Saturday, July 24, 2010

1 Khairy Jamaluddin : Gelagat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat


Mutakhir ini kita dikejutkan dengan beberapa insiden dan isu yang mempamerkan betapa Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat antara tidak telus dan tidak kompeten melaksanakan tanggungjawab mentadbir negeri.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, di Selangor, kepimpinan YAB Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah lama dipersoalkan, termasuk oleh pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri. Skandal perlombongan pasir haram yang melanda kepimpinan Tan Sri Khalid menjadi episod terbaru dalam siri insiden pentadbiran longgar Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Apa yang menimbulkan kekesalan di kalangan rakyat bukan sekadar kejadian perlombongan pasir haram yang merugikan rakyat serta mengancam alam sekitar, malah juga respon dari Kerajaan Negeri yang seakan berada dalam sindrom penafian. Daripada kenyataan beliau, Tan Sri Khalid seperti tidak tahu menahu mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Contohnya, laporan media pada 12 Julai yang mendedahkan aktiviti perlombongan pasir haram di Kampung Bukit Changgang dinafikan langsung oleh Tan Sri Khalid. Beliau tanpa ragu-ragu mengatakan bahawa gambar-gambar dalam akhbar harian sebenarnya menunjukkan aktiviti perlombongan di Kampung Olak Lempit, sungguhpun 30 wartawan akhbar telah pergi ke lokasi perlombongan haram itu sendiri. Kemudian kita dimaklumkan bahawa sebenarnya memang wujud aktiviti perlombongan yang dibenarkan Kerajaan Negeri di Kampung Bukit Changgang Persoalannya, apakah kualiti kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor sedangkan Menteri Besarnya sendiri seperti keliru lokasi sebenar aktiviti perlombongan di negeri sendiri?

Tidak cukup dengan itu, pada 17 Julai, Tan Sri Khalid tanpa segan silu menafikan sebarang pengetahuan wujudnya kontraktor-kontraktor kecil yang menjadi "orang tengah" dalam kegiatan perlombongan pasir di Selangor. Menjadi satu kekhuatiran yang cukup besar bagi rakyat sekiranya fenomena asas seperti kewujudan kontraktor kecil pun tidak diketahui seorang Menteri Besar. Bayangkan sahaja, apakah lagi yang sedang berlaku tanpa pengetahuan Menteri Besar Selangor?

Barangkali sebab ketidakmampuan pentadiran Kerajaan Negeri, mereka telah memohon bantuan Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah pasir ini. Anehnya, dalam isu pembinaan loji rawatan air pula, Kerajaan Negeri enggan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat sungguhpun krisis bekalan air di Selangor agak genting sehingga mampu menyebabkan pencaturan air pada tahun 2014. Di manakah keikhlasan Kerajaan Negeri Selangor sekiranya perkara yang membabitkan kepentingan langsung rakyat seperti bekalan air pun cuba dipolitikkan?

Kalau Menteri Besar Selangor dengan gelagatnya yang tidak kompeten dan tidak tahu apa yang berlaku di negeri sendiri, Ketua Menteri Pulau Pinang pula mempamerkan sikap seorang yang tidak layak digelar pemimpin, jauh lagi seorang negarawan. YAB Lim Guan Eng menyerang habis-habisan Nik Ali Mat Yunus, seorang Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) gara-gara beberapa isu termasuklah kes kecurian pasir di tapak cadangan membina politeknik di Balik Pulau atas tanah milik Kerajaan Pusat, sungguhpun aspek pemantuan adalah di bawah bidangkuasa agensi Kerajaan Negeri. Apapun isu yang menimbulkan konflik antara Lim Guan Eng dan Nik Ali, seorang Ketua Menteri tidak wajar menyerang keperibadian seorang penjawat awam dengan menggunakan ungkapan seperti "tidak berguna", "lidah biawak" dan "pengecut".

Apakah jenis pemimpin sekiranya seorang SDO pun habis dimaki? Lim Guan Eng sepatutnya memfokuskan masa dan usaha kepada isu-isu lain yang membabitkan kepentingan rakyat Pulau Pinang, bukannya menyerang keperibadian kakitangan awam. Kenyataan-kenyataan Lim Guan Eng menggambarkan seorang manusia yang cepat melatah dan mudah membenci. Beliau juga perlu akur bahawa kakitangan awam merupakan nadi pentadbiran sesebuah Kerajaan, dan mereka tidak wajar dipandang serong oleh ahli politik seperti Lim Guan Eng yang menggambarkan mereka ini seolah-olah mendapat bayaran lumayan tetapi tidak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk rakyat.

Semua perkembangan ini menggambarkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak kompeten dalam melaksanakan amanah selaku pemimpin. Sikap bongkak, kabur fakta, malahan biadap yang dipamerkan sudah cukup menimbulkan tanda tanya sejauh mana kemampuan pentadbiran Pakatan Rakyat. Jika setakat memimpin beberapa buah negeri pun sudah menimbulkan pelbagai masalah, kita wajar mempersoalkan kesediaan mereka untuk memegang tampuk kepimpinan pusat.

Sumber: rembau.net.my

Friday, July 23, 2010

0 Isu Air Selangor: Penduduk Lembah Klang, protes kerajaan negeri Selangor PR yang telah menipu hak mereka!


Hanya sekadar gambar hiasan

Oleh: Bro Jinggo

Kerajaan Selangor telah berjanji untuk memberikan sebanyak 20 liter padu air percuma pada semua isi rumah Selangor pada Pilihanraya yang lepas. Janji ini telah terlaksana namun dasar yang dirancangkan tidak diikuti dengan perlaksanaan yang baik. Rumah-rumah pangsapuri dan flat menggunakan sistem meter pukal, yang mana satu bangunan yang mempunyai isi rumah yang ramai berkongsi satu meter. Oleh kerana dalam penggubalan dasar oleh kerajaan selangor yang mana air percuma diberikan berdasarkan meter, rumah pangsapuri yang mempunyai 100 keluarga mendapat jumlah air percuma sama banyak dengan satu rumah teres satu keluarga kerana mempunyai satu meter. Ini merupakan satu ketidak adilan bagi mereka kerana mereka juga berhak mendapat janji kerajaan selangor.

Masalah

Masalah dengan mudah boleh selesai sekiranya Kerajaan Selangor memberikan subsidi berdasarkan isi rumah dan isu penukaran kepada meter individu sepatutnya tidak timbul. Ini kerana pegawai daerah dan syabas sendiri boleh memberikan bil kepada Kerajaan Selangor berdasarkan jumlah isi rumah. Sebagai contoh, satu pangsapuri 50 rumah, akan diberikan air percuma atau pelepasan bil sebanyak 20 Meter x 50 isi rumah, selebihnya barulah dimasukkan ke dalam bil. Disyaki kerajaan selangor ralat hendak bebuat begini untuk tidak menambahkan bebadan membayar subsidi air.

Langkah Kerajaan Negeri tidak Berkesan

Kerajaan negeri memperkenalkan sistem kupon yang mana setiap isi rumah pangsapuri akan mendapat kupon sebagai bauchar (voucher) ketika membayar bil air. Akan seperti biasa masaalah timbul pada perlaksanaan. Sebagai contoh ambil petikan dari ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak saudara Azmin Ali .

1. Kerajaan Negeri telah memulakan langkah yang lebih proaktif dengan mengeluarkan kupon untuk mendapatkan air percuma bagi penduduk-penduduk rumah pangsa kos rendah. Saya berharap program ini akan meliputi semua rumah pangsa dalam Negeri Selangor tanpa perlu menunggu pilot project.

2. Dalam sesi yang lepas, Dewan telah pun meluluskan perbekalan tambahan untuk tujuan yang sama berjumlah RM 69 juta dengan harapan masalah air ini boleh diselesaikan sebelum bulan September 2010. Namun, hari ini Dewan pohon lagi peruntukan tambahan bagi meneruskan program untuk kesejahteraan rakyat Negeri Selangor.

Perbahasan Dewan Undangan Negeri Selangor 12 Julai 2010 YB AZMIN ALI

Masaalah yang timbul di sini ialah pembahagian Voucer masih lagi tidak diedarkan secara keseluruhan dan lambat menyebabkan kemarahan rakyat.

Kebanyakan penduduk Flat dan pangsapuri adalah mereka yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah jadi mereka inilah yang paling memerlukan subsidi air. Bukan sahaja subsidi mereka ditipu bebadan ditambah kepada mereka apabila kerajaan selangor meningkatkan kadar sewa rumah PPR sebanyak 100%, ini bererti air diberikan kepada orang berada, duit diambil dari orang miskin

KUANTAN, 4 Dis (Bernama) -- Tindakan Kerajaan Negeri Selangor menaikkan kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan tidak wajar, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Hamzah Zainuddin.

