Friday, October 21, 2011

Kejam! Mayat Gaddafi Diheret Dan Dikasari

Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Dalam rakaman yang disiarkan Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

Sementara itu, rangkaian televisyen Al Jazeera menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.

Selain itu, Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah. – REUTERS
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6 comments:

akmal said...

Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un. Secara zahirnya telah kembali ke rahmatullah seorang lagi insan bekasa pemimpin yang dianggap diktator. Namun secara batinnya, Barat telah kehilangan seorang lagi musuh ketatnya di dunia Islam. Orang pertama Saddam Husain, sekarang siapa lagi yang diintai mereka? Tapi pasti pemimpin negara Islam. Rakyat yang bodoh dan disogok dengan pelbagai godaan bertepuk tangan.Namun mereka tidak sedar, bahawa perbuatan ini mempermudah kuasa kuffar menjajah negara Islam. Lihat Iraq dan Afghanistan. Wallahu A'lam.

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh akmal.. Saddam, Gaddafi.. selepas ni siapa lagi pemimpin islam dunia akan diheret dan dibunuh..., memang rakyat di negara islam kena sedar dan juga di Malaysia tercinta ini sedarlah negera miskin yang pemimpin yang berkiblatkan barat tiada masalah... ingat lah kekuatan Negara kita ini kerana kita bersatu padu.. jangan lah oleh kerana seorang yang ingin sangat menjadi PM kita sanggup mengadaikan segala kemakmuran yang yang kita kecapi sekarang.. percaya lah akan lenyaplah satu lagi Negara Islam diasia ini.. ada kah kita mau saperti apa yang terjadi di selangor...? dapat MB islam yang tak berapa nak islam...? fikirkan lah..

Anonymous said...

Selepas ini pemimpin Iran, Mahmoud Ahmadinejad akan menerima nasib seperti Saddam dan Ghadaffi.

Sekiranya Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri Malaysia, pasti dia pemimpin Islam keempat menjadi mangsa barat. Ketua pemberontak di Malaysia pastinya Anwar Ibrahim.

hazeeqtaib said...

BARAT MEMAANG NAK HANCURKAN PEMIMPIN ISLAM YANG BERPENGARUH INI. SELEPAS INI KEMUNGKINAN PRES IRAN DAN RAJA SYRIA. BARAT HENDAKKAN PEMIMPIN YANG MENGIKUT TELUNJUK MEREKA SEPERTI ARAB SAUDI DAN RAJA-RAJA DI NEGARA TELUK SPT KUWAIT, BAHRAIN DAN LAIN-LAIN.

Anonymous said...

saya setuju dengan pendapat saudara semua..disinilah pentingnya kebijakan dalam melawan agenda barat . memerlukan pemimpin yang bijak merencanakan kekuatan umat. rakyat perlu memantapan ekonomi masing2 dan pemimpin perlu menyerapkan budaya dan kefahaman islam yang sebenar supaya rakyat tidak mudah di perkotak katikkan dengan agenda jahat pihak berkepentingan...islam perlu bangun memantapkan segala ilmu dan kepakaran serta mengukuhkan ekonomi orang islam itu sendiri barulah islam itu akan tertegak di bumi allah ini. selagi ini tak tercapai akan muncullah palbagai puak samaada dari islam itu sendiri atau pihak luar yang akan menyebabkan peristiwa sebegini akan terus berulang..

GuruMarhaen said...

akibat dendam yang membara rakyat yg anti saddam,gadafi mereka senang disogok oleh dakyah yahudi,tiada lagi pemimpin islam yang berani menghantar peluru berpandu ke Israel(saddam,menghentam amerika dan yahudi di persidangan PBB (gadafi) mengoyak usul dari PBB,mesir pun tk aman lagi,mengikut penganalisis politik mereka bimbang perang saudara akan meletus di libya,sbb semua nk jadi pemimpin,satu lagi negara islam hancur.iraq dan afganistan dh hancur.