Wednesday, July 20, 2011

Lim Guan Eng Bakal Dibogelkan Oleh Razali

Mereka yang berada dalam pakatan pembangkang perlu kembali ke pangkal jalan sama ada dalam DAP, Pas atau PKR. Mereka harus keluar dari pakatan pembangkang demi menjaga kedaulatan Melayu dan Islam.

Pemecatan Mohamed Razali Abdul Rahman sebagai ahli DAP adalah satu peringatan kepada orang Melayu dan Islam bukan sahaja di Pulau Pinang malah di seluruh negara mengenai perancangan politik tersembunyi parti itu.


Selepas dipecat daripada parti, Mohamed Razali Abdul Rahman berhasrat mendedahkan mengenai perancangan DAP yang dianggap menindas serta menganiaya rakyat khususnya orang Melayu.

Menurutnya, sebagai individu yang tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak, beliau bebas untuk memberi kesedaran tentang perjuangan sebenar DAP yang selama ini tidak disedari oleh rakyat.

Mohamed Razali berkata, beliau bercadang mengadakan sesi penerangan secara terbuka di lokasi-lokasi yang dianggap sesuai.

“Buat masa sekarang saya akan bergerak secara bebas untuk memberi penerangan kepada umum khususnya orang Melayu tentang apa yang dilakukan oleh DAP selama ini.

“Pada masa sama saya tidak keberatan kalau ada jemputan daripada mana-mana penganjur,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Bro, baik2 dan berhati2lah dijln raya. Silap2 haribulan hang hilang n bile jumpa' hang dah lalok atau paling worst, dah berulat.... Bukan ugutan tapi saje nak bagi peringatan. Kapir lahanat ni boleh buat ape aje. Pade dia org biar pecah diperut jgn pecah dimulut. Hang ingat tu nooo!

Anonymous said...

ini kira ugutan la ni! kurang ajar!