Tuesday, July 20, 2010

Lim Guan Eng Melampau, hina penjawat awam kerajaan persekutuan

Sebelum ini, Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus hanya bersabar dan mengambil sikap berdiam diri walaupun dituduh dengan pelbagai kenyataan yang menghina peribadinya oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Namun penjawat awam itu akhirnya bersuara hari ini kerana tidak mahu lagi menjadi kambing hitam kerajaan negeri.

Menurutnya, kenyataan Guan Eng bahawa beliau tidak kompeten, tidak profesional, pengecut dan patut diberhentikan ekoran isu curi pasir di tapak projek Politeknik Balik Pulau, adalah amat biadab.

Sambil menyifatkan kata-kata kesat seumpama itu tidak sepatutnya dilemparkan seorang yang berjawatan Ketua Menteri, Nik Ali memberitahu, ia merupakan kali ketiga Setiausaha Agung DAP itu membuat kenyataan biadab dan melampau kepadanya.

"Sebelum ini, Guan Eng kata saya lidah biawak, pegawai tidak kompeten, 'little Napoleon' dan sebagainya. Apakah niat sebenarnya saya tak tahu, tapi yang kita nampak beliau 'bekerja kuat' untuk mengeluarkan saya dari negeri ini.

"Ia seperti menghina peribadi serta kerjaya saya dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, agensi yang memelihara kepentingan Kerajaan Persekutuan dalam memberikan kesejahteraan kepada rakyat Pulau Pinang.

"Ingin ditegaskan di sini, Guan Eng tidak mempunyai 'locus-standy' untuk menilai saya sebagai pegawai yang tidak kompeten dan sebagainya," katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada sidang akhbar isu curi pasir di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim; ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya; ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah dan ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad.

Guan Eng semalam menggesa Nik Ali segera meletakkan jawatan kerana mendakwa beliau cuba melarikan diri dan menuding jari kepada orang lain berhubung isu curi pasir tanah milik Kerajaan Persekutuan di Balik Pulau.

Perang dingin antara kedua-dua individu itu tercetus apabila Guan Eng mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera diikuti dengan isu perobohan pintu gerbang Taman Botani dan terbaru, isu curi pasir.

Nik Ali menjelaskan, isu curi pasir tidak ada kena mengena dengan bidang tugas dan tanggungjawab SDO, sebaliknya ia bidang kuasa pihak berkuasa negeri, Pejabat Tanah dan Daerah dan ditangani bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri.

Tambahnya, Pejabat Tanah dan Daerah mempunyai kuasa penguatkuasaan, memantau dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menjalankan kegiatan itu sama ada di tanah persendirian, syarikat, kerajaan negeri atau Persekutuan.

"Begitu juga dalam isu perobohan gerbang di Taman Botani, beliau dakwa saya membazirkan wang kerajaan sedangkan keputusan dibuat Jemaah Menteri berasaskan prinsip rakyat didahulukan dengan mengambil kira pendapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pencinta alam.

"Justeru, saya ingin mengingatkan Guan Eng supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bersifat serangan peribadi dengan menyiasat fakta berhubung struktur, peranan dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan negeri sebelum membuat kenyataan liar," ujarnya.- Utusan


Pejuang Bangsa: Guan Eng serang penjawat awam kerajaan persekutuan !!

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah Nik Ali..jangan tunduk pada Lim Guan Eng. Lim Guan Eng mesti ada agenda nak burukkan Kerajaan Pusat.

Anonymous said...

yaaaa...jgn tunduk kepada kafir laknat ni...takbirrrr..

Pusat Siber Rakan Muda said...

cina ni memang nak halau orang melayu dari p.pinang

Anonymous said...

Dulu rakyat keliru mana yang benar mana yang salah....sekarang dah terang lagi bersuluh keputusan PRU akan datang PR menang di Pulau Pinang sahaja dan BN akan dapat 2/3 majori percaya lah.....cuma mereka dah rangka strategi lebih ganas kalau mereka kalah nanti...akan buat seperti di Iran...tunggu