By: FUAD HASHIM a.k.a A.F.YASSIN
Ternyata YB Khairy Jamaluddin diasak terus oleh pihak-pihak yang mahukan beliau pergi dari dunia politik. Sejak pertandingan Pilihanraya UMNO terakhir. Masih ingat bagaimana media, terutama media elektronik tidak memberi peluang langsung untuk calon Ketua Pemuda UMNO ini mempertahankan diri dalam forum-forum yang diadakan oleh stesen-stesen TV.
Dan ulasan Joceline Tan beserta cerita Malaysia instinct.com memperlihat sikap dan pesepsi media untuk mempengaruhi pendapat umum. Nyata sekali pihak yang mempunyai agenda kepentingan dalam politik UMNO mahu sangat-sangat Ahli Parlimen dari Rembau ini "dibinasakan" habis dari peta politik UMNO, khususnya dan politik nasional amnya. Bak kata seorang penyokong ketua Pemuda ini, "Dendam kesumat calon yang kalah dalam pemilihan Ketua Gerakan Pemuda UMNO dua tahun lalu masih membekas dan nampaknya semacam ada tangan-tangan berpengaruh yang memainkan peranan. Apabila ditanya siapa di antara tangan-tangan berpengaruh itu, penyokong itu menjawab, "Kalau anda minat politik, anda boleh menjawabnya sendiri, atau anda pura-pura tak tahu...."
14 comments:
KJ adalah liabiliti kepada UMNO & BN. Undur segera atau masuk PKR. Kami rakyat biasa tidak mahu kepimpinan KJ yang telah memusnahkan keharmonian Malaysia yang dipupuk sejak merdeka.
Mmg susah nak padam bl pk apa yang Tun DOl dan menanHANTU buat dulu.UmnoBN hampir hantu gara2 makhluk ni.
Pembetulan. Hampir Hancur bkn hampir hantu. Sori silap taip.
Dua calon Ketua Pemuda UMNO yang turut bertanding ketika itu ialah Dato' Mukhriz Mahathir dan Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo.
Parpukari adalah salah seorang blogger mukhriz.. kita tahu angkara siapa! klu nak berdedam tu jgn la bawak sampai mati! ada KJ usik korang ke?
Melayu harus berubah dari politik yang emosional.Contohnya kadang-kadang kat Umno Bahagian…ada yang kata... aku tak sukalah kj tu. Cuba tanya dia sebab apa tak suka…jawabnya entahlah aku bencilah kat dia…sebabnya tak ada.
Lepas pemilihan… lets forget about politic .. 4 years down the road kerja sahajala...
Inilah masalahnya dengan politik kita…emosional dan tak rasional.
Orang Cina …lepas pemilihan…mereka kata lets work together …soal pelajaran diperjuangkan bersama...begitu juga kalau menyentuh tentang kuil dan sebagainya.
Kita masjid pun pecah dua…sebab apa?... emosional.
Sebab itu kalau ada the old school of thought …semata-mata saya tak suka kamu sebab kau ni tak pergi kenduri akulah..merajuklah sebab itu inilah…kemanakah hala kita nanti.
Orang lain dah dahului kita 100 tahun ke depan…kita dok syok sendiri…kita kata kita OK..nak pegang jawatan... tapi tak ada kemampuan…tak ada daya saing... ke manaka kita nanti.Yang rugi orang melayu.
Orang kata ramai lagi best brain kat luar tu tak mau join Umno…tapi you janganlah bunuh orang-orang macam kami ini.Sekalipun kami boleh hidup selesa di luar memegang jawatan yang baik tetapi kami masih mahu kerja keras untuk parti…fikir macam mana nak kukuhkan parti.
Kalau Umno tak fikir survival ..nak hidup macam katak dalam gelas…kita berdepan dengan risiko.
Walaupun usia Umno sudah 50 ke 60 tahun ia adalah sebuah institusi…ia bukan individu.
.KJ adalah pemuda 1Malaysia serta mendapat mandat dari pemilihan..yg dah melepasi had umur pemuda kena la joint kelab veteran UMNO.
Sapa yg tak undi KJ ari tuh mmg rugi sbb skrg tak der masyuukkk project...kalau ader pun takat alas perut jer la sampai pemilihan akan datang kot2 ader pengikut lagi...Istana bali kat shah alam pun dah 2 bulan tak bayar installment...geng2 auctioner tunggu time jer nak gi serang tuhh...untung besar beb sapa dapat lubuk nih sbb value skrg 24 juta...harga asal beli baru 3 juta...klau lelong silap2 mau jatuh 100k jer...
P/S : Pemuda 1malaysia akan terus menyokong KJ dan sahabat2.
KJ setidak-tidaknya harus dilantik menjadi timbalan menteri sepertimana naib ketuanya.
Dalam tradisi UMNO, ketua pemudanya sentiasa diberikan jawatan di dalam kabinet antaranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan PM sendiri.
PEMUDA UMNO tegas dan lantang dalam memperjuangkan hak ketua mereka dalam kerajaan PM sekarang agar PEMUDA UMNO terus dapat dilihat ‘relevan’ dengan suasana politik semasa. Jika tidak, bimbang suatu masa nanti PEMUDA UMNO dianggap sebagai salah satu sayap parti yang hanya digunakan untuk pilihanraya sahaja. Peranan mereka tidak lebih daripada itu kerana jika dilihat senario sekarang jelas memihak kepada parti komponen BN yang lain demi untuk memancing undi kaum lain. Jadi apa peranan PEMUDA UMNO jika ketua mereka sendiri di’tukun’kan oleh PM?
khairy jamaluddin bukan liabiliti kepada UMNO & BN tetapi eset dalam umno & BN. rugi dibuang bintang yy sedang bersinar begitu sahaja!
KJ lebih sesuai jadi ketua pemuda MCA ke, GERAKAN ke,MIC ke? Zaman Khairi zaman pemuda tidur dan diulit mimpi... PRU 13 Si Kitol akan bertanding dekat Bangladesh, mesti menang punya...
tak habis2 dok hantam KJ ...
yang Anwar , Mahfuz , PKR ,DAP ,PAS setiap hari dok hantam kerajaan sapa pun tak pi lawan balik ..
nasib baik ada blogger yg lawan pembangkang bukan blogger hantam UMNO sendiri spt budak mamak parpkari, singh is king ..
puak2 ni mmg nak hancurkan UMNO dan mmg layak pun digelar musang berbulu ayam .. mereka ini pengacau ibarat api dlm sekam menghancurkan UMNO .
apa mereka ingat singkir KJ , UMNO boleh kuat balik ke ??? dulu mereka ini cakap Pak lah perlu cepat peralihan kuasa ..nah sekarang sama saja ...tak ke mana pun sokongan rakyat bertambah kpd UMNO dan kerajaan ..
aku sebagai org atas pagar yg bukan ahli UMNO melihat UMNO ini parti suka cantas pemimpin2 muda yg mahu tolong parti ... habis macamana UMNO nak diterima orang muda ?? PKR dan PAS mereka terima pemimpin2 muda yang mahu join parti mereka bukan spt UMNO ..
pemimpin bijak spt KJ tidak sepatutnya berada dlm UMNO .. PAS dan PKR sesuai utk politik baru yang dibawakan KJ ..
Ada ke mana-mana bahlol yang masih belum tahu, zaman kj dan pak mertuanya memerintah la malaysia jadi macam ni.
Post a Comment