Thursday, July 22, 2010

Artikel Pilihan: Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

by Cucu Tok Selampit

Semenjak TPM, TS Muhyiddin membuat lamaran mengajak PAS kembali bergabung atas dasar perpaduan beberapa hari yang lepas, sejak itu jugalah hari-hari media dipenuhi dengan ejekan, tomahan dan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS yang menolak sinis cadangan tersebut. Saya tidak pasti sama ada cadangan perpaduan UMNO - PAS ini adalah idea asal TPM atau ianya hasil daripada nasihat-nasihat yang tidak berguna daripada punahsihat-punahsihat TPM di sekelilingnya. Ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO saban hari terkebil-kebil menerima hinaan sebegini rupa tanpa mampu membalasnya kembali.

Terus terang saya merasa amat kecewa dengan pelawaan TPM tempoh hari. Tidakkah kita mengambil iktibar bagaimana isu ini dimainkan sebegitu rupa apabila pelawaan pertama perpaduan UMNO - PAS ini ditolak? Kenapakah UMNO masih bermuka tebal untuk merendahkan diri sebegitu rupa sehingga sanggup menyembah parti PAS yang kini selesa bermukah dan berkahwin secara mutaah dengan parti syaitan DAP?

Jika isu perpaduan di antara UMNO - PAS hanya menimbulkan lebih banyak pertelagahan di kalangan ahli-ahli parti sendiri, maka seeloknya dilupakan saja. Jangan sesekali menaruh harapan yang mengunung tinggi. Masing-masing ada alasan dan masing-masing dan kelemahan dan kekuatan yang tersendiri. Kita tidak mahu peristiwa lama dilaung dan diungkit kembali , sedangkan hasilnya tidak membawa kita ke mana-mana. PAS sudah menentukan haluan dan corak hidupnya sendiri dan UMNO sewajarnya menghormatinya. Kita harus merenung dan merencana masa depan orang-orang Melayu dan Islam walaupun parti UMNO dan PAS masing-masing berbeza jalan yang dilalui. Mungkin inilah yang terbaik yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Ibarat kita pergi meminang anak dara orang. Sekali orang menolak anggaplah tidak ada jodoh. Janganlah kita "gila meroyan" duduk memuja ibarat kalau tidak dapat lihat orangnya, dapat lihat bumbung rumahnya pun jadilah. Sedarlah pemimpin-pemimpin UMNO, pantun orang-orang tua tidak lapuk ditelan zaman dan masih relevan sehingga ke saat ini. Renungkanlah, pinggan tak retak, nasi tak dingin, mereka tidak hendak, kita juga tidak ingin.

Sumber: http://khairulryezal.blogspot.com

No comments: