Sunday, July 17, 2011

Dr Lo' Lo' Menghembuskan Nafas Terakhir Jam 10.15 Malam


Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.


Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. Al Fatihah... Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.

2 comments:

Anonymous said...

Al fatihah... Semoga dicucuri rahmat allah.

pemerhati-dalam-diam said...

al fatihah....

walaupun berlainan aliran politik, agamanya dan kiblatnya tetap sama... yang pergi biarlah pergi dengan aman.... dah ditakdirkan pemergiannya... secara positif, kita kehilangan seorang yang selalu mewarnai dunia politik malaysia.... iringilah dengan doa dan jgn dicaci walau sepatah....

-pemerhati-senyap-