Friday, January 13, 2012

Pemuda Umno Mulakan 'Kempen' Dengan Taklimat Jentera PRU !


Kehangatan Pilihanraya Umum ke 13 semakin hangat dirasai, lantaran itu Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan mengadakan satu taklimat khas kepada jentera pilihan raya umumnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada petang Sabtu, 14 Januari.

Taklimat tersebut akan di sampaikan oleh Ketua pergerakan tersebut, Khairy Jamaluddin di Dewan Tun Hussein Onn itu dijadualkan bermula tepat jam 6 petang.

Adalah difahamkan, semua wakil Pemuda Umno Bahagian termasuk dari Sabah akan hadir pada taklimat tersebut.

Antara lain, difahamkan bahawa Khairy akan memberi gambaran awal apakah yang perlu dilakukan oleh jentera pilihan raya bahagian sekiranya parlimen dibubarkan sebelum Jun ini dan apa pula opsyen yang perlu pemuda ambil seandainya pilihan raya umum jatuh pada November atau hujung tahun ini.

Pergerakan Pemuda yang secara tradisinya dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia strategi pemasangan poster, ceramah dan keselamatan jentera akan turut memperkatakan tentang persediaan bahagian sekiranya terdapat di kalangan mereka yang terpilih sebagai calon.

Opsyen persiapan ketiga ialah langkah-langkah yang perlu dambil sekiranya pilihan raya tidak jadi diadakan pada tahun ini.

Adalah dijangkakan antara 25 hingga 40 peratus calon pilihan raya umum akan datang bakal dipilih dari kalangan anggota-anggota Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno.

Sedia Gempur!!!

2 comments:

tauke ikan said...

jinggo, mana kau tengok ranking bloger BN? Camne nak tengok?

Unknown said...

http://www.alexa.com