Friday, January 13, 2012

2 Dr Hasan Ali Digugur Jawatan Exco Selangor...


Teka-teki nasib ADUN PAS Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali berhubung kedudukannya dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor selepas dipecat PAS baru-baru ini berakhir pagi Jumaat selepas Sultan Selangor memberi perkenan untuk membatalkan pelantikannya sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengadap Sultan Selangordi Istana Kayangan Shah Alam pagi tadi berkata berkata pengganti kepada Dr Hasan akan mengangkat sumpah pada Rabu depan.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," katanya.

Pada masa yang sama, katanya, Sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.

"Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya.

Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu depan.

Antara nama yang disebut-sebut adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman yang juga merupakan ADUN Meru.

Sementara itu, Agendadaily dimaklumkan, Dr Hasan akan mengadakan sidang media pada pagi Isnin ini. Sejak dipecat PAS pada 8 Januari, Dr Hasan belum memberikan kenyataan berhubung masa depan politiknya.-Agendadaily

Kita boleh agak siapa yang betepuk tangan sekarang...

2 comments:

Anonymous said...

PAS angguk2 geleng2... lepas ni beratus la rumuh urut tumbuh di selangor..

Anonymous said...

lagi mudah hassan nak letupkan kepala khalid...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates