Sunday, January 8, 2012
Kes Liwat Anwar : Hari Penentuan Esok... Can I F**k You Today?
Sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan atau bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan diketahui esok.
Selepas hampir dua tahun dibicarakan dengan melalui pelbagai kontroversi, takdir dan nasib Anwar, 64, dalam genggaman keputusan akhir Mahkamah Tinggi yang difahamkan akan diumumkan Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada pagi esok.
Sekiranya barisan peguam Anwar diketuai Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan munasabah, maka Anwar dan penyokongnya boleh sahaja berteriak dan bergembira, tetapi sebaliknya jika keputusan mahkamah memihak kepada hujah pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, maka Anwar akan mengulangi sejarah kes liwat pertama pada 1998.
Bebas atau penjara, kedua-duanya membawa revolusi terhadap politik negara.
Sejak kes ini meletup selepas Mohd Saiful membuat laporan polis mendakwa diliwat orang kenamaan, kes berprofil tinggi ini mendapat perhatian luar biasa terutama penyokong Pembangkang yang menganggap kes sebagai komplot ‘membunuh’ karier politik Anwar.
Kes seks songsang ini diberi jolokan kes liwat II selepas kes liwat pertama di mana pada 2000, Anwar disabit kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.
Bagaimanapun, selepas empat tahun, Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu, sekali gus mengetepikan hukuman penjara terhadapnya dan Anwar bersemuka kembali dengan dunia politik negara sebagai Ketua Pembangkang.
Mohd Saiful, 26, membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 dan kes membuka tirai di Mahkamah Tinggi Jalan Duta selepas Anwar menghadapi tuduhan meliwat pemuda itu pada 7 Ogos 2008.
Selepas beliau gagal membatalkan pertuduhan liwat itu pada 1 Disember 2009, perbicaraan bermula 3 Februari 2010, seterusnya ditutup peringkat pembelaan pada 15 Disember lalu.
Sekiranya dicongak, perbicaraan mengambil masa cukup lama kerana banyak berlaku penangguhan akibat kontroversi tidak sudah-sudah dan pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar.
Permohonan untuk menyingkir Hakim, Mohamad Zabidin sahaja berlangsung tiga kali. Seramai 26 saksi pendakwaan memberi keterangan sementara pihak pembelaan membawa lapan saksi, termasuk Anwar sendiri yang telah memilih untuk memberi keterangan tanpa bersumpah di kandang tertuduh pada 22 Ogos 2011.
Ketika perbicaraan, keterangan Mohd Saiful sebagai saksi pertama sememangnya ditunggu di mana dia mendakwa marah dan ketakutan selepas Anwar mengucapkan “can I f**k you today?”.
Antara yang hangat, seluar dalam bersama beberapa helai pakaian Mohd Saiful dibawa ke mahkamah. Malah Mohd Saiful mengaku, sehelai seluarnya dibelikan oleh Anwar dan menafikan ada mengadu kepada seorang doktor Hospital Pusrawi bahawa terdapat kemasukan objek plastik ke dalam duburnya.
Pengadu itu memberi keterangan, bahawa dia tidak mencuci dubur selepas dua hari kejadian dakwa diliwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.
Berkenaan air mani Lelaki Y dalam dubur Mohd Saiful, profil asid deoksiribonuleik (DNA) air mani Lelaki Y itu didapati berpadanan dengan profil DNA pada berus gigi, tuala kecil Good Morning dan botol plastik air mineral yang diambil dari lokap tempat Anwar ditahan semalaman pada malam 16 Julai 2008.
Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Dr Seah Lay Hong mengesahkan air mani mengandungi sperma diambil daripada dubur luar dan dalam Mohd Saiful, berasal daripada sumber sama.
Sementara Ketua Unit Paterniti DNA Divisyen Forensik JKM, Nor Aidora Saedon yang menjalankan ujian perbandingan mengesahkan profil DNA pada tiga barangan itu padan dengan profil DNA Lelaki Y.
Pendakwaan berhujah, walaupun ada dakwaan bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaan bercanggah, tetapi pihak pembelaan tidak memanggil seorang pun saksi pakar untuk menyatakan atau menafikan bahawa DNA Lelaki Y bukan milik Anwar.
Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dengan memutuskan Mohd Saiful saksi boleh dipercayai dan berkredibiliti.
Bagaimanapun pembelaan mendesak mahkamah menyemak keputusan akhir kes pendakwaan itu kerana menurut pembelaan, Mohd Saiful berbohong dan kelakuan pemuda itu juga tidak menunjukkan seperti dia diperlakukan seperti didakwa (liwat).
Pembelaan turut memohon mahkamah mengambil kira keterangan saksi pembelaan, bekas doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid iaitu doktor pertama memeriksa Mohd Saiful, selain mengenai keterangan tanpa bersumpah Anwar yang didakwa bersifat penafian oleh pendakwaan juga wajar diambil kira kerana ia merupakan penafian Anwar.
Menurut pembelaan, jika benar seperti didakwa, Mohd Saiful mempunyai peluang untuk melarikan diri dan meminta tolong. Dalam satu hujah seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair, bahawa siapa yang membawa masuk karipap dan kopi yang didakwa dimakan kedua-duanya , selepas kejadian itu.
Sumber: Sinar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
U fuck me... u masuk penjara...
Aku penuh yakin bahawa setiap Hakim yang beragama Islam akan memohon petunjuk dari Allah S.W.T sebelum membuat keputusan menjatuhkan sesuatu hukuman. Kita perlu yakin bahwa Hakim akan memberi pertimbangan yang sewajarnya.
Para hakim juga akan dihakimkan di Akhirat nanti.
Warga Sebelum Merdeka
Post a Comment