Friday, January 13, 2012

0 Majlis Peguam Dibidas “Double Standard”!

Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) mengalu-alukan kenyataan Majlis Peguam yang memberikan pandangan dalam setiap isu yang menyentuh masyarakat Namun kenyataan Majlis Peguam dalam isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim amat tersasar jauh dari prinsip ‘Hak Untuk Di Dengar’ yang antara lain menjadi “maxim” penting dalam keadilan sejagat.

Presidennya, Hamidzun Khairuddin berkata tingkat mahkamah dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan hingga ke mahkamah persekutuan merupakan antara pertimbangan untuk memastikan ‘Hak Untuk Di Dengar’ diberikan kepada tertuduh dan mangsa dalam mana-mana kes yang dibicarakan di negara ini.

“Gesaan Majlis Peguam yang mendesak Jabatan Peguam Negara tidak membuat rayuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901 merupakan sekatan yang cuba dibuat kepada mangsa dalam kes yang tragis ini.

“Gesaan ini boleh ditafsirkan sebagai sikap Majlis Peguam yang double standard dan diskriminasi dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat di mana hanya mempertahankan golongan feudal dan atasan manakala cuba menindas golongan rakyat marhaen yang teraniaya,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas sikap Majlis Peguam terhadap kes Liwat 901.

Tambahnya, gesaan ini juga boleh dilihat usaha untuk menjuruskan kepada sistem undang-undang rimba dan menolak undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dalam sebuah negara yang demokratik seperti Malaysia.

Tegas beliau lagi hak mangsa dan tertuduh harus diadili hingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi di negara ini.

Tambahnya penindasan terhadap hak ini adalah kezaliman pemerintah kepada rakyat yang diperintah.

“Sehubungan dengan itu, GAPS ingin mendesak Jabatan Peguam Negara memfailkan segera Notis Rayuan dalam keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates