By: RBF
Sekalung Tahniah Kepada Suhaimi
Saya difahamkan oleh beberapa sumber bahawa Ketua Pergerakan Pemuda Umno Selangor, Suhaimi Ghazali telah menghantar surat perletakan jawatan beliau kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Difahamkan juga satu pengumuman rasmi untuk mengumumkan perkara tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat.
RBF ingin mengucapkan tahniah kepada Suhaimi kerana bertindak secara gentlemen. Beliau berani mengambil tanggungjawab atas kegagalannya. Beliau tidak mahu menyusahkan orang lain dan beri peluang kepada orang yang boleh menjalankan tugas.
Semoga pemimpin-pemimpin lain yang gagal berani juga mengambil tanggungjawab sebagaimana yang dilakukan oleh Suhaimi.
Sekali lagi tahniah kepada Suhaimi.
Habis cerita bab Suhaimi, sekarang timbul pula persolan baru. Siapakah yang layak menggantikan Suhaimi sebagai Ketua Pemuda Selangor. Yang ini pun satu masalah juga, KJ perlu berhati-hati dalam hal ini.
KJ kena ingat, UMNO/BN adalah pembangkang di Selangor. Di saat begini, UMNO/BN Selangor memerlukan seorang KP yang gigih, berani, bijak berpolitik serta kreatif. P/raya makin hari makin dekat , Selangor perlu ditebus kembali. Sesiapa yang bakal memegang jawatan tersebut perlu bekerja keras 24 jam sehari, 7 hari seminggu,30 hari sebulan dan 365 hari setahun. Tiada masa untuk berbulan madu. - RBF
No comments:
Post a Comment