POLITIK HARIAN: Pakatan Pembangkang Terus Berebut Kerusi Di Sabah

Tuesday, August 9, 2011

Pakatan Pembangkang Terus Berebut Kerusi Di Sabah


Pakatan pembangkang sekarang semakin kelam kabut apatah lagi mereka impikan sebuah kerajaan di Sarawak menjelangnya pilihan raya yang akan dilaksanakan akan datang.

Sabah, dipercayai gerombolan Pakatan yang dianggotai PKR, DAP dan PAS sudah mengatur langkah awal bila berebut mengenai kawasan-kawasan yang berpotensi dan bakal dimenangi parti masing-masing pada PRU13.

DAP yang merupakan parti paling dominan dalam gerombolan Pakatan sudah meminta untuk bertanding di kawasan yang dikuasai oleh PKR iaitu Parlimen Tenom yang merangkumi dua kawasan DUN iaitu Dun Melalap dan DUN Kemabong.

Berikutan tindakan DAP itu, penyokong-penyokong PKR kawasan Parlimen Tenom melenting terhadap keputusan itu.

Ramai yang menyifatkan keputusan itu tidak adil kerana DAP tidak mempunyai ‘Political base’ di situ berbanding PKR yang sudah bertungkus lumus mengukuhkan pengaruhnya sejak lebih tiga tahun lalu, berserta dengan penubuhan beberapa ranting.

Beberapa pemerhati politik di Tenom berpendapat DAP kurang pengaruh jika dibandingkan dengan PKR atau SAPP kerana kedua-duanya mempunyai Pejabat Perhubungan dan siap dengan kakitangan menjalankan jentera pentadbiran parti masing-masing.

DAP bersikap diktator dan kuku besi didalam pembahagian kerusi untuk ditandingi didalam PRU13 akan datang.

Jelas Pakatan pembangkang terbukti tidak sehaluan apabila masing-masing cuba menegakkan benang yang basah dengan mahu bertanding dalam setiap pilihan raya tanpa sebarang kompromi dengan anggota dalam pakatan tersebut.

Info- MPP

4 comments:

Anonymous said...

Kata pakatan rakyat, tp nape x boleh bersatu? Klu mereka x boleh nk bersatu mcm mana nk pimpin negara?

anak sabah said...

jangan kamu harap mau kasi kacau kami punya negeri. kamu bukan pakatan rakyat. kamu penipu rakyat!

Anonymous said...

la kenapa jadi cam ni, betul ke apa ku baca ni

Anonymous said...

haha..begaduhla kamu sendiri kamu.. ndak jugak ku kamu..puuiihh!!