POLITIK HARIAN: Isu MyKad: Mismah Terkejut Dia Popular Macam Mawi World!

Friday, August 12, 2011

Isu MyKad: Mismah Terkejut Dia Popular Macam Mawi World!

Mismah kini yang menjadi ikon kepada puak pembangkang terkejut apabila dapat tahu dia dikatakan sama popular macam Mawi World!

Bezanya Mawi World lahir dari Akademi Fantasia manakala Mismah dipopularkan oleh puak pembangkang yang dahagakan peluru untuk menembak secara tepat!

Namun akhirnya peluru sesat itu tertembak diri mereka sendiri!

Mismah memang World!

Seorang warganegara yang hanya dikenali sebagai Mismah kerana didakwa mendapatkan kewarganegaraan dalam tempoh empat jam akhirnya berjaya dijejaki oleh media.

Dia turut menafikan dakwaan memperoleh kerakyatan dengan mudah yang sebelum ini dikaitkan dengan dirinya, terutamanya oleh pihak pembangkang.

"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.

Wanita yang berasal dari Bawaen, Indonesia pada mulanya keberatan ditemubual juga mengakui sedih dengan dakwaan dia mendapat 'kerakyatan pintu belakang'.

Nama Mismah menjadi perhatian apabila rekod dalam talian pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.

Sebelum ini pihak pembangkang mendakwa status kerakyatan ibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (penduduk tetap) kepada biru (warganegara) dalam tempoh empat jam sahaja.

Beliau juga dikatakan seorang daripada 1,597 individu yang diberi status itu secara tidak mengikut prosedur.

"Tidak, Itu semua tak betul. Sudah bertahun-tahun saya mohon jadi warganegara Malaysia, bukan empat jam, bukan empat hari, bukan empat minggu," katanya lapor Sinar Harian pada Jumaat.

Mismah juga mengakui tidak sedar namanya menjadi sebutan atau menjadi buruan media sehinggalah diberitahu anaknya beberapa hari lalu.

Mengimbau kisah hidupnya hampir 30 tahun lalu, Mismah berkata, dia masuk secara sah ke Malaysia pada 1982 untuk bekerja sebagai pengangkut simen.

Selepas itu dia terus memohon status penduduk tetap dan mengejutkan apabila berjaya mendapatkannya pada 17 Julai tahun yang sama.

Dengan kata lain, Mismah mendapat status itu dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

"Pada masa itu prosesnya mudah, tak macam sekarang," katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Bagaimanapun, pengalamannya mendapat kewarnageraan penuh pula menunjukkan pengalaman berbeza apabila terpaksa menunggu 17 tahun - 12 tahun berurusan di Petaling Jaya dan selebihnya di Putrajaya.

Dilaporkan, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan Mismah diluluskan pada 31 Januari tahun ini selepas 29 tahun menjadi penduduk tetap.

Dia kini bekerja sebagai tukang sapu di pejabat sebuah syarikat jualan langsung dan dikatakan seorang penjimat sehingga memiliki sebuah rumah teres.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

5 comments:

Anonymous said...

Pembangkang tak habis2 nk menipu... Sedihnya nak2 pula di bulan ramadan ni! Buat malu je PR ni!

Anonymous said...

Yang mana betul nih Mismah kata dia ambil masa 17 tahun tapi KDN kata 29 tahun baru dapat kerakyatan penuh.Mesti salah satu ni menipu.

Anonymous said...

Tak de sape tipu ..betul la tu ...
Syabas Mismah kerana menjadi Warga Malaysia ...jadi lah warga yang bertanggung jawab ...

Anonymous said...

senang cakap , moralnya ialah puak pembangkang tidak habis2 menipu ..tamberang dan bohong!

pembangkang ni asal buka mulut je bohong , asal buka mulut je fitnah ..seingat aku tak pernah ada satu pun dakwaan pembangkang selama ini yg terbukti benar , semuanya bohong !!

Anonymous said...

Mawai dari Akademi Fantasia ....Anjuran ASTRO. Tapi
MISMAH popular dari Akademik Fitnasia...Ajuran PAKATAN KARUT RAKUS!!!