Awas! Segala perkara yang mustahil mungkin boleh berlaku...
Anwar Ibrahim dipercayai kini giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Republik Indonesia yang bertujuan memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.
Menurut info dari Indonesia, ini dibuktikan apabila Ketua Pembangkang itu mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat di negara jiran tersebut, baru-baru ini.
Malah Anwar popular di Indonesia kerana dianggap tokoh reformasi, agama, bahasa selain pandai memenangi hati rakyat negara tersebut.
Kumpulan sasarannya adalah segenap lapisan masyarakat terutama dari kalangan rakyat yang bertaraf hidup rendah, mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media, menteri-menteri dan bekas ahli politik.
Anwar giat memperluaskan pengaruh 'Anwarisme' terutama kumpulan sasaran politik iaitu 70 peratus rakyat yang bertaraf hidup sederhana dan miskin.
Kumpulan sasaran politik itu sangat memerlukan perhatian pemerintah, namun mereka dijadikan sasaran manipulasi dan eksploitasi politik.
Sumber itu memberitahu, Anwar dipercayai mengambil peluang tersebut kerana memahami budaya politik negara berkenaan yang perlu dilihat sebagai prorakyat untuk mengekalkan populariti.
Beliau mendapat sokongan daripada beberapa menteri dan bekas menteri yang popular dalam kalangan rakyat republik itu tersebut.
Antara strateginya setiap kali menyampaikan ceramah di sana ialah menjanjikan perkara-perkara asas kehidupan yang bukan berbentuk material seperti keadilan, hak asasi dan kebebasan.
Hakikatnya, dia sudah mewujudkan beberapa rangkaian antarabangsa, termasuk di negara Barat bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia.
Beliau turut berpendapat, cara menangani pengaruh Anwar di Indonesia ialah dengan mengerakkan semua sumber kerajaan yang sedia ada untuk bersama memperkukuhkan rangkaian di negara itu serta mewujudkan sistem pertahanan Malaysia di republik tersebut.
3 comments:
anwar tak aka puas selagi x dpt jd PM
Sudah..sudahla tu..abang ANUwar Brahim.. tuhan bagi kesihatan suruh bertaubat bukan menyumbang malapetaka lagi..ingat dan waspada selalu..hukum tuhan x kira waktu dan tempat...segera perbetulkan diri..taubat didepan kaabah ke..air muka mu pun dah hilang seri kerana perbuatan kamu sendiri..
Hurm.....entah betul atau tak tak tau kan? so jangan taksub dgn sesiapa...ada akal pk and kaji sendiri dari jadi lembu atas kuasa kepada sesiapa nak buat ape? Malaysia banyak lembu yg ikut sistem kafir.Sendiri ingat sendiri fikir.
Post a Comment