Thursday, October 20, 2011

Memang Patut UIA Gantung Tugas Aziz Bari!


Makan gaji dengan Kerajaan, makan komisen dengan pembangkang, depan belakang semua dia sapu, sama macam Anwar jugak la...!

Tiap-tiap tahun ambil bonus dari kerajaan, tapi hentam kerajaan!! manusia ke... apa ni?

Elok sangatlah pro kangkung ini digantung dari UIA, pengkhianat harus diambil tindakan undang-undang!

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu, lapor portal Malaysiakini.

Aziz berkhidmat di fakulti undang-undang sejak 22 tahun lalu itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Portal itu melaporkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.

Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Semalam, Aziz telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan berkaitan dengan kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini.

Sebelum ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia juga telah mengambil keterangannya berhubung isu yang sama.

Aziz dikatakan telah membayar peguamnya untuk menangani permasalahannya itu.

Minggu lalu, beberapa pihak membuat laporan polis menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada Aziz.

Aziz Bari kena tindakan gantung tugas Pakatan Haram dah kecoh satu dunia, kes tiga kakitangan Unisel dibuang kenapa membisu?? 

6 comments:

Anonymous said...

pakatan haram ni memang suka buat kerja haram jadah. aziz bari ko ni prof apa. buat sia2 je mengaji lama sampai dapat jd prof. ingatkan semakin lama makin jd pandai bijak bistari rupanya makin bebal lagi dungu. cisss tak yah ngaji tinggi2 pun tak pe kalau akhirnya jadi seperti aziz bari ni.

Otak Geliga said...

Titah Sultan yg nak jaga umat Islam & agama Islam dikatakan x berlandaskan Islam.....apa nak jd la......prevention is more..more better & effective than cure.....u should know that better than others PROFESSOR Aziz Bari......shame on u.....hehehe

mohamad ismail said...

Aziz bari belajar lama,sebab tu dia tahu apa yang benar dan apa yang tidak benar. Anonymous tak sekolah sebab tu komen anda hampas.

otak geliga yang tak geliga islam melarang kita menuduh kalau tidak cukup bukti. ada faham

Anonymous said...

Aziz Bari belajar lama.. sebab segala yang dia belajar tak masok otak.. kesenangan dan kemewahan dia agaknya dapat dari mane..? dia belajar lama tu pakai sekolah mane duit siapa.. siapa yang tanggung dia belajar.. kena umpan je dah mula lah melalut.. dia dah lupa sejarah atau mungkin tak ingat.. orang orang yang harus dikeluarkan dari Negeri Selangor.. Ptof konon Pwoei...

Anonymous said...

apelah ko aziz bari..patot kerajaan dah bela ko,ko kene la patuh pada tuan mcm anjing patuh pada tuannya.kerajaan bg ko makan kat dunia ni,sanggup ko lawan kerajaan,ko mesti sokong sapa yg bagi ko makan,ade faham??

Anonymous said...

ooo... ada orang kat sini kata kita patut jadi macam anjing. hah elok sangatlah tu, engko je lah yang jadi anjing. jangan ko libatkan manusia yang berfikiran jauh untuk jadi anjing macam ko. tuan ko bagi makan ko yeeess manjang. typical bn mentality... good luck being a dog. sit... boy sit... atta boyy...