Monday, February 4, 2013

"Itu Dia (Karpal) Punya Pasal" - Nik Aziz


Kerapuhan pendirian bersama pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam semakin ketara terutama apabila berlakunya "pertelingkahan terbuka" antara Pas dan DAP.

Terbaru, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tegas menjawab "itu dia punya pasal" apabila diminta reaksinya berhubung kenyataan Karpal Singh, Pengerusi DAP yang mengenai isu kalimah Allah.

Katanya, Karpal (yang masih mempertahankan keputusan awal pakatan pembangkang supaya bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah) tidak tahu apa berlaku dalam Pas dan terpulang kepada pemimpin DAP itu bercakap.

"Yang buat keputusan ialah Majlis Syura Ulama. Itu dia (Karpal) punya pasal. Dia tidak tahu mengenai Pas kecuali orang Pas, begitu juga DAP, tidak ada orang Pas tahu pasal DAP kecuali DAP," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, Karpal menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Karpal menegaskan, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dibenarkan.

-Utusan

2 comments:

Anonymous said...

Bagaimana apabila Suhayl Al Amru, wakil Quraysh Mekah yang datang bersama sama Mikraz dan Huwwytib untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w. menyuruh Syaidina Ali r.a menulis muqadimmah perjanjian damai itu dengan kalimah "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih". Suhayl menentang penggunaan kalimah tersebut dengan berhujah bahawa dia tidak tahu kalimah itu dan beliau meminta ditulis kalimah "Bismik Allahumma" (Dengan namaMu Wahai Allah). Tidakkah mereka percaya pada Allah. Dari sini dapat ditemukan bahwa Muhammad tidak meniadakan ALLAH yang telah disembah oleh bangsa Arab pra-Islam sebagai dewa BULAN tetapi hanya meniadakan permaisuri ALLAH yaitu ALLATA dan anak-anak ALLAH yaitu ALUZZA dan ALMANA.ALLAH yang tadinya disembah sebagai dewa BULAN telah diubah konsepnya, diubah pengertiannya menjadi ALLAH yang Esa dan yang Mahakuasa. Sebutan namanya tetap yaitu ALLAH, sedang pengertiannya telah berbeda. ALLAH yang tadinya diimani mempunyai anak, diubah menjadi tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Anonymous said...

Jawapan selamat dari pork nick.... esok lusa keluar gambar pork nick bersalam dengan Karpal, lepas tu keluar statement perkara tu dah selesai. Bulan depan gaduh balik. Bagus pun PM Najib lewat-lewatkan tarikh PRU. Makin lama, makin banyak sampah bawah tikar fuckatan keluar...