Walaupun kerajaan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menguruskan hal berkaitan rumah PPR namun ini tidak bererti pihak terbabit boleh menaikkan kadar sewa rumah tanpa memikirkan kebajikan rakyat.

http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=376423&




Tuntutan

Kami telah mendapat maklumam bahawa beberapa kain rentang yang menghentam kerajaan selangor mengenai isu ini telah muncul di kawasan perumahan pangsapuri PARLIMEN GOMBAK dan HULU KELANG kami percaya ini adalah luahan hati penduduk di kawasan berkenaan atas kegagalan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PR telah menipu hak mereka. Walaupun kain rentang ini muncul kurang 2 minggu dari kenyataan YB Azmin Ali di DUN Selangor serta menimbulkan pelbagai cerita di belakang tabir kami menganggap bahawa apa sekalipun rakyat tetap berhak mendapat manafaat ini dan kami menyokong pihak yang menjalankan protes kain rentang berkenaan demi kebaikan rakyat selangor sejagat.


Berita terdahulu:
http://www.mmail.com.my: Mystery banners stump state govt

Penduduk Lembah Klang PROTES kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor!!

0 Melayu/Bumiputera Islam di Malaysia tiada pilihan selain kembali bersatu - KP Sabah, Azman Ruslan

Wawancara Eksklusif Saya bersama Ketua Pemuda Sabah, Sdr Azman Hj Ruslan.

Oleh Bro Jinggo

Ketua pemuda Umno Sabah, Sdr Azman Hj Ruslan berkata, sebarang kemungkinan berlakunya perpecahan orang-orang Melayu di Semenanjung, boleh memberi kesan negatif bukan sahaja kepada bangsa Melayu itu sendiri, terutama sekali di Semenanjung, tetapi boleh memberi kesan buruk kepada perpaduan masyarakat Melayu dan Bumiputera Islam di Negara ini keseluruhanya.

Dari perspektif Sabah, UMNO dan PAS itu bukanlah ‘parti politik’ semata-mata tetapi UMNO dan PAS itu adalah orang Melayu dan Islam.

Justeru, perpecahan orang-orang Melayu di Semenanjung, tidak boleh dilihat atau dianggap sebagai masalah orang-orang Melayu di Semenanjung semata-mata, kerana ia sebenarnya boleh mengancam, malah melemahkan perpaduan masyarakat Bumiputera di Sabah, terutama sekali yang beragama Islam.

Oleh kerana itu, dalam apa jua situasi, Sabah tidak boleh melihat masalah perpecahan orang-orang Melayu/Islam di Semenanjung sebagai kes terpinggir, atau hanya berkisar sebagai masalah orang-orang Melayu di tanah besar Semenanjung sahaja, kerana masalah itu boleh melemahkan kedudukan dan dominance Melayu/Bumiputera Islam secara keseluruhannya dari segi kuasa politik dan pentadbiran Negara.

Antara gejala yang dilihat ‘membantu’ kepada perpecahan masyarakat Melayu/Islam, ialah kewujudan aliran-aliran pemikiran baru yang semakin berani dan lantang mempersoalkan kedudukan dan ‘keistimewaan’ orang-orang Melayu, walaupun mereka sebenarnya faham perkara itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Kita juga melihat bagaimana aliran pemikiran baru itu cuba mengasak dan mempersoalkan kedudukan dan institusi Raja-Raja Melayu. Kerapuhan perpaduan masyarakat Melayu/Islam sudah tentu akan memudahkan lagi agenda golongan aliran pemikiran baru itu untuk, pertama, melemahkan kedudukan dan institusi Raja-raja Melayu; kedua, menjahanamkan perpaduan Melayu/Bumiputera Islam dan ketiga melenyapkan kuasa entiti orang Melayu/Bumiputera Islam di Malaysia.

Jelas sekali, masyarakat Melayu/Bumiputera Islam di Malaysia tiada pilihan selain kembali bersatu dan empat individu besar yang sangat penting untuk jayakan perundingan perpaduan itu iaitu di pihak UMNO ialah YAB Dato Seri Najib Tun Razak dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan di pihak PAS ialah YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Saya percaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini menunggu-nunggu saja perpaduan ini menjadi kenyataan. Ini perlu disegerakan atas nama Islam tanpa syarat, masih ada harapan ke arah perpaduan yang menjadi kunci kekuatan Negara selama ini, BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH”. Tambah Azman, Ketua Pemuda UMNO Sabah

0 Penduduk Lembah Klang PROTES kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor!!



YB Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak, Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa tolong ambil perhatian sedikit dengan bantahan suara rakyat di kawasan Gombak!

Penduduk disekitar lebah klang sudah mula menunjukkan protes mereka dengan memasang banner di sepanjang jalan lembah Keramat.Jika anda melalui jalan sekitar Keramat AU2 dan U3! anda akan melihat banner banner tersebut. Ini semua adalah ekoran kepimpinan kerajaan negeri yang diperentah oleh Pakatan Rakyat tidak memahami dan prihatin dengan masalah rakyat dikawasan tersebut.









0 Khairy wants open tender on KL MRT project

By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR: Umno youth chief Khairy Jamaluddin says there should be an open tender process on the KL MRT project, tweeting his disapproval against the possibility of awarding the contract, worth RM43 billion, to bidder Gamuda-MMC.

"KL MRT needs to be on an open tender. The EPU (Economic Planning Unit)-Treasury release requests for proposals. Make it benchmark for future projects," said Khairy in posting today.

Thus far, Gamuda-MMC, after handing out its unsolicited proposal, is the only bidder in what is termed as the 'Swiss Challenge' tender process for the project, a key feature under the Najib administration's 10th Malaysia Plan.

The 'Swiss Challenge' is a form of public procurement used in usually less-developed countries, where public authorities receiving an unsolicited bid for a project, to publish the bid and invite third parties to match or exceed it

The public authority would also usually give the original proponent, in this case, Gamuda-MMC, an advantage in a competitive bidding process.

This mean, bids from competitors would have to be substantially lower or more cost-effective, to defeat any proposal from the original proponent.

Gamuda already 'Swiss cheesed' other projects?

It has been reported that Gamuda has already commenced soil investigation and survey works to prepare the groundwork for the project and is expecting a decision in three months.

Khairy, however, appears sceptical about Gamuda's ability to run the project, again tweeting his denunciation towards the company in particular.

"Can't do RM40 plus billion via Gamuda-MMC 'Swiss Challenge' or whatever. They've already Swiss cheesed Smart Tunel and double tracking (projects)," he said.

"We need a new MRT. I have no doubt about need. But award properly. Move away from legacy," he said further in a subsequent tweet posting.

Gamuda has come under heavy public scrutiny over the Stormwater and Road Management Tunnel or the Smart Tunnel project.

Many felt the stormwater tunnel, the second longest in Asia, had failed to solve the problem of flash floods in the city and also to reduce traffic jams along Jalan Sungai Besi and the Loke Yew flyover at Pudu during rush hour.

The same infrastructure giant is also involved in the fiasco over the construction delay on the costly electrified railway double-tracking (PLBKE) project that is meant to speed up traveling along the West coast line.

Government leaders have denied the accusation and maintained that the project will be completed on schedule.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com

0 Sekolah Agama Rakyat (SAR) ditindas hanyalah rekaan panggung wayang pembangkang -KP Perak Maslin Sham Razman

Oleh: Bro Jinggo

Ketua Pemuda UMNO Perak, Maslin Sham Razman menegaskan komitmen kerajaan negeri ke arah itu sekaligus merungkai pelbagai tohmahan dan fitnah pembangkang yang sekian lama mewar-warkan kononnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) ditindas dan sebagainya adalah tidak benar dan rekaan panggung wayang pembangkang semata-mata.

Langkah kerajaan negeri mengumumkan pemberian sebidang tanah seluas 2,023 hektar bagi memperkasakan semua SAR di Perak membuktikan kerajaan yang ditunjangi UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) tidak meminggirkan soal pendidikan Islam.

Beliau percaya selepas ini pelbagai cerita lain akan menjadi tajuk utama untuk dipaparkan di dalam wayang panggung pembohongan mereka di seluruh negeri Perak termasuk di negeri-negeri lain.

“Sebelum ini pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap kita. Hari ini, kerajaan pimpinan BN telah membuktikan kita bukan sahaja mengutamakan di dalam soal pendidikan Islam, malah turut bersikap adil kepada semua kaum tanpa membezakan warna budaya dan identiti agama.

“Jika BN ini sebuah pemerintah yang zalim dan sebagainya, soal seumpama itu sudah pasti tidak dihiraukan. Namun, hari ini keseriusan kerajaan negeri ke arah itu amatlah dialu-alukan dan pembangkang bakal mencari penulis skrip baru untu menutup segala pembohongan mereka selama ini,”.

Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian sebidang tanah seluas 2,023 hektar bagi memperkasakan semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tanah tersebut akan dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKEINPk) sebagai ladang kelapa sawit.

Katanya, hasil daripada aktiviti di ladang itu akan disalurkan ke sebuah tabung khas yang diwujudkan untuk menampung perbelanjaan SAR yang memerlukan bantuan.

Maslin yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar seterusnya berkata tumpuan kerajaan negeri terhadap soal pendidikan Islam diharap akan benar-benar dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha emlahirkan belia dan anak bangsa yang cemerlang bukan sahaja dalam soal pendidikan, malah dalam melahirkan cerdik pandai agama.

Thursday, July 22, 2010

0 30 Senarai Syarikat Dapat Kontrak Pasir Daerah Kuala Selangor dan Dengkil - Sebarkan !!!



Selepas ini akan dikeluarkan senarai 7 syarikat yang dapat kontrak dengan pertolongan Nur Izzah Binti Anwar Ibrahim yang merupakan syarikat yang dapat kontrak untuk cucigali sungai mengikut Daerah di Selangor.

Sumber: http://penembak-tepat.blogspot.com



Kawasan melombong pasir seluas 120 hektar yang telah dikorek sebanyak 20 hektar dengan kedalaman 26.6 meter Kawasan itu terletak kira-kira 16.6 meter berhampiran kawasan hutan simpan rekreasi Paya Indah Wetland. -foto BERNAMA

Pendedahan berhubung skandal kegiatan melombong pasir di Selangor yang semakin tidak terkawal membuktikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'lepas tangan' serta tidak mengambil langkah proaktif bagi menangani kegiatan berkenaan.

Selangor bakal menjadi 'negeri berlubang' sekiranya aktiviti melombong pasir di tanah milik kerajaan negeri tidak dihentikan segera. Menurut sumber, bilangan lori keluar masuk dari kawasan itu mencecah lebih 20 buah setiap hari.

Malah ada tanah milik kerajaan negeri dirobek dan dikorek sesuka hati sehingga meninggalkan lubang dan kolam yang besar. Terdapat pasir dikorek hingga 26.6 meter dalam. Ini boleh memberi implikasi buruk kepada pembangunan negeri pada masa depan, terutama untuk aktiviti perumahan baru dan kawasan pertanian.

KSSB gagal uruskan soal pasir, malah mereka tak lakukan pemantauan ataupun penguatkuasaan berhubung isu yang cukup serius ini!!! Justeru itu Kerajaan negeri perlu mengembalikan kuasa kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi mengendalikan urusan galian dan mineral di Selangor.

Oleh: Bro Jinggo

0 PM : Umno Parti Melayu Yang Terbesar, keanggotaan Umno kini mencecah 3,186,850


Umno merupakan parti Melayu yang terbesar dengan jumlah keanggotaan terus meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang juga Presiden Umno berkata keanggotaan Umno kini mencecah 3,186,850 orang dan pelbagai usaha berterusan dijalankan untuk menambah bilangan keanggotaan.

"(Jumlah) ini selepas ditolak anggota yang sudah meninggal dan tak dapat dikesan. Ini jumlah yang sahih. Dan kita dapati jumlah ini terus meningkat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang Rabu.

Najib turut menyangkal dakwaan bahawa ada orang Melayu yang "meluat" dengan Umno.

"Siapa kata? Itu tak betul. Saya tak dapat terima ada yang kata meluat pada Umno. Kita parti yang terbesar mewakili orang Melayu," tegasnya.

Najib juga memberitahu pemberita bahawa mesyuarat MT turut menerima laporan bahawa mesyuarat bahagian-bahagian berjalan lancar dan teratur.

Sehingga kini, sebanyak 189 daripada 191 bahagian telah mengadakan persidangan perwakilan masing-masing.

3 Malaysian Insider: Kalimullah tidak pernah dapat sebarang kontrak kerajaan seperti yang didakwa oleh JMM??

Wartawan veteran yang juga ahli perniagaan, Datuk Kalimullah Hassan hari ini menegaskan bahawa beliau tidak pernah terbabit dalam apa jua cara dengan pembentukan sebuah portal berita iaitu Malaysian Insider.

"Saya juga bukan seorang pengarah Efficient E Solutions di mana saya telah berhenti pada 21 Jun, 2006. Saya tidak pernah mendapat sebarang kontrak kerajaan sepanjang hidup saya dan bukan seorang pemegang saham dalam VPI International," katanya sebagai respons berhubung dakwaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), sebuah badan bukan kerajaan, semalam.

JMM telah mendakwa bahawa penaja Malaysian Insider telah menggunakan wang yang diperolehi daripada kontrak kerajaan untuk menaja laman portal berkenaan yang kemudiannya banyak mengkritik kerajaan dan institusi raja-raja.

Dakwaan JMM itu berdasarkan Effeicient E-Solution juga mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International, yang telah mendapatkan kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kalimullah berkata, "Jika JMM mempunyai bukti atas salah laku itu, ia sepatutnya, sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab yang mendapat dana daripada rakyat Malaysia yang berkedudukan tinggi, mengemukakan bukti itu kepada pihak berkuasa, tanpa melengah-lengahkannya lagi."

Beliau juga berharap BERNAMA, sebagai sebuah agensi berita nasional, "di mana saya pernah menjadi pengerusi sebelum ini, akan bertindak secara profesional pada masa depan dan menentukan kesahihan dakwaan itu terlebih dahulu sebelum menerbitkannya."

0 Khairy Jamaluddin : New ways needed to create a strong BCIC

By: Khairy Jamaluddin

(this post appears as a column in the latest edition of The Edge)

In case you missed it, I have been embroiled in a war of words with the Member of Parliament for Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, lately. What began with my criticism of his unfounded attack on my MCA counterpart's remarks about government scholarships quickly descended into an admittedly juvenile rally of name-calling and petty insults.

But sometimes, in politics, a brusque and unrefined approach is a necessity, especially when dealing with individuals who embody the uncouth and only understand the language of confrontation. But beyond the derogatory labels we gave one another, my spat with Ibrahim goes to the core of the modern Malay dilemma that is at the epicentre of our nation's survival.

As far as the future of the Malay economy is concerned, Ibrahim represents the orthodox school, while I bat for the reformists. In a nutshell, he believes that there should be more of the same old affirmative action and I want radical changes to policy instruments that have in part failed in their objective of creating a competitive bumiputera commercial and industrial community (BCIC). He has also gone about his business in a rather nasty manner with rhetoric that, to me, falls foul of the inclusiveness inherent in 1Malaysia. Predictably, however, for emotional and political reasons, many have jumped on his orthodox bandwagon that will only perpetuate the Malay siege mentality characterised by mediocrity and dependency.

Let me say this clearly; fundamentally, I do not have an issue with the objectives of Ibrahim and his associates. I too want to see an economically developed bumiputera community. They are correct in frequently quoting the Yale law professor Amy Chua, who has written about the politically and socially destabilising effects of economies that have market dominant minorities. I also want to see a reduction in income disparity, especially across ethnic lines since racial identity markers result in potentially combustible groupthink.

But our paths diverge on how we go about achieving these aims. I have examined in some detail the resolutions adopted by both Perkasa and the Majlis Perundingan Melayu (MPM), which are both led by Ibrahim. These are well-meaning if somewhat misguided documents that attempt to defend the Malay community from the New Economic Model that they perceive relies too much on the market and therefore will eventually result in Malays falling further behind economically. Among the specific measures the resolutions demand are for the nation’s wealth to be divided according to demographic representation, the continuation of ethnic quotas in strategic sectors and that the government not abolish quotas for open approved permits (APs) for used cars given to bumiputera companies.

The entire tenor of the resolutions is very much an extension of what there already is – quotas, government intervention and enforcing the bumiputera agenda across the entire economy. On the plus side, the resolutions recognise a wider benchmark for bumiputera economic success that goes beyond corporate equity ownership (the sacred 30% target of the New Economic Policy) and includes income, real estate and intellectual property.

Notwithstanding, the more all-encompassing view of economic advancement, the resolutions do not examine the fundamental flaws inherent in the existing affirmative action programme. They call for an intensification of same old policy instruments that are no longer, and probably never really were, effective. For instance, the resolutions speak of the need to continue the strategy of growth and distribution – in simple terms, enlarging the cake and giving more of the extra bits to the bumiputera community.

They fail to acknowledge the fact that the period during which growth was at its highest also saw a stagnation in bumiputera corporate equity and a deterioration of inter-ethnic income. From 1990 to 1999, despite high growth rates for most of that decade, bumiputera corporate ownership fell from 19.3% to 19.1%. In terms of inter-ethnic income inequality, between 1987 and 1997, when growth rates were at 10.1%, the ratio of average Chinese to bumiputera household income went up to 1.83 from 1.65 in 1987. This in itself illustrates that the existing policy instruments did not work as they should have, otherwise we would have hit the magical 30% corporate equity target and seen greater income parity long ago.

The only thing that I agree with the orthodox school is that you need growth to redistribute wealth and opportunities. Otherwise you would be robbing Ah Chong to pay Ali, which is clearly not what anyone wants. But how do you possibly get an economy to grow when you have already pre-determined a distributive outcome the way Ibrahim’s resolutions do? How can we promote economic growth and attract investments when a stated aim of the orthodox school’s resolutions is to divide the country’s wealth into two – 67% for the bumiputera community and 33% for the non-bumiputeras. The last economic system that tried to determine distributive outcome in such a manner ended with the demolition of the Berlin Wall, notwithstanding a couple of holdouts, that surely we don’t want to model ourselves after.

I fail to see how an economy with a fixed distributive outcome based on ethnicity can be competitive and drive growth, something which everyone has agreed is needed for redistribution. So the orthodox school immediately gets itself caught in an economic paradox with no chicken let alone an egg. If they have accepted that there must be growth before we can improve income inequality between ethnic groups, they must also accept that any suggestion that will prevent such growth from taking place is a non-starter.

Moving on from this brief critique of the orthodox position, it is important for the reformist approach to explain what changes in policy instruments are needed to achieve both aims of growth and redistributive justice. Let’s take the most obvious failure – corporate equity ownership. Under the original affirmative action programme, corporate equity was seen as an important measure of economic advancement. It roughly translated into a desire to see the BCIC own a sizable portion of the private sector, which would then translate itself to greater income and job creation for other bumiputeras. It also presented itself as a chance for ordinary bumiputera individuals with low incomes to own part of the nation’s private sector through trust funds like the various Amanah Saham schemes. The trust fund managers would pool money and use it to buy controlling stakes in big companies and in turn nurture bumiputera management to run these corporations.

To be sure, not all of this has been a failure. In fact, the emergence of many qualified and highly competitive bumiputera professionals is the direct result of this approach. Also many ordinary bumiputera (and later non-bumiputera) investors have received steady returns from their various Amanah Saham investment schemes.

However, the big issue here is whether or not a genuine BCIC has been created through the transfer of equity ownership. It is well known that the policy instrument of choice for this were special bumiputera share allocation schemes popularly referred to as pink forms. And it is equally well known that many recipients of the discounted shares had no intention of hanging onto their corporate ownership and expanding their investment organically. Rather, they flipped their stocks at the first available moment – usually after having secured some back-to-back arrangement with a non-bumiputera partner.

It wasn’t clear how rampant this practice was and how large the “leakage” it caused until Prime Minister Datuk Seri Najib Razak himself stated recently that out of RM54 billion worth of shares allocated to bumiputera investors, only RM2 billion remains in their hands. That is a clear indictment that this policy instrument needs to be consigned to the policy trash can of history.

So what takes its place? What can help create a strong and competitive BCIC and yet adhere to the tenets of being market-friendly, transparent and merit-based? Well, an innovation in this regard would be something like private equity fund Ekuiti Nasional Bhd and similar investment agencies. Their brief is not to create new shares for bumiputera investors just so that there can be nominal corporate ownership but rather to invest in bumiputera companies that require capital to take their businesses to the next level. They may be looking to list or are already publicly traded, like Tanjong Offshore Bhd. In short, this policy instrument assists those who deserve help based on potential, ability and merit.

There are many other examples which I will highlight in my next column on proposed and also fresh policy instruments which can do what Ibrahim and his friends want – which is to see an economically competitive BCIC – without scaring anyone off and dragging the nation’s economy down with a pre-determined distributive outcome.

I want to end this column by recommending a book to Ibrahim. Since he is so fond of quoting from Amy Chua’s World on Fire, I suggest he expand his literary horizon ever so slightly by reading her other book, Day of Empire. In that publication, Chua charts the rise and fall of dominant powers throughout history, from imperial Rome, the Mongol and British empires to present-day America.

The common traits she identifies as key to the initial success of these powers are tolerance, inclusiveness and embracing differences of ethnic and cultural origin in these empires. While some of these differences were exploited, Chua concludes that these civilisations flourished because they were able to get the best out of all their diverse subjects in a tolerant environment. Chua goes on to say that these powers collapsed because of intolerance and an insistence on racial superiority or purity. I think even Ibrahim can draw the obvious conclusion from this.

Source: http://www.rembau.net.my

0 BILA TAHFIZ JADI PELAKON 'BLUE'

Oleh: Sensei

Sumber Rujukan: 'Salah orang, bukan tahfiz' Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor, HMO
2010/07/21


KUALA LUMPUR: “Jangan kecam tahfiz. Yang salah orang, bukan tahfiz,” kata penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz ekoran tindakan liar seorang guru tahfiz melakukan hubungan seks bersama tiga isterinya, kononnya mendakwa itu sunnah Rasulullah s.a.w.

Katanya, perbuatan guru tahfiz terbabit salah di sisi Islam dan tidak berlandaskan al-Quran dan sunnah, malah tidak pernah dilakukan Rasulullah. Beliau yang juga bekas Imam Masjid Negara dan Pengetua Program Imam Muda, berkata walaupun mempunyai tiga isteri setiap hubungan seks yang dilakukan mesti di dalam bilik berasingan dan sekurang-kurangnya mesti mempunyai tirai dengan aksi berkenaan tidak boleh dilihat orang lain.

Adakah mereka akan menjadi insan yang soleh, sama-sama kita doakan.


Katanya, perbuatan guru tahfiz terbabit salah di sisi syarak, malah boleh menimbulkan aib kepada orang lain.

“Jadi jangan salahkan tahfiz kerana tahfiz tempat mengajar dan menghafal al-Quran, yang perlu dipersalahkan orang itu.

“Orang sekarang tidak sama orang dulu, kadang-kadang orang yang datang belajar tahfiz orang yang sakit jiwa dan tidak lulus pelajaran dan bila terjadi apa-apa orang akan salahkan tahfiz.

“Jangan kecam tahfiz, sebaliknya tengok pada isi orang itu kerana Islam dan al-Quran sentiasa mengajarkan yang baik saja,” katanya mengulas laporan Harian Metro Sabtu lalu.

Hassan berkata, kerajaan seharusnya menguruskan tahfiz di negara ini dengan baik dengan penekanan kepada pelajar cemerlang yang mendapat 5A dan 8A dalam peperiksaan yang perlu dihantar ke tahfiz bukan pelajar yang gagal dalam pelajaran.

Beliau menegaskan tindakan guru terbabit ibarat haiwan tidak berakal kerana Islam mempunyai adab yang mesti diikut, malah setiap suami isteri mempunyai hak yang perlu dipertahankan.


Sensei kata: Rujuk Bold Merah - Ni la ustaz-ustaz, bila sesuatu aib berlaku kepada mereka, salahkah kerajaan juga sebab tak ramai anak-anak cerdik masuk tahfiz. kenapa tak salahkan ibu bapa yang hantar anak-anak masuk sekolah sains untuk jadi doktor yang bantu masyarakat, kenapa hantar anak belajar IT untuk jadi 'programmer'. Kenapa ustaz-ustaz ni kolot sangat.

Sebenarnya, yang ramai jadi orang adalah mereka yang dikatakan bersekolah dalam aliran sekular, dan ramai juga yang jadi setan walaupun sekolah agama. Masa Sensei di Matrikulasi dulu, seorang kawan bekas pelajar sekolah lelaki agama di Perak dan buat naya kat classmate Sensei bila dia kulum 'anu' member tu. Yang lagi best, dia ni adalah imam, bilal dan 'penceramah agama' sambilan masa tu dan mungkin juga penyokong PAS. Apa kes?

Jadi bila kawan-kawan tanya adakah Anwar ibrahim kaki liwat, Sensei tak cakap ya, tapi sensei kata kemungkinan itu tetap ada sebab banyak perkara pelik boleh berlaku kat dunia ni walaupun dia nampak baik.

Dan adakah sebilangan besar pelajar sekolah agama datangnya daripada mereka yang tidak berpotensi atau kata lain kurang bijak seperti sebilangan besar penyokong-penyokong PAS yang berkupiah tapi kosong. saya tak kata, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz yang kata.

Merusuh dan terus merusuh!!! Inilah agenda Pembangkang.


Bak kata pepatah, "Alim-alim Kucing"...



Sumber: http://protesminda.blogspot.com

3 Aspan Alias : Utusan - Memalukan UMNO


Oleh: Aspan Alias

Utusan membuatkan UMNO nampak sebagai parti 'desperate'. Dalam usaha Utusan untuk melihat UMNO dan PAS duduk semeja bagi merundingkan kerjasama kedua-dua parti ini melambangkan yang UMNO dalam kedudukkan ‘desperate’ untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Dalam isu ini saya bersama Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang menganggap Utusan membawa isu UMNO-PAS ini sebagai satu tindakkan pihak yang tertekan. Utusan merupakan akhbar yang memainkan peranan penting untuk memudharatkan PAS selama ini tetapi sekarang akhbar itu memainkan peranan yang sebaliknya pula.

Didalam PAS isu perundingan ini tidak langsung menjadi isu kerana sesungguhnya isu kerjasama PAS-UMNO tidak ada dalam kamus mereka. Hanya UMNO sebagaimana yang digambarkan oleh Utusan itu sebagai pihak yang dikatakan perbidalan, hidung tak mancung pipi tersorong sorong.

“Kalau PAS boleh mendapat sokongan dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat kenapa pula hendak bekerjasama dengan UMNO yang sedang terhuyung hayang ini?” tanya seorang jawatankuasa PAS diPetaling Jaya kepada saya.

Jika itu gambaran yang diberikan oleh Utusan maka pengalamannya sejak 5 atau 6 dekad dulu untuk melakukan perang saikoloji terhadap pambangkang dan menaikkan imej parti dimata rakyat,akbar itu sudah tidak lagi mampu untuk menyorokkan perasaan ‘desperate’ sebenar yang dihadapi oleh UMNO itu.

Dalam artikel yang lalu dan juga tulisan tulisan saya yang sebelumnya, saya sentiasa mengatakan yang UMNO hanya akan mampu untuk menjadi parti yang dihormati jika imej pemimpinnya tidak dipersoalkan oleh orang ramai.

Selagi pemimpin UMNO masih menjadi persoalan dan disyakki terlibat dengan rasuah misalnya kerja untuk membersihkan imej itu bukan satu tugas yang senang, apatah lagi pemimpin sekarang tidak mahu berundur walaupun dipandang serong oleh masyarakat berbilang kaum yang mengundi dalam pilihanraya negara.

UMNO mesti faham zaman untuk mendapat sokongan dengan memberikan ucapan yang enak-enak dan menghayalkan sudah berlalu. Zaman untuk mengungkit yang kerajaan BNlah yang menyediakan kemudahan awam seperti api dan air sudah tidak laku lagi.

Untuk menjadikan isu biasiswa yang diberikan kepada anak-anak muda yang belajar diuniversiti sudah tidak dipakai lagi dizaman ini.

Isu untuk terus memberikan sokongan kepada UMNO bagi kesenambungan pimpinan yang membangunkan negara sudah tidak menyengat lagi.

Isu yang kita harus selesaikan ialah isu samada pimpinan kita mampu untuk mentadbir dengan jujur atau pun tidak. Rakyat mengmbil tahu isu bagaimana kerajaan yang sepatutnya bekerja keras untuk membeli peralatan tentera dengan harga yang munasabah dan bukannya untuk menaikkan harga untuk untuk melakukan rasuah melalui pembayaran kamsen kepada kroni pemimpin yang meluluskannya.

Rakyat ingin tahu kenapa seorang isteri kepada pemimpin yang mempunyai pengaruh yang terlalu besar dalam negara, sehinngkan apa sahaja siisteri ini inginkan akan mendapat kelulusan.

Rakyat ingin tahu kenapa kerajaan memotong subsidi yang telah sekian lama diberikan kepada mereka. Kenapa tidak kurangkan kegiatan rasuah dan salahguna kuasa yang membebebankan perbelanjaan kerajaan tidak dihapuskan dulu.

Rakyat tahu jika rasuah dan salahguna kuasa dapat dikurangkan kerajaan akan dapat menyelamatkan wang rakyat lebih dari RM750 juta dan didapati melalui proses mengurangkan tindakkan rasuah dikalangan kakitangan kerajaan dan pemimpin-pemimpin politik.

Utusan sudah tidak diyakini lagi oleh rakyat dan jika Utusan ingin menjadikan media cetak itu sebagai ‘spin Doctor’ untuk UMNO ia hanya akan memberikan impak negative kepada parti itu.

Saya sendiri sudah tidak melangan Utusan sejak 20 tahun dahulu kerana jiwa dan persepsi saya terhadap akhbar ini sangat rendah. Saya tidak yakin lagi dengan apa-apa yang ditulisnya.

UMNO tidak mempunyai jalan lain selain dari membawa pembaharuan yang besar kepada parti itu.

Bersemuka dengan PAS tidak mampu membina imej UMNO yang sudah tercalar itu, malahan ia akan memungkinkan PAS berhadapan dengan risiko tentangan dari ahli-ahlinya sendiri.

Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com

Berita terdahulu: Khairy Jamaluddin, Cukuplah... Umno bukannya terdesak!

0 Artikel Pilihan: Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

by Cucu Tok Selampit

Semenjak TPM, TS Muhyiddin membuat lamaran mengajak PAS kembali bergabung atas dasar perpaduan beberapa hari yang lepas, sejak itu jugalah hari-hari media dipenuhi dengan ejekan, tomahan dan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS yang menolak sinis cadangan tersebut. Saya tidak pasti sama ada cadangan perpaduan UMNO - PAS ini adalah idea asal TPM atau ianya hasil daripada nasihat-nasihat yang tidak berguna daripada punahsihat-punahsihat TPM di sekelilingnya. Ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO saban hari terkebil-kebil menerima hinaan sebegini rupa tanpa mampu membalasnya kembali.

Terus terang saya merasa amat kecewa dengan pelawaan TPM tempoh hari. Tidakkah kita mengambil iktibar bagaimana isu ini dimainkan sebegitu rupa apabila pelawaan pertama perpaduan UMNO - PAS ini ditolak? Kenapakah UMNO masih bermuka tebal untuk merendahkan diri sebegitu rupa sehingga sanggup menyembah parti PAS yang kini selesa bermukah dan berkahwin secara mutaah dengan parti syaitan DAP?

Jika isu perpaduan di antara UMNO - PAS hanya menimbulkan lebih banyak pertelagahan di kalangan ahli-ahli parti sendiri, maka seeloknya dilupakan saja. Jangan sesekali menaruh harapan yang mengunung tinggi. Masing-masing ada alasan dan masing-masing dan kelemahan dan kekuatan yang tersendiri. Kita tidak mahu peristiwa lama dilaung dan diungkit kembali , sedangkan hasilnya tidak membawa kita ke mana-mana. PAS sudah menentukan haluan dan corak hidupnya sendiri dan UMNO sewajarnya menghormatinya. Kita harus merenung dan merencana masa depan orang-orang Melayu dan Islam walaupun parti UMNO dan PAS masing-masing berbeza jalan yang dilalui. Mungkin inilah yang terbaik yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Ibarat kita pergi meminang anak dara orang. Sekali orang menolak anggaplah tidak ada jodoh. Janganlah kita "gila meroyan" duduk memuja ibarat kalau tidak dapat lihat orangnya, dapat lihat bumbung rumahnya pun jadilah. Sedarlah pemimpin-pemimpin UMNO, pantun orang-orang tua tidak lapuk ditelan zaman dan masih relevan sehingga ke saat ini. Renungkanlah, pinggan tak retak, nasi tak dingin, mereka tidak hendak, kita juga tidak ingin.

Sumber: http://khairulryezal.blogspot.com

Wednesday, July 21, 2010

0 Norman KP Penang, Selar DAP!!! Kementerian Pertahanan Diminta Pertahan Projek SITU

Oleh: AL KAMARUL ABD LATIF

Pemuda UMNO Pulau Pinang mahu Kementerian Pertahanan terus mempertahankan projek Sekolah Iktisas Tentera Udara (SITU) di Tanjung Bungah tanpa perlu tunduk dengan agenda halus kerajaan DAP negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Ketua Pemudanya, Norman Zahalan berkata pihaknya kesal dengan sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak habis-habis bermain politik sempit tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara.

Sambil menyelar ugutan Lim Guan Eng itu, beliau seterusnya percaya perkara itu sengaja diperbesarkan untuk kepentingan politik DAP pada masa hadapan.

“Dia (Guan Eng) tak ada kerja lain ke dari terus bermain politik. Ini projek Kementerian Pertahanan sudah pasti ia berlandaskan keselamatan rakyat dan negara.

“Tak payah nak ugut-ugut. Kalau kerajaan negeri prihatin dan sentiasa mementingkan kesejahteraan rakyat, kerajaan DAP Pulau Pinang boleh bagi kerjasama dan selesaikan perkara ini dengan baik bukan buat ugutan secara terbuka”, katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mahu Kementerian Pertahanan merobohkan bangunan bertingkat sekolah tentera udara yang sedang dibina di Tanjung Bungah.

Tindakan itu dibuat atas alasan Kementerian Pertahanan menjalankan projek Sekolah Iktisas Tentera Udara (SITU) tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Norman yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang seterusnya berkata pihaknya kesal sejak diberi amanah dari rakyat lebih dua tahun lalu, kerajaan DAP di bawah kepimpinan Lim Guan Eng hanya pandai bermain sandiwara politik.

“Patut dia (Guan Eng) tumpu cara macam mana nak tunai janji kepada rakyat, jaga kebajikan rakyat tapi apa sudah jadi sekarang?

“Sudahlah gagal tingkatkan ekonomi negeri, rakyat pula terus ditekan dengan isu perobohan kampung, roboh gerai, gejala social yang berleluasa, pusat hiburan yang tumbuh macam cendawan dan macam-macam lagi…itu patut kerajaan DAP bagi tumpuan”, ujarnya. – MediaUMNO

0 Kebangkitan Pejuang Alam Cyber versi Facebook! Umno Bangkit!!



Oleh: Tok Malim Hutan

SELAMAT BERJUANG SAHABAT KU ! Terima Kasih Kerana Pengorbanan Masa Yang Telah Anda Tunjukkan Terhadap Pengukuhan Agenda Bangsa Melayu. Perjuangan Kita Telah Jelas. Kemusykilan Kita Juga Telah Diperjelaskan. Kita Kini Telah Berada Diatas Ladasan Yang Betul. Tiada Lagi Keraguan. Tiada Lagi Persoalan. Marilah Kita Sama-Sama Berdoa. Sama-Sama Kuatkan Iktikad. Sama-Sama Perkemaskan Hati. Ingat, Kerana Melayulah Islam Bertapak Disini, Kerana Melayulah Islam Telah Berkembang Dan Termasyhur Disini Dan Kerana Melayulah Keamanan Dan Kemakmuran Dapat Kita Kecapi Bersama. Bersatu Berganding, UMNO Bangkit !

0 Suhaimi KP Selangor nafi letak jawatan...

Ketua Pemuda Umno Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau telah meletakkan jawatan tersebut.

Beliau menafikan dakwaan dalam blog yang beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, Suhaimi berkata, beliau masih lagi memegang jawatan tersebut dan menghadiri mesyuarat perhubungan Umno Selangor malam tadi.

"Tak ada (serah surat letak jawatan). Saya masih kekal sebagai ketua pemuda Umno Selangor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Ditanya mengapa boleh timbul dakwaan tersebut, Suhaimi berkata: "(Itu perkara) biasa... Saya tak ada masalah dengan pemimpin lain".

Ahad lalu, sebuah blog mendakwa pihaknya difahamkan oleh beberapa sumber yang menyatakan Suhaimi telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Khairy.

Blog itu juga turut mendakwa bahawa satu pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

Berita terdahulu: Letak Jawatan: Sekalung Tahniah Kepada Suhaimi

1 Khairy Jamaluddin, Cukuplah... Umno bukannya terdesak!

Oleh: Bro Jinggo

"Saya rasa cukuplah dengan usaha & artikel perpaduan UMNO-PAS. Cerita pg1(muka depan) Utusan hari ini nampak macam kita desperate sangat." Kata Khairy melalui ruangan twitternya.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, hari ini mengulas berita muka depan akhbar Utusan berjudul "Pelan Damai Umno, PAS", Khairy berharap usaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan musuh politik mereka PAS dihentikan kerana ianya menggambarkan seolah-olah Umno terdesak.

Umno bukan sebuah parti yang terdesak sangat, malahan perpaduan Umno - PAS ialah demi kepentingan agama dan orang Melayu.

Apa sekalipun yang dilakukan oleh PAS dan pakatan pembangkang, seperti mana yang dibuatnya sebelum ini, sama ada menolak cadangan dan memanipulasikannya , melakukan provokasi terhadap UMNO dan kerajaan atau memperalatkan rakyat dengan demonstrasi jalanan, UMNO tetap teguh dan meneruskan segala perancangan untuk pembangunan dan kesinambungan kesejahteraan rakyat.

"Pelan Damai Umno, PAS"

Memetik Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang berharap kedua-dua parti mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang berjaya ditamatkan.

Nasrudin juga dilaporkan berkata, hasrat itu wajar disegerakan kerana umat Islam terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara Umno dan PAS.

Malah, memetik tulisan di blog Nasrudin, Utusan juga melaporkan PAS boleh melupakan sejarah perit seperti ditolak daripada Perikatan, peristiwa Memali dan penahanan pemimpin parti itu bawah ISA, demi penyatuan umah.

''Sebagaimana PAS boleh melupakan kenyataan serta tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN)," laporan itu dipetik.

1 Polis batal lagi geledah ibu pejabat PKR Kerana waran ROSAK???


Pic: Polis balik

Oleh: Bro Jinggo

Polis membatalkan lagi tindakan menggeledah ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini walaupun berjaya mendapat waran daripada majistret.

Aku bagaikan tak percaya anggota polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban membatalkan perkara itu setelah didapati waran yang dibawa "rosak" dan "ada kesilapan teknikal". Apo kono eh jang!!!!!!!!!!!

Berita Terdahulu: Polis 'serbu' ibu pejabat PKR di Petaling Jaya

4 Polis 'serbu' ibu pejabat PKR di Petaling Jaya


Oleh: Bro Jinggo

Lima anggota polis serbu ibu pejabat PKR di petaling Jaya. Dipercayai berikutan siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai Chegubard.

Menurut sumber, pihak polis ingin mendapatkan komputer yang digunakan oleh penulis blog itu.

Anggota polis berkenaan kini menunggu Badrul yang sudah dimaklumkan dan dalam perjalanan.

Pada 9 Julai lalu, Badrul ditahan polis di pejabat perhubungan parti itu di Jalan Rahang di sini dan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk dirakamkan kenyataannya berhubung tulisan dalam blognya. Badrul yang juga pengarang buku Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya!

Berita terdahulu : Chegubard PKR ditahan diatas aduan mencemarkan imej Insitusi Raja-Raja Melayu!

4 Video : Rompakan harta rakyat, Pemuda Selangor Serah Dokumen Kepada SPRM



Oleh: Bro Jinggo

“Buah semangka berdaun sirih, mengata orang dia yang lebih. Kita bukan seperti mereka yang mendakwa tanpa bukti, jadi hari ini kita kemukakan bukti kepada SPRM untuk siasatan lanjut,” Kata, Ketua Pemuda Umno Bahagian Ampang.

Ketua Penerangannya, Safarizul Mustafa berkata dokumen setebal setengah inci itu dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama bukti seperti resit rasmi berkaitan aktiviti penjualan dan pembelian pasir di negeri itu.

Safarizul berkata, melalui siri pendedahan di media-media arus perdana, demonstrasi dan penyerahan memorandum bantahan, menguatkan kegurasan kami tentang berlakunya penyelewengan, amalan perlombongan tidak terkawal dan kegiatan kecurian pasir.

“Ini jelas suatu bentuk rompakan harta rakyat di samping menjejaskan alam sekitar serta pembangunan hartanah di masa hadapan,” ujarnya.

“Hari ini kami mendapati wujud pula bukti-bukti bahawa berlaku amalan tidak telus, pilih kasih atau sikap double standard oleh KSSB. Antaranya sebuah syarikat kontraktor yang dilantik KSSB memperoleh diskaun 22% atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir berharga RM17.50 sedangkan syarikat lain hanya diberikan potongan 50sen bagi kuantiti sama”.

Sehubungan dengan itu, bukti-bukti yang berkaitan diserahkan kepada SPRM untuk tindakan siasatan lanjut demi memastikan tadbir urus yang baik sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan untuk menyelamatkan harta rakyat Selangor iaitu hasil daripada industri pasir daripada manipulasi mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Sementara siasatan berhubung dengan industri pasir ini dilakukan SPRM, kami turut gesa kerajaan negeri mengambil tindakan sepertimana yang terkandung dalan memorandum bantahan industri pasir yang telah dikemukakan kepada YAB Menteri Besar Selangor pada 15 Julai yang lalu.

“Kami Pemuda Selangor juga menggesa agar kerajaan negeri memberikan kerjasama penuh terhadap proses siasatan terhadap KSSB dan tidak mempolitikkan isu pasir ini sebaliknya lihat ini sebagai isu urus tadbir, ketelusan dan keterbukaan sebuah anak syarikat negeri yang bertanggungjawab mengurus hasil bumi Selangor dan menjana pendapatan negeri di mana kini penyelewengan besar-besaran berlaku,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

0 BN Youth report shows most young voters undecided



Petang Semalam, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional yang juga Penganjur BN Youth Lab, YB Khairy Jamaluddin, telah membentangkan laporan akhir BN Youth Lab kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Laporan akhir ini memberi penekanan kepada empat aspek, iaitu kos sara hidup, peluang ekonomi, pendidikan dan perpaduan.

KUALA LUMPUR, July 20 — The Barisan Nasional (BN) Youth today presented a report to the prime minister over its survey that found three in five Malaysian youths were undecided with their vote.

BN Youth chief Khairy Jamaluddin and his BN Youth Lab team submitted the report which also contained policy proposals and results of the survey to Datuk Seri Najib Razak at the Prime Minister’s Office this afternoon.

“We’ll be presenting it to the public via a town hall meeting with the prime minister very soon,” Khairy told The Malaysian Insider after submitting the report to the prime minister

He later said the town hall meeting will be at 3pm on August 20, with those interested having to register through the BN Youth Lab’s Facebook account.

Khairy said the BN chairman was “happy with the analysis and many of the suggestions”.

The series of surveys were conducted nationwide between March and June by the BN Youth Lab programme through telephone calls, social networking sites Twitter and Facebook, and polls to detect relevant issues and problems affecting the Malaysian youth. It said a majority were not political party supporters, with 62 per cent undecided on their vote.

The major concerns voiced by the interviewees were employment, education, rising cost of living and public transportation. Most of these concerns pushed Malaysians to hand four states and 82 federal seats to the Pakatan Rakyat (PR) in Election 2008.

Both coalitions are now racing to sign up the 4.4 million unregistered voters in the country, comprising mainly youths. The DAP is the leading political party registering new voters ahead of the 13th general election, and has helped PR register two voters to BN’s one for the first half of 2010.

According to the BN Youth Lab, its survey also discovered that 30 per cent of the 1,000 youths surveyed are worried with the country’s current situation while 50 per cent are unhappy with the rising crime rate in Malaysia.

It reported that around 65 per cent of respondents felt the country was on the right track against the 30 per cent concerned over its future.

The survey said more were most concerned about employment/career (66 per cent), beating out children’s education and future (20 per cent), and cost of living (12 per cent).

Apart from the crime rate, the respondents were also dissatisfied about public transport (22 per cent), housing (10 per cent) and education (13 per cent).

The top most aspirations for those surveyed were economic progress (33 per cent) and freedom of expression (24 per cent), as opposed to transparency (19 per cent), religious tolerance (14 per cent) and race-related policies (7 per cent).

1 Sah PAS pembohong besar! Mufti Perak nafi berbohong!

Oleh: Bro Jinggo

Pemimpin PAS hentikanlah semua pembohongan... Orang Melayu masih mempunyai masa depan dalam mengekalkan kuasa sekiranya mereka kembali kepada prinsip perjuangan asal iaitu untuk bangsa, agama dan negara.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menafikan dakwaan dua Naib Presiden Pas kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin Pas dan UMNO yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

“Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu….jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

“Yang penting dia seorang Islam atau tidak…berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya,” katanya.

Kedua-dua Naib Presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini dilaporkan menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin PAS dan UMNO yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan UMNO dan PAS.

Mereka dilaporkan sebagai berkata, selama ini pimpinan PAS tidak pernah mengeluarkan arahan rasmi khususnya di dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti supaya menemui Harussani untuk membincangkan isu berkenaan.

Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi.

Katanya pemimpin PAS yang datang itu bertaraf tinggi dan ada juga pemimpin Umno yang bertaraf tinggi juga datang berjumpa beliau.

“Saya pun tidak faham.. pertemuan itu semata-mata untuk pertahankan Islam dan orang Melayu, kenapa sampai nak tuduh macam-macam dan yang marah sangat kenapa,” katanya.

Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur.

Tuesday, July 20, 2010

1 Pemuda Umno Selangor hantar dokumen isu pasir ke SPRM


Pemuda Umno Selangor hari ini menghantar sejumlah dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sebagai sokongan kepada dakwaan penyelewengan pasir yang dibuat Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Noh Omar Sabtu lepas.

Ketua Penerangannya Safarizul Mustafa berkata dokumen setebal setengah inci itu dihantar bersama bukti seperti resit rasmi berkaitan aktiviti penjualan dan pembelian pasir di negeri itu.

“Buah semangka berdaun sirih, mengata orang dia yang lebih. Kita bukan seperti mereka yang mendakwa tanpa bukti, jadi hari ini kita kemukakan bukti kepada SPRM untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata semua dokumen itu diperolehi daripada badan perhubungan Umno Selangor.

Pemuda juga akan terus mengumpul bukti berhubung isu pasir di negeri tersebut bagi memastikan isu berkenaan diambil serius oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Antaranya beliau mendakwa KSSB memberi diskaun 22 peratus atau RM4 bagi pembelian setiap tan pasir yang berharga RM17.50 kepada sebuah syarikat, manakala yang lain hanya diberi potongan sebanyak 50 sen.

Selain itu Noh juga mendakwa KSSB memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit. — Bernama

1 Hishamuddin: Don't blame Umno Youth for Perkasa's popularity

By Muzliza Mustafa, The Malay Mail

KUALA LUMPUR: The rising popularity of Malay rights group Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) should not be blamed on Umno Youth's incapability in championing the cause of the race.

Umno vice-president Datuk Seri Hishamuddin Hussein said the void can be created in many ways.

He was responding to Tengku Razaleigh Hamzah's comment in online news portal Malaysian Insider that Perkasa's popularity among Malays was due to the failure of Umno Youth's leadership in championing Malay rights.

“Do not blame Umno Youth, Umno, Puteri Umno or MCA on the void,” said Hishamuddin after officiating the 13th FBI National Academy Associates (FBINAA) Conference at a hotel near Mid Valley today.

He said at this time when many issues are being raised, the public should focus on filling up the void or counter it, and not blame any group for the growing popularity of Perkasa.


Tengku Razaleigh had, last Saturday, also said that current Umno Youth chief Khairy Jamaluddin’s ostensibly staunch support for party president Datuk Seri Najib Razak, was just a ploy to get a Cabinet position.

“There is a vacuum in Umno Youth, when it should be the spokesman for the Malays. But the present Umno Youth leadership does not articulate the Malay plight."

The Kelantan prince, popularly known as Ku Li, claimed that Umno Youth had lost its tenacity and vigour in championing the community, with the leaders engrossed in eyeing positions for themselves.

“This sounds very pathetic but they say he (Khairy) wants to become minister, so that’s why he has to support the prime minister, at least that’s what people say.

“The fact remains that Umno Youth used to question a lot of issues concerning the plight of Malays. That has always been the role of Umno Youth,” said Tengku Razaleigh.

The Gua Musang MP noted that the current mood in the party made it timely for Perkasa to recruit more disgruntled Umno members.

Outspoken Pasir Mas MP Ibrahim Ali started Perkasa as a one-man pressure group for Malay rights. It now has branches and divisions in every state in Malaysia.

There was also claim that Perkasa has 200,000 members. Out of these numbers, 80 per cent are from Umno.

Tengku Razaleigh also claimed that Umno branch meetings were not attended by their Youth and Puteri wings, to the point where meetings could not make quorum.

0 Artikel Pilihan : Sampai bila PAS hendak memusuhi UMNO!

Oleh: Taminsari

Dalam menuju alaf baru ini, banyak perkara yang patut diambil kira oleh masyarakat Malaysia. Di samping berusaha berusaha menjadi sebuah negara yang serba membangun dalam bidang ekonomi, teknologi maklumat, sains dan teknologi, soal-soal dasar survival negara patut menjadi suatu hal penting dalam agenda kita.

Dalam hal ini, orang Melayu perlu berbuat sesuatu untuk menguatkan perpaduan mereka, walaupun dalam masa yang sama perbezaan pendapat politik di antara mereka tetap ada. Perpecahan mutlak di antara mereka akan membawa kehancuran kepada kedudukan dan kuasa politik yang dimiliki. Perpecahan di antara golongan kanan dan kiri Melayu antara 1946-1948 dan perpecahan ulama UMNO daripada badan induknya untuk membentuk Parti Islam Se-Malaya pada 1951, patut menjadi teladan.

Jika dilihat keadaan senario politik negara sekarang, perpecahan umat Islam sudah semakin membimbangkan. Umat Islam Melayu sudah berpecah kepada tiga! Soal mementingkan pendapat sendiri ataupun menegakkan kepentingan sekumpulan kecil pemimpin Melayu sehingga perpecahan politik Melayu menjadi begitu ketara, patut dielakkan.Tanpa parti yang mengutamakan kepentingan Melayu sebagai modus operandinya, seperti di Singapura, nasib orang Melayu pada masa depan akan terancam. Tanpa ada parti yang kuat untuk menjadi wakil orang Melayu dalam setiap pilihanraya kebangsaan,kuasa politik yang tinggal sedikit ini akan musnah. Atas kesedaran ini UMNO dapat terus bertapak selama 64 tahun dalam politik negara ini.

