ini belum lagi bab mengata merekalah ‘ lebih Islam’ dari orang Islam lain dan pangkah PAS masuk syurga.

Juga isu sembahyang dua imam itu perbuatan siapa.

Beliau juga nampaknya cukup berhati-hati nak jaga perasaan pengundi bukan Melayu bila berkata PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama.

Juga katanya sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Ada yang bertanya apakah PAS selama mempraktikan apa yang Haji Hadi kata ini ?. -Agendadaily

PAS is Dead!

1 comment:

Anonymous said...

PASesat=PKafiR