Wednesday, February 20, 2013

4 Nasarudin Tantawi Kesal Dengan Serangan Dari Pihaknya Ke Atas Dr Fadzilah Kamsah


Terima Kasih Nasaruddin Tantawi kerana mendedahkan sikap Trooper Pakatan yang sebenarnya...

HarakahDaily - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan melahirkan kekesalan terhadap apa yang dilakukan ke atas pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

“Biarpun kita tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan beliau, namun janganlah sampai menghina dan mengaibkannya sedemikian rupa, itu bukan akhlak kita berjuang,” tulis beliau di Facebooknya.

Justeru, penegasan beliau buat kesekian kalinya, khas dihulurkan kepada semua rakan-rakan pimpinan, penceramah, facebooker, blogger, websiter dari Pakatan Rakyat agar tidak membalas hujah dengan kejian dan makian atau menyerang lawan dengan memburukkan peribadi dan hal anak beranaknya.

“Kekalkan rentak menentang penyelewengan, penipuan dan fitnah lawan atau mana-mana pihak dengan hujah yang berasaskan nas, fakta dan figure,” ujarnya lagi.

Jenis iblis dan syaitan ni kalau di bacakan ayat ayat suci al- quran pasti akan lari atau terbakar! Itu ler contoh yang terjadi kepada kuda belang pembangkang apabila kebenaran yang diungkapkan oleh Dr Fadzilah Kamsah berkenaan doa sesat lagi jahat telah menyebabkan puak PAS tidak reti duduk diam.. panas!

Maka di usahakan agar keperibadian Dr Fadzilah Kamsah khususnya agar boleh di pertikai serta maruah beliau sekeluarga sedang cuba digadai! Puak pembangkang telah mengeluarkan gambar yang dikatakan anak lelaki dan perempuan Dr Fadzilah Kamsah yang tidak menutup aurat serta berposing bergambar yang dilihat tidak islamik.

Persoalannya adakah benar gambar yang di dakwa itu benar benar gambar anak Dr Fadzilah? Kalau kebenarannya tidak dapat dipastikan maka buat apa la nak tabur fitnah dan mengaibkan Dr Fadzilah Kamsah sekeluarga?

Salah Dr Fadzilah Kamsah menyatakan kebenaran yang telah digariskan oleh agama?

Bagi mereka siapa jua yang tidak bersama mereka adalah musuh! siapa jua yang menolak ajaran sesat mereka adalah lawan...!

Video Di bawah buat Puak PAS panas terbakar  URL: http://youtu.be/t69sQNE-zD0

4 comments:

Anonymous said...

tu diaaaa..... panas terbakaq depa ni semua... rasakan... alhamdullilah, sib baik tantawi sedaq! klu x jd apa pun tak tau hangpa semua ni....

X-PAS said...

PAS = Parti Ajaran Sesat

Anonymous said...

Nati mamat ni pon kena berbakul2 sumpah seranah dari puak2 dia sendiri ler. Dia org dia biasa sbb dah dididik dgn cara mcm tu. HamPAS Dulu Kini Dan Selamanya.

ABU..AKU BERSAMA UMNO

Anonymous said...

Aku pernah ikut ceramah motivasi Dr Fadilah Kamsah ni. Dalam ceramah beliau, beliau ada katakan ieitu sesuatu berita itu kalau tak pasti hendaklah di selidiki dan di tanya pada yang empunya diri samada betul ataupun salah. Dan selepas mendapat penjelasan drp empunya diri barulah buat keputusan. Kalau tidak ia boleh menjadi fitnah. Fitnah besar dosasnya. Itu kata nya dulu.

Tapi, apa yang aku dengar dari vedio di atas tadi, nampaknya, Dr tidak melakukan apa yang ucapkan pada kami sebelum ini iaitu adakah beliau bertanya terus pada empunya diri atau beliau hanya mendengar berita dari sebelah pihak?

Sebagai anak jadi Kelantan, kami tahu apa yang berlaku di Kelantan dan apa yang di ucapkan oleh Dr. adalah bersifat fitnah. Beliau tidak bijak berbicara, tetapi, beliau sendiri tidak boleh mengamalkannya.

Takkan jadi "Paku dulang Paku Serpih, Mengata orang,tapi, dia yang lakukan lebih"

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates