Monday, February 18, 2013

2 Kenyataan Palsu Dakwa PM Letak Jawatan... Bukti Pakatan Haram Kian Terdesak!


Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah digodam.

Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.

"Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

"Satu laporan polis juga akan dibuat mengenai perkara ini dan Jabatan Penerangan Malaysia menyerahkan perkara ini kepada pihak poilis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Beliau merujuk kepada kenyataan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia' dan 'Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan' yang dimuatkan dalam sistem tersebut sebelum itu.

Nota: Sampai macam ni sekali nak sabotaj Perdana Menteri... Agak-agaklah kalau Pakatan Haram nak menang sekali pun biarla gentleman sikit...

AWAS: Puak Pakatan Haram sekarang sedang sibuk mengondam laman web rasmi kerajaan dan blog blogger pro-kerajaan..

2 comments:

Anonymous said...

Jgn lh perangai mcm haram jadah bro,tk ada mana pro PR nk pi godam website kerajaan.Yg selalu dok edit itu edit ini,godam itu godam ini puak UMNO je.Jgn kata dlm media alternatif,dlm media cetak dn media elektronik pun penuh cerita pembohongan puak2 UMNO.Klau tidak mna mungkin Utusan Malaysia klh saman ber kali2!

Anonymous said...

Hahahaha mengaku juga depa puak pakatan haram nooo......

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates