Monday, February 18, 2013

2 Banjir Kilat Di Pusat Bandar Puchong Tenggelamkan Kerajaan Selangor


Hujan lebat di Pusat Bandar Puchong telah mengakibatkan banjir kilat dengan paras air setinggi 1.5 meter yang melibatkan kawasan pusat beli belah Jusco IOI sehingga ke Bandar Puteri.

Menurut penyelia operasi, Pegawai Bomba Kanan 2 Pusat Bandar Puchong, Ashwan Wasir, ketika dihubungi berkata, hujan mula lebat pada pukul 5 petang dan laporan banjir telah diterima kira-kira setengah jam kemudian.



“Punca banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat yang turun tanpa henti menyebabkan longkang tidak boleh menampung jumlah air besar yang datang” katanya.

Ashwan berkata sebanyak satu bas, dua lori dan dua kereta yang telah mengalami kerosakan teruk akibat dimasuki air.

Tambahnya, banjir yang berlaku selama satu jam itu dilaporkan surut sepenuhnya oleh pihak bomba.

Beberapa pengguna jalan raya yang menggunakan jalan dari LDP ke Pusat Bandar Puchong turut menulis di twitter tentang banjir yang berlaku.

Diantaranya berkata... "Bala-bala.... Ni la akibatnya bila tersalah pilih Menteri Besar yang tak tahu mentabir kerajaannya....

Saya ada meeting dipuchong ni... Bala-bala...."

2 comments:

Anonymous said...

Ini semua bala... Sebab byk rumah maksiat di selangor!

Che Mansor said...

Dah jangka... System jalan yang mengundang banjir mengejut. Siapa ya pegawai perancang yang mengatur pembinaan. Sana sini divider, bloking longkang. Ada sesuatu yang luar biasa kaedah pembinaan jalan ni. Cost tinggi system jalan memeningkan. Sila beri perhatian ada yang tak kena...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates