Sunday, January 8, 2012

4 Kes 'Conteng' 901, Wartawan Suara Keadilan Di Tahan !

Bangunan UMNO Kedah di grafitikan


Seorang wartawan adalah antara tiga lelaki yang ditahan polis kerana dipercayai menconteng dinding menggunakan penyembur cat di pelbagai lokasi berhampiran Brickfields awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata mereka ditahan kira-kira 6.30 pagi itu kerana menulis perkataan biadap pada dinding berkenaan.

"Kami menemui contengan itu di Pasar Seni, Penjara Pudu, Bangsar Utama, Stesen Komuter Pantai Dalam dan Stesen Bas Jalan Raja Laut di sini," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata seorang daripada suspek adalah pemberita akhbar milik parti pembangkang manakala dua lagi penulis bebas.

Sebuah kereta di sebuah parkir shopping kompleks diconteng

Menurut sumber theunspinners Keganasan grafiti sudah dirancang untuk 901...

Apabila diperiksa bonet kereta, didapati 18 tin cat spray warna merah, 5 tin warna hitam, 1 tin warna putih, dan 3 keping kad manila tertulis '901' dan 'TTR 901" dalam pelbagai warna kad dan warna tulisan. Pemeriksaan mendapati tiang jambatan tersembr dengan cat tulisan 'TTR 901".

Ketiga-tiga suspek yang ditahan telah merancang lebih kurang sebulan yang di sebuah kedai makan di Jalan Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur.

Dalangnya adalah Tian Chua dan modal RM300 diberi dari Oktober oleh Sidiqin bin Omar (Wartawan Suara keadilan).

Penahanan ini telah diputarbelitkan olih Pengerusi Majlis di Cherok To'Kun kampung Anwar.

4 comments:

Anonymous said...

dah tak ada kerja lain ke diaorg ni?

ex PKR said...

Mcm biasa la,pembangkng msti dok kata konspirasi umno gak..wlau dah tertangkap dn cukup bukti utk dikaitkan dgn perbuatan ahlinye sndri!!! Tu la kalo depa smua nk tau busuk hatinye pembangkang!!!

Anonymous said...

KITA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN.....PADAN MUKA WARTAWAN SUARA KEADILAN HANG MISS LAH NAK BUAT LIVE...LAPORAN LINTAS LANGSUNG 901.

DUDUK DIAM2 DI GROUND ZERO LOKAP POLIS DAN MUHASABAH DIRI ATAS PERBUATAN KEJI ANDA. ALLAH BAYAR DENGAN CASH....TAK TUNGGU AKHIRAT LAGI DUNIA DAH TERTANGKAP .

Anonymous said...

anonymous 2.09pm

aku xtau pulak allah main politik jugak?

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates