Wednesday, July 21, 2010

Video : Rompakan harta rakyat, Pemuda Selangor Serah Dokumen Kepada SPRM



Oleh: Bro Jinggo

“Buah semangka berdaun sirih, mengata orang dia yang lebih. Kita bukan seperti mereka yang mendakwa tanpa bukti, jadi hari ini kita kemukakan bukti kepada SPRM untuk siasatan lanjut,” Kata, Ketua Pemuda Umno Bahagian Ampang.

Ketua Penerangannya, Safarizul Mustafa berkata dokumen setebal setengah inci itu dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama bukti seperti resit rasmi berkaitan aktiviti penjualan dan pembelian pasir di negeri itu.

Safarizul berkata, melalui siri pendedahan di media-media arus perdana, demonstrasi dan penyerahan memorandum bantahan, menguatkan kegurasan kami tentang berlakunya penyelewengan, amalan perlombongan tidak terkawal dan kegiatan kecurian pasir.

“Ini jelas suatu bentuk rompakan harta rakyat di samping menjejaskan alam sekitar serta pembangunan hartanah di masa hadapan,” ujarnya.

“Hari ini kami mendapati wujud pula bukti-bukti bahawa berlaku amalan tidak telus, pilih kasih atau sikap double standard oleh KSSB. Antaranya sebuah syarikat kontraktor yang dilantik KSSB memperoleh diskaun 22% atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir berharga RM17.50 sedangkan syarikat lain hanya diberikan potongan 50sen bagi kuantiti sama”.

Sehubungan dengan itu, bukti-bukti yang berkaitan diserahkan kepada SPRM untuk tindakan siasatan lanjut demi memastikan tadbir urus yang baik sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan untuk menyelamatkan harta rakyat Selangor iaitu hasil daripada industri pasir daripada manipulasi mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Sementara siasatan berhubung dengan industri pasir ini dilakukan SPRM, kami turut gesa kerajaan negeri mengambil tindakan sepertimana yang terkandung dalan memorandum bantahan industri pasir yang telah dikemukakan kepada YAB Menteri Besar Selangor pada 15 Julai yang lalu.

“Kami Pemuda Selangor juga menggesa agar kerajaan negeri memberikan kerjasama penuh terhadap proses siasatan terhadap KSSB dan tidak mempolitikkan isu pasir ini sebaliknya lihat ini sebagai isu urus tadbir, ketelusan dan keterbukaan sebuah anak syarikat negeri yang bertanggungjawab mengurus hasil bumi Selangor dan menjana pendapatan negeri di mana kini penyelewengan besar-besaran berlaku,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

4 comments:

Kazaaa said...

Cayalah PPU Selangor!!!! Ramai juga KP yang hadir.

hanizam said...

jangan hangat-hangat TAIK ekor pendek udah le ye....

pemimpin UMNO baru bangun dari tidor lena...baru sekarang nak tunjuk buat kerja...kalau dah bangun tu, teruslah bangun...

jangan tidor balik...jangan mimpi BASAH...

hanizam said...

mungkin aura perletakan jawatan ketua pemuda selangor (kalau betullah) yang buatkan ketua bahagian lain bersemangat nak buat kerja kot...

kalau selama ni ketua dok mimpi basah, anak buah ikutlah sekali...

semoga ada perubahan untuk tawan kembali selangor...sesekali kalau berada diatas, tengok-tengoklah kat bawah ni...jangan dok sombong tak bertempat...tak boleh ditegur kalau buat salah...

Anonymous said...

Misi Tawan Selagor!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hidup KJ!!!