Monday, August 15, 2011

Nurul Izzah Hidup Dalam Khayalan Anggap Pakatan Rakyat Memerintah Negara


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar disifatkan sebagai hidup dalam khayalan kerana menganggap Pakatan Rakyat seperti sebuah kerajaan yang memerintah negara ini.

Ini berikutan kenyataan oleh anak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bahawa pertemuan Pakatan Rakyat dengan Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer baru-baru ini bakal mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kenyataan itu sememangnya amat tidak relevan memandangkan hubungan diplomatik hanya berlaku antara sebuah kerajaan dengan kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan dengan pertubuhan mahupun parti politik.

"Kenyataan Nurul Izzah itu memang tidak kena dan bagi saya ia tidak relevan. Ini juga menunjukkan betapa Nurul Izzah belum matang lagi dalam dunia politik.

"Dia ini seperti hidup dalam khayalan semata-mata kerana anggap sokongan rakyat kepada pembangkang seperti sokongan kepada sebuah kerajaan. Dia anggap Pakatan Rakyat macam sebuah kerajaan," katanya.

Zahrain diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah mengenai pertemuan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw serta Nurul Izzah sendiri dengan Hoyer pada Selasa lalu.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan yang turut disertai oleh Duta Jerman ke Malaysia, Dr. Guenter Gruber itu adalah membabitkan perhimpunan haram yang didalangi oleh pihak pembangkang pada 9 Julai lalu.

Nurul Izzah dalam blognya, http://www.nurulizzah.com kemudian menyifatkan pertemuan itu satu sesi yang cukup menarik dan pasti bakal membuahkan hasil yang akan mengeratkan hubungan diplomatik antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan Jerman.

Zahrain berkata, pembangkang seolah-olah cuba memberi gambaran kepada negara luar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak demokratik dan bahawa ramai rakyat negara ini menyokong perjuangan mereka itu.

"Itu adalah apa yang pembangkang cuba lakukan. Ini semua penipuan mereka. Ini semua juga bermula daripada bapa Nurul Izzah sendiri yang telah memberi gambaran buruk tentang banyak perkara mengenai Malaysia di mata luar," katanya. -Utusan

Terdahulu: Nurul Izzah Ingat PAPA Dia Sudah Jadi PM Malaysia

Sunday, August 14, 2011

THIS IS BEST BRO! Nabil Raja Lawak Nikah September Ini!


Wah sana meletop, sini meletop... mantop.... terdahulu pengarah filem, Yusry Abdul Halim mengaku dia sedang bercinta dengan Lisa Surihani dan mereka akan berkahwin pada tahun 2012 baca disini...  

Tidak ketinggalan pula, Nabil (Raja Lawak) telah mengambil keputusan mahu mengakhiri zaman bujang’nya bulan September ini iaitu bulan depan.

Wanita yang bakal menjadi suri hidupnya itu adalah bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia iaitu Nazirah Ayub yang sudah dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebelum dia dan Irma Hasmie bergelar kekasih.

"Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan,"kata Nabil.

THIS IS BEST BRO! Semoga apa yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA. InsyaAllah.

Wardina Datang Bulan Pasal Gereja...

"Pehal la mamat Nik Nazmi ni terhegeh-hegeh sangat!"


Aduhai Wardina... Kalau tak tahu  pasal isu gereja DUMC jangan lah hendak cuba memutar belitkan perkara sebenar, duduk diam-diam sudah lah... Buat malu jer dengan penampilan keislaman tapi lain pula yang di tonjolkan.. Apa Wardina ingat peminat dia suka ke dengan statement macamni?...

"...kita bimbang apabila orang Islam ke gereja...bimbang mereka terpengaruh dengan ajaran Kristian...namun kita juga melarang orang bukan Islam masuk ke dalam masjid...apakah kerana kita bimbang mereka terpengaruh dengan ajaran Islam? DrMaza.com" kata Wardina.

Kak oi kalau bercakap tu, tolong guna akal, jangan sedap mulut jer nak berkata-kata...

Oh bulan... Aku rasa kenyataan Wardina itu seakan-akan dia tengah datang bulan dalam bulan Ramadhan ni... (bulan itu lambang parti PAS)

Apa yang JAIS bimbangkan ialah sekiranya beberapa individu Islam yang hadir dalam majlis di gereja DUMC tempohari kekurangan ilmu  Islam, maka fikiran mereka mudah dipesongkan hingga membawa kepada murtad.

Selain daripada itu... terdapat juga aduan tentang ada usaha murtadkan umat Islam dalam gereja tersebut.

Konon Wardina nak cerita pasal isu ADUN DAP masuk masjid dan memberi tazkirah di ruang solat la tu...

Ketahuilah wahai Wardina bahawa Isu tersebut mencemarkan kesucian masjid malah jelas cuba mempolitikan tempat ibadat umat Islam.

Kalau nak tunjuk alim pun biarlah bertempat. Jangan pulak lepas ni bila kena tegur, sikit-sikit nak saman blogger.

Umat Islam wajib pertahan akidah bukannya saja-saja suka seronok tengok orang Islam di Murtadkan.

PAS Buat "U Turn" Selepas Di Desakan Dan Pendedahan - Sokong JAIS Jika Ada Bukti

Rais Dedah Peserta Perhimpunan Haram 9 Julai Diupah RM50


Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai lepas, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.


"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur Sabtu.

Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan haram itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.


Merujuk situasi di London, beliau berkata polis di luar negara tidak teragak-agak menggunakan kekerasan bagi menegakkan undang-undang, sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar.

"Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," katanya

Beliau juga berkata demontrasi di negara maju berlaku ekoran masalah tekanan hidup, dan bukan disebabkan perkara remeh-temeh seperti memperjuangkan agenda politik tokoh pemimpin pembangkang.

Kenyataan Bakar Malaysian Insider, Malaysiakini Ezam Sifatkan Koh Tsu Koon Tak Faham Dan Dangkal


Senator Ezam Mohd Nor, hari ini berkata kenyataan Koh Tsu Koon semalam, yang menyelar beliau berhubung isu bakar portal Malaysian Insider, Malaysiakini adalah dangkal dan tidak faham maksud sebenar yang disampaikan olehnya.

"Saya rujuk kenyataan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang disiarkan Malaysian Insider pada 13/8 menyelar ucapan saya yang mahu bakar portal Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Jelas sekali kenyataan beliau dangkal, tidak faham maksud sebenar bakar portal berita dialam siber, bagaimana bakar entiti dialam siber? katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya lagi, "ucapan saya jelas rujuk kepada berita portal bukan reporter atau bangunan mereka. Justeru ianya jelas simbolik kemarahan terhadap kebiadapan portal berita itu kepada agama islam yang merupakan agama rasmi negara ini."

"Sebelum ini saya biarkan kenyataan dangkal PKR dan kuncu desak tindakan terhadap saya sebagai satu jenayah termasuk samakan bakar portal news dengan kebakaran rusuhan London kerana jelas satu perbandingan bodoh.

"Tetapi bila seorang menteri bersuara saya wajar jawab. Cuma hairan mengapa cepat selar ucapan saya tetapi biarkan portal berita itu membakar hati umat Islam di negara ini sekian lama? Saya ingatkan menteri yang jaga perpaduan ini."katanya.

Tambah Ezam lagi, "kesan hati umat yang dibakar lebih parah dan boleh hancurkan perpaduan".

Terdahulu Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari menyelar tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang mengugut mahu membakar pejabat portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang beliau dakwa sebagai ejen pengkhianat Islam.

Tegas Koh, tindakan Ezam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

Beliau juga berkata tindakan Ezam itu terlalu mengikut perasaan apabila mengulas tentang kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu.

Politik Harian/Bro Jinggo

Mismah Sedih Pembangkang Cipta Fitnah Berhubung Isu MyKad


Mismah Naim yang dikatakan sama popular dengan Mawi World pada waktu ini, menyatakan beliau berasa sedih dan kesal kerana pihak pembangkang tidak berusaha mencari kebenaran sebelum membuat tuduhan apabila kontroversi yang didakwa memperoleh kerakyatan Malaysia dalam tempoh empat jam tempohari.

Menurut Mismah, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak melayan atau mempedulikan tuduhan berkenaan setelah dimaklumkan mengenai kontroversi tersebut kerana mendakwa, dia sangat faham dengan sikap pembangkang di negara ini.

Katanya, dia turut mengambil pendekatan tidak mahu ambil kisah apabila isu mengenai ibunya itu dijadikan modal politik pembangkang kerana tahu ibu dan bapanya tidak pernah menggunakan cara mudah termasuk mendapatkan bantuan UMNO bagi mendapatkan status berkenaan.

Isu MyKad: Mismah Terkejut Dia Popular Macam Mawi World!

Jahat sungguh puak pembangkang ini!



Terasa sedih apabila sebuah parti yang kononnya berlandaskan perjuangan Islam sanggup memfitnah masyarakat yang tidak berdosa! Apa dosa Mismah dimata PAS? tepuk dada tanya selera!

Lisa Surihani Dan Yusry KRU Bakal Kahwin Tahun Depan 2012 ! OMG !


Menurut Berita Harian, pengarah filem, Yusry Abdul Halim mengaku dia sedang bercinta dengan Lisa Surihani dan mereka akan berkahwin pada tahun 2012. Tahniah diucapkan atas keputusan ini. Diharap semuanya akan menjadi kenyataan.


Pengarah KRU Studios, aktres popular belum pilih tarikh sesuai

Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan. -BH.

Saturday, August 13, 2011

PAS Buat "U Turn" Selepas Di Desakan Dan Pendedahan - Sokong JAIS Jika Ada Bukti


AgendaDaily: Jika minggu lalu PAS enggan menyatakan pendirian parti itu dalam kontroversi isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Damansara Utama selagi belum bertemu pihak JAIS dan gereja terbabit, petang Sabtu, pucuk pimpinan parti itu sudah mula tukar nada.

Barangkali kerana asakan dan pendedahan bukti mengenai usaha memurtadkan orang Islam oleh pihak Kristian serta sokongan Dewan Pemuda PAS Pusat kepada tindkan JAIS itu, PAS menyatakan pendirian rasmi selepas mesyuarat Biro Politiknya petang tadi.

PAS berpendirian bahawa jika ada bukti, JAIS hendaklah segera mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba memurtadkan orang Islam mengikut undang-undang atau enakmen Islam yang ada.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam sidang media selepas mesyuarat hampir dua jam di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Keputusan itu katanya, selari dengan kedudukan parti itu yang diasaskan mengikut prinsip Islam.

Malah katanya, PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh hal ehwal Islam.

“PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami meletakkan dasar PAS adalah Islam...rujukan utama al-Quran dan Sunnah.

“Keutamaan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia berhadapan untuk mempertahankan akidah Islam,” kata Mohamad.

Katanya, PAS tetap dengan keputusan sedia berjumpa pihak gereja dan JAIS bagi mendapatkan gambaran isu kontroversi di Selangor itu.

Menurut Mohamad, PAS mengambil pendirian jika JAIS ada bukti, jabatan itui hendaklah mengambil tindakan segera terhadap pihak yang cuba memurtadkan orang Islam.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan parti itu akan berjumpa dengan pihak geraja pada Selasa ini manakala pertemuan dengan JAIS belum dapat diputuskan kerana jabatan itu dalam proses siasatan dan menyiapkan laporan.

Berhubung dengan pendirian terbaru PAS dalam isu itu, beliau menjelaskan, ini mengambilkira pertemuan dengan JAIS akan mengambil masa.

Sebenarnya, tidak hairan PAS berubah nada kerana parti itu mungkin sudah terdesak jika terus berdiam diri dalam isu tersebut sedangkan pelbaai pihak menhyatakan sokongan terhadap usaha JAIS itu.

Apatah lagi sebagai parti yang mendakwa memperjuangan dasar-dasar Islam, PAS boleh hilang sokongan dan pengaruh dikalangan penyokong-penyokong jika dilihat cuba memihak kepada sekutu mereka dalam pembangkang iaitu DAP dan PKR.

Pendirian terbaru ini sekali gus memperlihatkan kenyataan Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menyokong JAIS melaksanakan pemeriksaan tersebut ada benarnya.

Ianya juga mungkin ambil kira sokongan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi kepada JAIS.

Bagaimanapun, pemimpin PAS yang terpaksa menelan pahit isu ini adalah ahli parlimern PAS Shah Alam, Khalid Samad yang menuduh tindakan JAIS itu ada kaitan dengan UMNO bagi menutup isu perhimpunan Bersih.

Selain itu, bukan sesuatu yang menghairankan kerana ramai maklum pertembungan Dr Hasan dengan Khalid.

Sekaligus ada pemimpin PAS yang lain melihat ini adalah isu negeri Selangor dan masalah peribadi kedua-dua mereka sahaja.

Namun, kerana Dr Hasan dan Khalid pemimpin PAS, mahu atau tidak, PAS Pusat perlu bersuara menyatakan pendiriannya walaupun tindakan itu ibarat sudah terantuk baru tengadah. -AgendaDaily

Kenyataan Rasmi JAKIM – Produk SimplySiti Halal


Masih ingat lagi dengan isu produk SimplySiti yang dikatakan haram? Kalau masih ingat baguslah. Kalau tak ingat atau masih tak tahu apa-apa mengenainya, takpe. Dan setelah beberapa ketika isu itu hangat diperkatakan di laman-laman blog, Facebook dan Twitter, pihak SimplySiti akhirnya mengedarkan kenyataan rasmi dari Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang kandungannya seperti kat bawah ni.

1. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hab Halal, JAKIM berasa kesal dengan penyebaran dakwaan di atas kerana ia begitu jelas boleh mengelirukan para pengguna Islam dan menjejaskan imej perniagaan pengeluar. Untuk makluman, maklumat berkenaan adalah kurang tepat dan tidak terkini.

2. Pihak kami dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui BUKANLAH BERUS YANG DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK SIMPLYSITI tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan daripada kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada pihak SimplySiti.

3. Kami juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul).

4. Kami dengan ini mengesahkan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar. Senarai produk tersebut adalah seperti di Lampiran A.

5. Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihati masyarakat agar berhati-hati dengan sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial atau internet dan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk, sila hubungi Bahagian Hab Halal JAKIM. -zonartis.com


Pantang orang melayu nak maju sikit ada saja orang lain nak dengki! Semoga Dato' Siti Norhaliza terus berjaya dalam bidang perniagaannya.. 

Nurul Izzah Ingat PAPA Dia Sudah Jadi PM Malaysia


Pakatan pembangkang berterusan berlagak seolah-olah mereka sudah memerintah Malaysia apabila memberitahu akan membina hubungan diplomatik yang lebih erat dengan kerajaan Jerman.

Perkara itu disuarakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar selepas beliau dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain 'terpesona' dapat bertemu dengan Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer.

Soal hubungan diplomatik sebenarnya adalah hubungan rasmi antara kerajaan yang memerintah dengan sesebuah negara dan bukannya hak pembangkang, apatah lagi pakatan pembangkang itu sendiri belum berdaftar.

Selasa lalu, Nurul Izzah bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw menemui Hoyer dan antara butir perbincangan adalah membabitkan soal perhimpunan haram yang didalangi pembangkang pada 9 Julai lalu.

Hadir sama pada pertemuan tersebut ialah Duta Jerman di Malaysia, Dr. Guenter Gruber.

Nurul Izzah dalam blognya, menyifatkan pertemuan itu satu sesi yang cukup menarik dan pasti bakal membuahkan hasil yang akan mengeratkan hubungan diplomatik antara pakatan pembangkang dengan kerajaan Jerman.

Hahaha... PAPA Dia Hebat!

Suspek Samun Dan Pukul Pelajar Malaysia Di London Ditahan


Polis Britain semalam menahan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian samun pelajar Malaysia oleh sekumpulan remaja yang berlakon membantunya ketika rusuhan di London.

Suspek berusia 20-an itu ditahan ketika pelajar jurusan akaun tersebut, Muhammad Asyraf Haziq Rossli (gambar) menegaskan dia tidak berasa dendam ekoran kejadian yang berlaku di Barking Isnin lalu dan ingin meneruskan pengajiannya di sini.

Scotland Yard dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan lelaki itu.

‘‘Pegawai polis hari ini (semalam) menangkap seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian seorang lelaki disamun oleh sekumpulan orang yang berpura-pura membantunya selepas dia diserang ketika rusuhan di London,’’ kata kenyataan itu.

Ia berkata, suspek dipercayai berumur 20-an kini ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Muhammad Asyraf, 20, yang menjalani pembedahan bagi merawat tulang rahangnya yang patah ekoran kejadian itu kelmarin, telah dibenarkan keluar hospital pagi semalam.

Muhammad Asyraf melahirkan rasa terkejut ketika melihat rakaman video serangan ke atasnya.

‘‘Saya terkejut kerana sebahagian daripada penyerang itu adalah kanak-kanak. Saya juga tidak menyangka ada orang yang merakam kejadian ini,’’ katanya pada satu sidang media.

Pelajar tahun pertama itu berkata, dia memerlukan masa untuk memikirkan apa yang telah berlaku selepas menonton rakaman video berkenaan.

‘‘Adakah itu saya?’’ katanya. – AFP/AP

[video inside] Pelajar Malaysia Cedera Dan Di Rompak, London Riots In Pictures - Part 3

PAS Pulau Pinang Demo Anti Murtad



Dewan Pemuda Pas negeri hari ini melahirkan sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama kerana didakwa cuba menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam dalam satu majlis pada 3 Ogos lalu.

Kira-kira 40 ahlinya yang diketuai Hafiz Nordin mengadakan perhimpunan secara aman di depan Masjid Simpang Enam di sini selepas solat Jumaat, satu tindakan yang dilihat bertentangan dengan pendirian pucuk pimpinan parti itu.

Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri berkata, saranan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentang di Parlimen sewajarnya dipercepatkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.

"Isu agama tidak boleh dipermainkan oleh pihak tertentu selain tidak boleh dipropagandakan walaupun ada dakwaan mengatakan ia sekadar bantuan untuk diberikan kepada golongan Islam.

"Jika benar hendak bantu, mengapa perlu buat majlis itu di gereja? Banyak lagi tempat boleh dibuat. Oleh itu, saya lihat isu ini ada agendanya sendiri iaitu ingin memurtadkan orang Islam," katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan berkenaan.

Isu memurtadkan orang Islam itu timbul selepas JAIS membuat pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya setelah mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Bagaimanapun, insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pas sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menyatakan pendirian sebenar parti itu dalam isu berkenaan sebaliknya berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu.

Aku masih tidak faham dengan pemimpin atasan parti PAS! Haji Hadi memperjuangkan Islam atau gereja?

PAS Berpecah!! Pemimpin Pas ‘Anwarinas’ Serang Nasrudin!

KJ: Rumusan Pakatan Menang Besar Tidak Tepat


Metodologi yang digunakan untuk merumuskan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang tidak tepat, kata ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata ini adalah kerana kesan BERSIH 2.0 tidak mungkin dirasai di kawasan luar bandar mahupun di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan.

"Kita (BN) tidak syak lagi bahawa BERSIH memberi kesan, dan kita sedar akan ini, tetapi hanya di kawasan tertentu. Di kerusi luar bandar, ia tidak tepat.

"Untuk mengatakan bahawa sehingga 20 (BN) kerusi akan tumbang terlalu memperbesarkan kesannya," katanya ketika dihubungi.

Khairy diminta mengulas rumusan penganalisis politik Wong Chin Huat yang mendakwa kesan BERSIH 2.0 akan menyaksikan Pakatan Rakyat mampu menambahkan jumlah kerusi parlimennya daripada 75 kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang.


Menurut Wong, kekasaran ke atas peserta BERSIH yang menuntut pilihan raya adil dan bersih itu oleh pihak berkuasa juga akan mempengaruhi pengundi atas pagar bagi membuang undi protes terhadap BN, jika tidak pun mengundi untuk Pakatan Rakyat.

Dengan mengandaikan tiada penyelewengan pada pilihan raya itu, Wong berkata ini boleh menyebabkan kejatuhan 20 daripada 30 kerusi marginal yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, antara kerusi yang terjejas itu kebanyakannya terletak di bandar atau separa bandar, dan juga kerusi luar bandar di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan, khususnya di Terengganu di mana PAS mempunyai penyokong akar umbi yang ramai.

Bagi Khairy, kerusi luar bandar yang disenaraikan termasuk parlimen Sungai Besar di Selangor, sepatutnya tidak berada di dalam senarai tersebut.

Katanya, impak sebenar BERSIH 2.0 hanya boleh diukur beberapa bulan selepas perhimpunan itu kerana pengundi juga akan mempertimbangkan bagaimana tindakan kerajaan mengendalikan tuntutan supaya reformasi pilihan raya diadakan.


"Perhimpunan itu sendiri tidak mencerminkan pendapat orang ramai," katanya.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN berkata terdapat isu lain yang akan membentuk sentimen pengundi.

"Isu-isu ekonomi membabitkan semua. Peningkatan kos sara hidup mempunyai kesan yang lebih besar daripada BERSIH 2.0," katanya. -Mkini

Lagi Gambar Penganjur Majlis Di Gereja DUMC Di Percayai EJen Murtad Di Dedahkan




5  individu di percayai ejen murtad umat islam, mereka terlibat menarik umat Islam agar murtad, menurut sumber mereka telah melarikan diri dan turut membantu pihak peguam menyorokkan 12 orang yang hadir ke majlis tersebut agar tidak memberi kerjasama kepada pihak JAIS.

Jangan terpedaya jika mereka ini mengedar flyers business mak andam atau butik pengantin kerana objektif mereka adalah untuk menambah penganut kristian di Malaysia.

Berita terdahulu : Gambar Sophia Penganjur Majlis Di Gereja Methodist Damansara Utama DUMC Di Dedahkan

DAP Larang Azan Guna Pembesar Suara Waktu Subuh


PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor.



Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Pelik takkan dengan keputusan diatas kerana tidak yakin bahawa JHEAIPP akan mengeluarkan arahan sedemikian kecuali ada tangan-tangan ghaib yang melakukannya tanpa kerelaan dari jabatan tersebut.

Yang Pasti wujudnya tekanan daripada pihak lain sehinggakan JHEAIPP terpaksa akur dan mengeluarkan arahan sedemikian sedangkan dalil yang diberikan boleh diperbincangkan.

Larangan tersebut dibuat atas alasan bahawa amalan bacaan al-Quran bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Walhal sudah lebih beratus tahun amalan ini dilakukan oleh umat Islam dan ia bukan hanya tertakluk di Pulau Pinang saja tetapi di seluruh Malaysia. Amalan ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-maan pihak kerana ia telah dianggap sebagai adat setempat yang membawa kebaikan.

Jelas telah terbukti bahawa Dap adalah parti politik yang anti Islam dan anti Melayu sejak tahun 1969 lagi dan ia berlarutan sehingga hari ini.

Dap masih sama dari dahulu hingga sekarang cuma formula politiknya hari ini dijelmakan dalam hubungan diplomatik yang akrab dengan kononnya berbaik-baik dalam pakatan Pas dan PKR tetapi agenda mereka tetap sama.