Saturday, August 13, 2011

PAS Buat "U Turn" Selepas Di Desakan Dan Pendedahan - Sokong JAIS Jika Ada Bukti


AgendaDaily: Jika minggu lalu PAS enggan menyatakan pendirian parti itu dalam kontroversi isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Damansara Utama selagi belum bertemu pihak JAIS dan gereja terbabit, petang Sabtu, pucuk pimpinan parti itu sudah mula tukar nada.

Barangkali kerana asakan dan pendedahan bukti mengenai usaha memurtadkan orang Islam oleh pihak Kristian serta sokongan Dewan Pemuda PAS Pusat kepada tindkan JAIS itu, PAS menyatakan pendirian rasmi selepas mesyuarat Biro Politiknya petang tadi.

PAS berpendirian bahawa jika ada bukti, JAIS hendaklah segera mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba memurtadkan orang Islam mengikut undang-undang atau enakmen Islam yang ada.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam sidang media selepas mesyuarat hampir dua jam di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Keputusan itu katanya, selari dengan kedudukan parti itu yang diasaskan mengikut prinsip Islam.

Malah katanya, PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh hal ehwal Islam.

“PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami meletakkan dasar PAS adalah Islam...rujukan utama al-Quran dan Sunnah.

“Keutamaan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia berhadapan untuk mempertahankan akidah Islam,” kata Mohamad.

Katanya, PAS tetap dengan keputusan sedia berjumpa pihak gereja dan JAIS bagi mendapatkan gambaran isu kontroversi di Selangor itu.

Menurut Mohamad, PAS mengambil pendirian jika JAIS ada bukti, jabatan itui hendaklah mengambil tindakan segera terhadap pihak yang cuba memurtadkan orang Islam.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan parti itu akan berjumpa dengan pihak geraja pada Selasa ini manakala pertemuan dengan JAIS belum dapat diputuskan kerana jabatan itu dalam proses siasatan dan menyiapkan laporan.

Berhubung dengan pendirian terbaru PAS dalam isu itu, beliau menjelaskan, ini mengambilkira pertemuan dengan JAIS akan mengambil masa.

Sebenarnya, tidak hairan PAS berubah nada kerana parti itu mungkin sudah terdesak jika terus berdiam diri dalam isu tersebut sedangkan pelbaai pihak menhyatakan sokongan terhadap usaha JAIS itu.

Apatah lagi sebagai parti yang mendakwa memperjuangan dasar-dasar Islam, PAS boleh hilang sokongan dan pengaruh dikalangan penyokong-penyokong jika dilihat cuba memihak kepada sekutu mereka dalam pembangkang iaitu DAP dan PKR.

Pendirian terbaru ini sekali gus memperlihatkan kenyataan Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menyokong JAIS melaksanakan pemeriksaan tersebut ada benarnya.

Ianya juga mungkin ambil kira sokongan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi kepada JAIS.

Bagaimanapun, pemimpin PAS yang terpaksa menelan pahit isu ini adalah ahli parlimern PAS Shah Alam, Khalid Samad yang menuduh tindakan JAIS itu ada kaitan dengan UMNO bagi menutup isu perhimpunan Bersih.

Selain itu, bukan sesuatu yang menghairankan kerana ramai maklum pertembungan Dr Hasan dengan Khalid.

Sekaligus ada pemimpin PAS yang lain melihat ini adalah isu negeri Selangor dan masalah peribadi kedua-dua mereka sahaja.

Namun, kerana Dr Hasan dan Khalid pemimpin PAS, mahu atau tidak, PAS Pusat perlu bersuara menyatakan pendiriannya walaupun tindakan itu ibarat sudah terantuk baru tengadah. -AgendaDaily

3 comments:

Anonymous said...

pas-pis-pus...

Anonymous said...

berlakon je PAS tu...
cakap lain.. hati takut hilang undi..
standard... Parti Ajaran Sesat...

Anonymous said...

Tercatat ... Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ... menjelaskan, ini mengambilkira pertemuan dengan JAIS akan mengambil masa.

Kenapa pertemuan dgn JAIS akan megambil masa ek ?

Kan exco Agama Islam tu org PAS ?

Susah sangat ke nak suruh exco sendiri buat temujanji dgn JAIS ?

Atau PAS tak caya lagi dgn HAsan Ali ... dan kena buat temu janji sendiri ... maka siapa nak buat ? siapa nak jumpa ? ... ini yg mengambil masa kut ?