Saturday, February 23, 2013

2 Calon PM - Rakyat Terengganu Tolak Anwar Dan Hadi


Dalam menentukan perkara paling asas bagi membentuk sebuah kerajaan, Pakatan Rakyat dilihat masih terkial-kial mencari individu yang paling layak mengisi jawatan nombor satu negara itu.

Antara calon yang disebut-sebut untuk menyandang jawatan 'perdana menteri ketujuh' itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Namun suara rakyat adalah penting dalam menilai siapa yang paling layak.

Tinjauan Antarapos di Kuala Terengganu mendapati rata-rata rakyat negeri itu menolak kedua-dua pemimpin itu untuk menjadi ketua eksekutif negara.

Menurut seorang pesara Mazlan Abdullah, 58, beliau berpendapat samada Anwar atau Hadi, kedua-duanya tidak layak untuk memimpin negara kerana mereka tidak mempunyai ketokohan sebagai pemimpin.

"Memang tak layak mereka berdua itu. Jauh dari langit dan bumi (untuk menjadi Perdana Menteri)

"Dia tiada ketokohan sebagai pemimpin. Walaupun dia pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, tapi kepimpinan beliau jauh berbeza dengan Datuk Najib.

"Haji Hadi pulak adalah orang yang tidak boleh diberi harapan. Pemerintahan dia selama ini tidak memberi apa-apa sumbangan kepada rakyat negeri Terengganu. Dia boleh cakap apa sahaja, tapi tiada pun yang dia buat," katanya.

Bagi Wan Mazlan Wan Ismail, pekerja sendiri, 58, beliau berpendapat kedua pemimpin itu tidak layak menjawat jawatan tersebut kerana sering menipu rakyat.

"Memang tidak layak, sebab mereka pembohong. Anwar ni, dari segi cara (kepimpinan) dia, memang teruk. Haji hadi pula suka berdolak dalih."

Toh Seng Heng, 66, pesara yang turut bersetuju dengan pendapat Wan berkata kedua pemimpin itu tidak pernah memberikan sumbangan kepada rakyat dan negara walaupun pernah menyandang jawatan penting.

"Haji Hadi pernah jadi Menteri Besar Terengganu. Anwar pula pernah jadi Timbalan Perdana Menteri. Tapi apa yang pernah mereka sumbangkan? Jadi keduanya tidak layak," ujarnya.

Rokiah Mohamad seorang suri rumah berusia 62 tahun pula berpendapat Anwar dan Hadi adalah pemimpin yang mempunyai banyak muslihat dan tipu daya.

"(Mereka) jahat. Jahat sebab tipu rakyat. Sama je mereka berdua (itu). Mereka tidak layak. Banyak muslihat. Cakap je manis. Tak tunai janji."

Seorang suri rumah, Zainab Kadir, 53 tahun pula berpendapat kedua-kedua calon itu tidak layak diangkat sebagai pemimpin kerana masing-masing diselubungi isu moral dan kredibiliti yang diragui.

"Memang tidak layak. Tiada ketokohan sebagai pemimpin pun. Sebab dia banyak skandal. Tiada moral.

"Datuk Haji Hadi memang bagus moralnya. Tapi kepimpinan dia teruk. Tengoklah masa dia perintah negeri Terengganu. Apa je sumbangan dia? Satu pun tiada," katanya.

Untuk rekod, Anwar pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 dan dilucutkan jawatan pada 1998 serta dipenjarakan atas tuduhan liwat.

Beliau mula aktif politik kembali setelah dibebaskan dan kini menjadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pula pernah menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 selepas merampas negeri Terengganu dari Barisan Nasional (BN) . Beliau sekarang merupakan Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Redang.

-Antarapos

2 comments:

Anonymous said...

Pengundi saluran 1 bro,biasa le.bagi mereka mana ada parti lain yg layak memerintah Malaysia melain kn UMNO je.Ini lh parti yg bagi mereka berjuang utk kemerdekaan negara tp mereka bkn tau pun yg parti ini di tubuh kn pada 1988 oleh Madey.31 tahun selepas negara merdeka!

Anonymous said...

bn boleh relaks sekarang ... rakyat terengganu dah beri jaminan.... jom balik tidoq.. lagi baik!

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates