Friday, July 23, 2010

Sekolah Agama Rakyat (SAR) ditindas hanyalah rekaan panggung wayang pembangkang -KP Perak Maslin Sham Razman

Oleh: Bro Jinggo

Ketua Pemuda UMNO Perak, Maslin Sham Razman menegaskan komitmen kerajaan negeri ke arah itu sekaligus merungkai pelbagai tohmahan dan fitnah pembangkang yang sekian lama mewar-warkan kononnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) ditindas dan sebagainya adalah tidak benar dan rekaan panggung wayang pembangkang semata-mata.

Langkah kerajaan negeri mengumumkan pemberian sebidang tanah seluas 2,023 hektar bagi memperkasakan semua SAR di Perak membuktikan kerajaan yang ditunjangi UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) tidak meminggirkan soal pendidikan Islam.

Beliau percaya selepas ini pelbagai cerita lain akan menjadi tajuk utama untuk dipaparkan di dalam wayang panggung pembohongan mereka di seluruh negeri Perak termasuk di negeri-negeri lain.

“Sebelum ini pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap kita. Hari ini, kerajaan pimpinan BN telah membuktikan kita bukan sahaja mengutamakan di dalam soal pendidikan Islam, malah turut bersikap adil kepada semua kaum tanpa membezakan warna budaya dan identiti agama.

“Jika BN ini sebuah pemerintah yang zalim dan sebagainya, soal seumpama itu sudah pasti tidak dihiraukan. Namun, hari ini keseriusan kerajaan negeri ke arah itu amatlah dialu-alukan dan pembangkang bakal mencari penulis skrip baru untu menutup segala pembohongan mereka selama ini,”.

Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian sebidang tanah seluas 2,023 hektar bagi memperkasakan semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tanah tersebut akan dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKEINPk) sebagai ladang kelapa sawit.

Katanya, hasil daripada aktiviti di ladang itu akan disalurkan ke sebuah tabung khas yang diwujudkan untuk menampung perbelanjaan SAR yang memerlukan bantuan.

Maslin yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar seterusnya berkata tumpuan kerajaan negeri terhadap soal pendidikan Islam diharap akan benar-benar dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha emlahirkan belia dan anak bangsa yang cemerlang bukan sahaja dalam soal pendidikan, malah dalam melahirkan cerdik pandai agama.

No comments: