Monday, July 19, 2010

Khairy Jamaluddin - Melayu kekal kuasa jika kembali perjuangan asal


Orang Melayu masih mempunyai masa depan dalam mengekalkan kuasa sekiranya mereka kembali kepada prinsip perjuangan asal iaitu untuk bangsa, agama dan negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa selagi UMNO berperanan memperjuangkan ketuanan Melayu.

Katanya, perpaduan dan perjuangan di kalangan orang Melayu mesti dengan prinsip perjuangan asal pemimpin terdahulu.

"Perpaduan tanpa perjuangan yang mulia oleh orang Melayu tidak akan mendatangkan hasil yang baik.

"Malah perpaduan orang Melayu sejak akhir-akhir ini membuktikan kita akan terus berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti," katanya.

Semalam, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan kebimbangan mengenai orang Melayu akan hilang kuasa pada PRU-13 jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Harussani berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menegaskan, orang Melayu mesti mengamalkan sikap bersatu-padu tanpa melihat kepentingan mana-mana parti untuk mengekalkan kuasa.

"Kalau hendak terus berkuasa dan mengangkat bangsa, isu perpaduan antara UMNO atau Pas bukan merupakan isu pokok tetapi melihat keikhlasan perjuangan orang Melayu itu sendiri untuk terus berkuasa di negara ini.

"Isu perpaduan antara UMNO dan Pas dialu-alukan tetapi ia mesti mengambil kira mengenai isu yang memberi kesan kepada orang Melayu untuk terus berkuasa di negara ini," katanya.

4 comments:

Kam said...

KJ. Hraapan UMNO/BN. Buang yang lama. Letak yang baru.

Anonymous said...

Sudahlah Khairi kerana hang UMNO
semakin hilang pengaruh. Lebih baik KJ hang pi jilat buntut Chee Wee.Jinggo berapa KJ bayar kau supaya terus membodek.Pengikut KJ
kaki rasuah dan perosak UMNO.

Anonymous said...

Pas dalam kerajaan pakatan pembangkang hanya layak dipanggil sebagai ‘Pak Sanggup” atau ‘Tukang Angguk’ terhadap apa sahaja keputusan yang dibuat oleh PKR dan DAP.. Jelas kita dpt melihat Perjuangan mereka bukan kerana islam dan melayu! Mereka tidak perduli tentang perpaduan dan perjuangan di kalangan orang Melayu!

Unknown said...

Anon 2:18

PAS perlu bersama-sama UMNO dan meninggalkan DAP serta PKR sebelum parti itu dihina apabila terpaksa ikut telunjuk pemimpin pembangkang parti lain.

Perosak yang sebenarnya ialah Anwar Ibrahim dan Nik Aziz!

Pas jangan terus hina UMNO!!! Kalau hendak berbincang janganlah kita mengutuk satu sama lain

Aku bukan blogger seperti Kickdefella dibayar 4 juta!

Dan Perjuangan aku bukan hanya pada individu2 tertentu sahaja!

Aku berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Umno itu parti melayu! dan aku akan terus mempertahankan Parti umno sejak dari dulu, kini dan selamanya!

Aku nasihatkan kepada kau juga kembalilah kepada prinsip perjuangan asal!!!!!

Salam Hurmat

BJ