Saturday, January 14, 2012

Nik Aziz Kata Cis Kepada Umno!


Rupanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat masih menyimpan dendam semenjak Umno/BN merampas takhta pemerintahan dari Pakatan Rakyat di negeri Perak dua tahun lalu.

NIk Aziz menuduh... rampasan kuasa tersebut tidak mengikut amalan demokrasi serta cara Islam.

Dengan nada yang tidak berpuashati beliau berkata Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang pada bulan Februari 2009 setelah tiga Adunrya melompat menyokong BN.

Nik Aziz juga menuduh Umno telah menceroboh ekonomi, akidah dan politik negara. Berkata ketika menyampaikan ucapan penggulungan di konvensyen ketiga Pakatan Rakyat di Alor Setar sebentar tadi.

Oleh kerana itu, tegas menteri besar Kelantan itu, beliau menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

“Saya didatangi pemimpin Umno pelbagai darjat. Dia (Umno) minta PAS masuk Umno.

“Tok guru, Ustaz Ziz, masuk Umno untuk perpaduan rakyat (Malaysia). Saya kata cis, maka kami bersama Pakatan Rakyat..” katanya.

Ternyata PAS hanya akan berkerjasama dan lebih menyayangi rakan sekutunya DAP. Demi kuasa PAS sanggup menolak tangan yang di hulurkan oleh umat sesama Islam dengannya.

Sepatutnya kita sesama umat Islam mencari jalan mcm mana kita nak bersatu!

Dan diatas sebab kepentingan sendiri, Nik Aziz lebih sanggup tolak perpaduan ummah yang dituntut dalam agama.

Cis Nik Aziz! ketahuilah bukan hanya negeri Perak sahaja yang tumbang di tangan BN, malah lebih dari itu yang akan tumbang pada PRU ke 13 nanti! Janganlah Bongkak sangat Nik Aziz!!!

2 comments:

Bron said...

Oleh kerana tamakkan kuasa dan dendam terhadap Umno, Pas sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR.

Pas harus meletakkan semula ke landasan perjuangan asal mereka iaitu mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memertabatkan agama Islam. Pas akan terpadaya, dan akan dipinggirkan oleh DAP dan PKR sekirannya Pakatan berkuasa. Percayalah kata-kata ni. Hanya kerana nak dapatkan undi orang melayu, maka DAP dan PKR terpaksa berbaik-baik dengan Pas.

Anonymous said...

cilako, cilako, cilako