Sunday, January 8, 2012

6 901: Beberapa Jalan di Ibu Negara Dijangka Sesak Esok



Beberapa jalan di ibu negara dijangka sesak bermula jam 7 pagi, Isnin ini.

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menyatakan jalan terbabit ialah Jalan Duta dari kedua-dua arah, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah, Jalan Dutamas, Jalan Persiaran Dutamas dan Jalan Hikmat Usaha.

Jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya.

Justeru, Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mengelak kesesakan pada hari itu.

"Pengguna jalan raya perlu elak daripada menggunakan jalan berkenaan jika tiada urusan penting.

"Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan itu dinasihat menggunakan pengangkutan awam. Orang ramai perlu mematuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan kenderaan mereka yang diparkir tidak menghalang lalu lintas pada hari itu.

Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat ketua pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan.

- Bernama

6 comments:

Anonymous said...

anwar pun pasal semua org susah.. aku ambik mc, lepak rumah je besok.

Anonymous said...

Amacam?ada rasa mmyusahkan org ramai x sok yg nk gi bekerja,ada urusan kt ibu kota,para peniaga sok dll..kalo ada rsa tu korg mnyumpah seranah la mreka2 yg spatutnye la ye!!! Hahahahaha

luahan hati seorg pkerja swasta said...

Bodoh!! Bangang!!sial!! Korg mnyusahkan ak sok nk pegi koje dn ada urusan penting la! !!korg smua hdup blh tak jgn mnyusahkan org lain yg ada life ni..mcm korg smua boleh la psl x life dn hdup ikut blkng jubox je!!! Bapa hinngit dia kasi korg utk mnyusahkan org lain!!! Dah x kije len nk huru hara kan malaysia yg aman makmur ni!!!

bayan said...

Aljub ni memang kurang ajar , banyak memyusahkan orang .Pengikutnya pun bodddddddoooooohhhhhhhhh.

nurul said...

bodohhhhhh giler! aku ada hal di jln duta esok!

Anonymous said...

sepatutnya perbicaraan ini di ubah tempat ke Litar Sepang. Parking banyak. Jalan Highway. Melalak, meraung, menjubor, mengulum, meloncat loncat mcm Berok kena sambal belacan pun boleh sambil pegging sepanduk!

Ini tidak sudahlah Rakyat Kota yang lain.

Anti Mangkok -AM

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates