Wednesday, July 20, 2011

Buku Fitnah Terbaru Najib, Siapa Yang Akan Berakhir ?


credit kepada KL Boyz

Dulu masa keluar buku kontroversi Tuhan , Politik & Seks karya penulis prolifik politik SH Alattas , portal pro pembangkang Malaysiakini siarkan buku itu diedarkan di PWTC kepada peserta yang hadir di dalam satu program UMNO. Ini bagi menunjukkan bahawa UMNO perhebatkan serangan terhadap Anwar walhal buku itu sudah lama dijual sejak tahun lepas lagi.

Tetapi yang terbaru buku fitnah yang secara total menyerang peribadi Najib telah mula dipasarkan . Penulis buku ini ialah Shahbudin Hussein yang ditugaskan untuk menulis bagi memburukkan Najib.

Apa maksud Najib PM terakhir ?? Mengapa tidak ditulis Najib PM Kerajaan BN terakhir ? Adakah selepas ini sudah tiada PM lagi Malaysia dan sudah bertukar ke Presiden ?

Tengok muka depan buku ini pun sudah tahu isi di dalamnya akan dimaksimumkan sebanyak mungkin serangan fitnah terhadap Rosmah. Tak hairan lagi sampai di create cerita cincin Rosmah yang dibelinya bernilai US 24 juta dihantar melalui courier cap ayam.



Aku pelik buku ini cakap pola di PRU Sarawak beri petanda BN akan berakhir , sedangkan BN menang majoriti 2/3 di sana dan PAS - PKR kalah teruk sekali. Jadi , di mana yang dikatakan petanda akab berakhir itu ?

Adakah juak-juak Pakatan ini masih lagi tak mahu mengaku parti mereka semakin ditolak rakyat ?

Mungkin itu lah sebabnya mereka terpaksa buat juga buku fitnah ini...

Sumber: -Generasi Pejuang Bangsa

2 comments:

Anonymous said...

kat mana boleh dpt buku ni?

Anonymous said...

Jangan patah semangat, fokus agenda Buku Jingga