Friday, January 13, 2012

Blogger BN Upkan Lagi Ganjaran Bagi Membantu Mencari Dalang Letupan Bom Perhimpunan 901


Terdahulu pihak polis telah menawarkan ganjaran sebanyak RM10 ribu kepada mana-mana individu yang dapat menyalurkan maklumat berhubung kejadian letupan bom yang berlaku berhampiran Komplaks Mahkamah Jalan Duta Isnin lalu.

Terbaru beberapa blogger pro BN telah bersepakat untuk menyumbang bagi menaikkan lagi jumlah tawaran yang dibuat oleh PDRM sebagai menghargai jasa PDRM dalam menjaga keselamatan negara.

Dengan harapan jumlah yang ditawarkan ini dapat mempercepatkan lagi proses mengesan individu tersebut.

Dibawah adalah senarai blogger yang telah bersetuju menyumbang mengikut kemampuan mereka, diharap akan ada lagi blogger-blogger lain turut mengikuti langkah yang telah di ambil oleh blogger-blogger tersebut bagi membantu pihak polis.

-Blogger Pena KSJ bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM50
-Blogger Double Y bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM100
-Blogger Bro Jinggo saya sendiri bersetuju menyumbang sebanyak RM100

Jadi jumlah tawaran kini meningkat kepada RM10,250

Ayuh kita membantu PDRM mengesan dalang di sebalik pengeboman ini!

2 comments:

Bron said...

mampos Sam ketot kena saman dengan PERKASA!! sah2 diaorglah dalang sebenarnya!

Yuseri Yusoff said...

Steady bro!