Tuesday, February 19, 2013

0 RM432,000 Setahun Duit Rakyat Digunakan Untuk Bayar Blogger Upahan Pakatan Haram


12 orang blogger pakatan DAP-PKR-PAS menerima RM3,000 sebulan, jumlah keseluruhan RM36,000. Ada diantara blogger yang dibayar menggunakan duit rakyat menerusi Selangor State Fund. Ini bukti kerajaan negeri di bawah pimpinan Khalid Ibrahim salah gunakan duit rakyat untuk membayar blogger bagi tujuan politik.

Ini bermakna dalam setahun sejumlah RM432,000 dibayar untuk blogger blogger terbabit. Sekiranya dijumlah sejak 2008 lagi, Khalid Ibrahim dipercayai sudah membayar sejumlah RM1,728,000 kepada blogger blogger pembangkang. Hampir RM2 juta dihabiskan untuk membayar blogger.

Sekiranya jumlah RM1,728,000 diberikan kepada ibu tunggal (RM100 sebulan) ini bermakna sejumlah 17,280 orang ibu tunggal boleh mendapat manfaat. Khalid Ibrahim lebih sanggup gunakan duit rakyat untuk bayar blogger berbanding menunaikan janji manifestonya kepada rakyat.


Info Angin Perubahan

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates