Wednesday, February 20, 2013

0 PAS Merugikan Umat Islam


Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Zulkifli Nordin berkata PAS harus dipertanggungjawabkan terhadap kerugian umat Islam di negara ini.

Beliau ketika ditemui Antarapos menyifatkan pendirian rapuh parti itu berhubung Islam telah mengakibatkan agama rasmi negara diperlekehkan oleh kaum lain.

Zulkifli membayangkan PAS cuba lari dari prinsip yang diperjuangkan justeru mengeluarkan kenyataan berunsur retorik untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang ketika berucap di Kuala Nerus baru-baru ini menegaskan parti itu bersedia untuk keluar dari pakatan pembangkang jika kerjasama tidak mendatangkan manfaat kepada Islam dan orang Melayu.

"Hadi Awang perlu lebih realistik setakat buat komen-komen retorik tak cukup. Keadaan sekarang bukan akan merosakkan Islam, dah rosak pun.

"Jadi kalau nak kalau nak menyatakan keluar kalau Islam rugi saya ingat itu retorik politik, Islam sudah pun rosak oleh mereka sendiri," katanya ketika ditemui pada program ceramah di Shah Alam semalam.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam menyifatkan dakwaan Hadi bahawa PAS akan keluar Pakatan Rakyat tidak mungkin berlaku.

Beliau berpandangan parti itu hanya mahu mengaburi mata para penyokongnya kerana menyedari sokongan kepada PAS semakin terjejas akibat isu agama yang dicetuskan DAP dilihat kini semakin membelit.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis sambutan Hari Krismas Disember lalu mendesak kerajaan persekutuan untuk membenarkan terjemah kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu di Semenanjung.

Tuntutan itu disokong oleh Hadi yang membuat pengumuman mewakili Majlis Presiden Pakatan Rakyat membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah asalkan ia tidak disalahguna.

Namun ketetapan itu disanggah Majlis Syura Ulama PAS yang menyifatkan kalimah Allah eksklusif untuk orang Islam.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din dalam ceramahnya agama di masjid-masjid seluruh negara menegaskan bahawa umat Islam wajib mempertahankan prinsip agama justeru mempersoalkan tujuan DAP menuntut perkara sedemikian.

Pengerusi DAP Karpal Singh sebelum ini menuntut PAS agar lebih bersikap terbuka dan menerima pendirian gabungan Pakatan Rakyat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates