Saturday, August 13, 2011

KJ: Rumusan Pakatan Menang Besar Tidak Tepat


Metodologi yang digunakan untuk merumuskan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang tidak tepat, kata ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata ini adalah kerana kesan BERSIH 2.0 tidak mungkin dirasai di kawasan luar bandar mahupun di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan.

"Kita (BN) tidak syak lagi bahawa BERSIH memberi kesan, dan kita sedar akan ini, tetapi hanya di kawasan tertentu. Di kerusi luar bandar, ia tidak tepat.

"Untuk mengatakan bahawa sehingga 20 (BN) kerusi akan tumbang terlalu memperbesarkan kesannya," katanya ketika dihubungi.

Khairy diminta mengulas rumusan penganalisis politik Wong Chin Huat yang mendakwa kesan BERSIH 2.0 akan menyaksikan Pakatan Rakyat mampu menambahkan jumlah kerusi parlimennya daripada 75 kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang.


Menurut Wong, kekasaran ke atas peserta BERSIH yang menuntut pilihan raya adil dan bersih itu oleh pihak berkuasa juga akan mempengaruhi pengundi atas pagar bagi membuang undi protes terhadap BN, jika tidak pun mengundi untuk Pakatan Rakyat.

Dengan mengandaikan tiada penyelewengan pada pilihan raya itu, Wong berkata ini boleh menyebabkan kejatuhan 20 daripada 30 kerusi marginal yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, antara kerusi yang terjejas itu kebanyakannya terletak di bandar atau separa bandar, dan juga kerusi luar bandar di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan, khususnya di Terengganu di mana PAS mempunyai penyokong akar umbi yang ramai.

Bagi Khairy, kerusi luar bandar yang disenaraikan termasuk parlimen Sungai Besar di Selangor, sepatutnya tidak berada di dalam senarai tersebut.

Katanya, impak sebenar BERSIH 2.0 hanya boleh diukur beberapa bulan selepas perhimpunan itu kerana pengundi juga akan mempertimbangkan bagaimana tindakan kerajaan mengendalikan tuntutan supaya reformasi pilihan raya diadakan.


"Perhimpunan itu sendiri tidak mencerminkan pendapat orang ramai," katanya.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN berkata terdapat isu lain yang akan membentuk sentimen pengundi.

"Isu-isu ekonomi membabitkan semua. Peningkatan kos sara hidup mempunyai kesan yang lebih besar daripada BERSIH 2.0," katanya. -Mkini

5 comments:

Anonymous said...

rakyat tidak akan tertipu dengan janji2 manis pembangkang lg... Rakyat juga dah tahu mereka sudah tertipu dengan janji-janji manis pembangkang.

Anonymous said...

janji manisn pembangkang d Selangor, kedah, PP, kelantan..semua tipu..PR juga yang berjaya

Anonymous said...

seluruh keuluarga kami akan pangkah BN..no MORE PAS....lahabau...penipu besaqqq

usin said...

kalau isu bersih 2.0 yg jd taruhan kempen pru13, bn ada advantage. jgn tolak isu itu. bandingkan dgn demonstrasi di london, dimana tahap kelebihan pdrm. kalau tak gunakan isu ini utk kempen, memang BUDUSlah bn...

persatuanmelayu said...

Rakyat dah menyampah nak menyokong pakatan rakyat di sebabkan pakatan rakyat lebih teruk daripada barisan..tetapi kami orang melayu ingat mengingatkan Barisan supaya jgn beri muka sangat kepada MCA/GERAKAN...kami benci dgn presiden MCA yg ada skandal.jika perkara ini berlaku barisan akan tumbang