Monday, August 8, 2011

[photo inside] Tanah Runtuh Di Kampung Orang Asli Sungai Ruil Di Tanah Rata, Cameron Highlands






Update : 1:23am -  Mangsa cedera maut

Salah seorang mangsa kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands yang sebelum ini cedera parah meninggal dunia di hospital sebentar tadi menjadikan jumlah korban meningkat kepada empat orang.

Dua lagi mangsa yang cedera masih dirawat, manakala tiga mangsa dikhuatiri masih tertimbus.

3 maut, 3 cedera

Sehingga jam 12.25 pagi tadi, dua lagi mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands berjaya ditemui menjadikan mangsa yang terkorban setakat ini ialah tiga orang, semuanya wanita.

Manakala jumlah yang cedera ialah tiga orang, dan yang dikhuatiri masih tertimbus adalah seramai empat orang.

3 Rumah tertimbus sepenuhnya

Tiga buah rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang, 5.45 petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Brinchang ketika dihubungi Bernama malam ini berkata dua buah rumah lagi yang terletak berhampiran turut mengalami kerosakan, tetapi hanya kerosakan kecil.

Ditanya sama ada tanah runtuh itu disebabkan oleh hujan, beliau berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca kejadian berkenaan.

"Mangsa yang cedera telah dikenal pasti sebagai penduduk Orang Asli. Namun, mangsa yang dipercayai terkorban masih belum dikenal pasti identitinya,” kata beliau.

Setakat ini seorang wanita terkorban manakala seorang lelaki dan seorang wanita cedera parah dalam kejadian itu.

Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

[photos inside] Riot Hits London : Adakah Bersih 2.0 Mahukan Rusuhan Seperti Di London?

2 comments:

Anonymous said...

sayu rasa hati melihat mereka pergi dlm keadaan begini...

Anonymous said...

biasalah....selepas kejadian baru ada pembelaan dan solution..

jangan salahkan orang asli buat rumah di lereng bukit...salahkan
pbt laa....tak proaktif!!