Monday, October 10, 2011

68 Pemuda PAS Padang Terap Sertai Umno


Seramai 68 pemuda penyokong setia Pas Padang Terap di kampung Bukit Buluh dan Lubuk Merbau Jaya, Naka dekat sini, menyertai Umno setelah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pas yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Salah seorang daripada mereka, Mohamad Faizal Mustafa, 29, berkata beliau menyertai Umno kerana tidak nampak sebarang perubahan yang dilakukan Pas sejak mentadbir negeri ini serta tidak mengotakan janji yang ditaburkan semasa pilihan raya lalu.

"Saya sertai Umno disebabkan parti itu lebih banyak menjaga kepentingan dan kebajikan orang Melayu terutamanya mendengar suara dan kehendak generasi pemuda pada Ahad," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan Umno di Kampung Bukit Buluh, Naka dekat sini malam Ahad.

Majlis penyerahan borang keanggotaan Umno diserahkan kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid yang turut disaksikan oleh Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim.

Hashim Abdullah, 35, pula berkata beliau menyertai Umno disebabkan tertarik dengan perjuangan parti itu yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara, sekaligus membolehkannya dapat bersama-sama berjuang mempertahankan hak orang Melayu daripada dicemari anasir luar. Sementara itu Mahdzir berkata ini merupakan satu petanda baik kerana agenda perjuangan bangsa yang diuruskan Umno dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya kerajaan pusat tidak hanya cakap kosong untuk memberi segala kemudahan kepada golongan muda dari segi pendidikan, kemahiran dan keusahawanan bagi melihat kejayaan mereka.

"Saya lihat penduduk di kampung juga boleh menerima Umno dan Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang boleh menjamin masa depan mereka pada masa akan datang," kata beliau. -Bernama

PAS is Dead!

2 comments:

Brahim Nyior said...

Lepas ni akan dibangkitkan isu kononnya si fulan yang menyertai UMNO tidak ada fikrah, disogok wang, bermasalah disiplin dan 1001 alasan bagi menafikan kebenaran.

Hakikatnya, manusia yang berakal akan mula mempersoalkan tindakan-tindakan yang tidak selari dengan prinsip PAS sebelumnya.

PAS terlalu menjaga kepentingan dalam PR dan melacurkan prinsip sendiri.

Kembalilah berpegang pada prinsip awal PAS...

Anonymous said...

pas ni lagi dulu berpolitik mana ada prinsippp...

brahim libya mati katak depa declare mati syahid...

nanti jawab la kat akhirat...