Pergelutan politik Melayu secara tegas bermula dengan perebutan kuasa sebagai wakil politik Melayu kepada British, apabila Malayan Union diperkenalkan pada Januari 1946. Golongan kiri dan kanan cuba sedaya upaya bekerjasama dengan British supaya penjajah itu menerima mereka sebagai wakil orang Melayu. Malah, ada pihak telah bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya demi untuk mengalahkan lawannya walaupun kepentingan bangsa Melayu menjadi taruhannya.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada Oktober 1945 di Ipoh , Perak atas anjuran Parti Komunis Malaya, cuba menyatukan orang Melayu dalam politik. Dalam dasar Malayan United Front, Parti Komunis Malaya cuba menyatukan semua bangsa di Tanah Melayu untuk menyokong ideologi komunisme sebagai satu alternatif kepada sistem politik beraja yang dimiliki oleh masyarakat dan kerajaan negeri-negeri Melayu.

British pula cuba memperkenalkan sistem kerajaan republik dan unitary state kepada Tanah Melayu melalui Malayan Union. Segala sistem politik Melayu yang diterima oleh British sebelum Perang Dunia Kedua dihapuskan dengan meletakkan seorang Gabenor yang bertanggungjawab terus kepada Raja England.Tekanan dua kuasa besar ini menyedarkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu terhadap perlunya mereka bersatu tenaga dalam sebuah gerakan politik yang bersifat kebangsaan.

Soal parokialisme atau kenegerian yang menguasai politik orang Melayu selama ini cuba dilupakan. Seruan untuk bersatu itu mengatasi sempadan politik yang menguasai orang Melayu Semenanjung sejak awal kurun ke 20. Kongres Melayu 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 1-4 Mac 1946 di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar, menjadi benteng perpaduan Melayu yang memeranjatkan British dan pemerhati politik masa itu.

Perhimpunan bangsa Melayu yang paling bersejarah itu bersetuju menubuhkan UMNO, yang dirasmikan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946. UMNO dengan itu menjadi suara padu orang Melayu menentang Malayan Union. Parti radikal Melayu iaitu PKMM turut sama hadir untuk menubuhkan UMNO di Johor Bahru. Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Presiden PKMM sama-sama menandatangani Piagam UMNO 1946, Perlembagaan UMNO yang pertama. Inilah perpaduan yang pertama dan terakhir bangsa Melayu yang pernah dicatat oleh sejarah.

Namun , perpaduan ini tidak disenanagi oleh Parti Komunis Malaya. Berbagai-bagai helah dilakukan untuk memecahkan perikatan UMNO-PKMM ini. Melalui beberapa pemimpin kedua PKMM, Parti Komunis Malaya menjalankan jarumnya untuk menjadikan PKMM sebuah parti yang sentiasa tidak puas hati dengan pucuk pimpinan UMNO.

Hal pertama yang dibangkitkan ialah soal pendekatan politik UMNO. Pendekatan politik UMNO yang sederhana dan suka berunding itu dianggapnya kolot. Keduanya, UMNO dibidas kerana tidak menuntut kemerdekaan penuh daripada British; matlamat UMNO yang hanya mahu status quo tradisional Melayu ( kedudukan peribumi dan pengembalian takhta Raja-Raja Melayu ) dihidupkan semula sebelum menuntut kemerdekaan, dianggap terlalu remeh.

PKMM lebih suka sebuah republik dan kerakyatan sama rata kepada semua penduduk Tanah Melayu. UMNO dituduh tidak progresif. PKMM juga membangkitkan soal ketidakadilan UMNO dalam memberi undi/suara kepada parti besar dalam pengundian UMNO, ini tercetus dalam dalam soal pemilihan bendera UMNO. PKMM juga mempersoalkan kepimpinan UMNO yang terus dikuasai oleh golongan feudalis dan bukan rakyat biasa. Kesemua sungutan PKMM disebarkan dalam akhbar rasminya Pelita Malaya, yang berpusat di Kuala Lumpur. Musuh utamanya ialah Majlis yang menjadi jurucakap UMNO.

Parti Komunis Malaya secara terbuka menyokong PKMM dengan menuduh UMNO memanjangkan penjajahan British, tidak progresif dan feudalistic. Melalui desakannya, PKMM menarik diri dari UMNO pada Jun 1946, setelah hanya tiga bulan bekerjasama. Selepas penarikan itu, kerjasama di antara keduanya dipertingkatkan. UMNO dibidas bukan sahaja oleh Pelita Malaya, tetapi juga oleh Malaya Tribune yang memang bersimpati dengan gerakan radikal dan komunisme.

Pengaruh Parti Komunis Malaya terus mencengkam PKMM apabila kepimpinan Dr. Burhanuddin yang sederhana tidak disenanginya. Melalui dua kumpulan berbeza, iaitu kumpulan komunis PKMM dan golongan radikal Melayu PKMM, Parti Komunis Malaya berjaya meletakkan Ishak Mohamad sebagai Presiden PKMM manakala Dr. Burhanuddin hanya menjadi penasihat. Dengan kepimpinan lebih radikal, PKMM lebih cergas menentang UMNO.

Keupayaan UMNO bersama Raja-Raja Melayu meminta British membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu merancakkan permusuhan PKMM dengan UMNO. Dengan sokongan AMCJA ( All Council of Joint Action ) yang berpusat di Singapura yang diketuai oleh Tan Cheng Lock dan Parti Komunis Malaya, PKMM mengubah nama kepada PUTERA. Dengan nama dan kerjasama itu, golongan anti UMNO menegakkan prinsip demokrasi dan kerajaan republik serta membidas Perjanjian Persekutuan tidak demokratik dan progresif.

Kerakyatan jus soli kepada orang Melayu dianggap satu diskriminasi kepada bangsa lain. Kedudukan istimewa Melayu dipersoalkan. Pemulangan takhta dan negeri kepada Raja-Raja Melayu juga dibantah. Perjanjian Persekutuan 1948 dianggap pro-Melayu. Ia juga dianggap tidak progresif kerana kerana suara rakyat dan pilihanraya tidak diperkenalkan.

Konsep Malayan Malaya menjadi pegangan PUTERA dan sekutunya. Mereka mengemukakan perlembagaan 10 perkara untuk menentang UMNO, Raja-Raja Melayu dan British yang dinamakan Perlembagaan Rakyat. Ternyata prinsip utama sistem politik Melayu sebagai dasar politik Tanah Melayu ditolak oleh PUTERA-AMCJA-Parti Komunis Malaya, dan mendesak sistem politik sama rata diwujudkan. Kegagalan mendapatkan kedudukan politik sama rata itu telah menyebabkan pemulauan perniagaan diadakan diseluruh Tanah Melayu dan Singapura. Bagaimanapun, ini gagal mengubah pendirian British, Raja-Raja Melayu dan UMNO.

Perjanjian Persekutuan 1948 yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu pada 21 Januari 1948 itu mengesahkan kejayaan UMNO dan mengetepikan PKMM/PUTERA sebagai wakil politik orang Melayu dalam kerajaan British. Parti Komunis Malaya yang gagal mendapatkan kuasa melalui cara perlembagaan, mengadakan pemberontakan bersenjata. British dan orang Melayu menentangnya sehingga 1960. Kekuatan perpaduan orang Melayu sederhana secara langsung mengalahkan golongan radikal kiri.

Parti Komunis Malaya juga menggunakan ulama yang bekerjasama dengan PKMM untuk menentang kekuatan perpaduan orang Melayu dalam UMNO. Berpusat di Gunung Semanggol, Padang Rengas, Perak, kumpulan radikal agama dan PKMM menubuhkan beberapa organisasi ekonomi, pelajaran dan agama untuk memberi alternatif kepada UMNO. Kepada golongan ulama radikal ini, UMNO hanya memperjuangkan kepentingan pembesar dan Raja-Raja Melayu tanpa membela nasib rakyat bawahan yang masih miskin, kurang pendidikan dan terbiar.

Walaupun ini tidaklah begitu tepat kerana UMNO juga mempunyai program-program untuk membaiki pendidikan, ekonomi, perniagaan dan soal kebajikan yang lain, tetapi bagi golongan radikal ini adalah pentas politik alternatif untuk menentang UMNO. Penubuhan Hizbul Muslimin sebagai sebuah parti politik Islam pada Mac 1948, memang merupakan tandingan terbuka kepada UMNO. Perpecahan Melayu kepada fahaman kanan, kiri/ radikal serta ulama menguntungkan Parti Komunis Malaya. Dengan begitu yakin ia melancarkan pemberontakan kerana kelemahan perpaduan orang Melayu.

Pengharaman parti-parti radikal Melayu dan Parti Komunis Malaya pada Julai 1948 dibawah Undang-Undang Darurat, telah meninggalkan parti UMNO sebagai parti tunggal dan penting untuk orang Melayu. UMNO cuba menyatukan semula orang Melayu dengan membuka pintunya kepada bekas-bekas ahli API, PKMM, AWAS, BATAS, sebagai ahli UMNO. Kemasukan mereka menyebabkan slogan Hidup Melayu ditukar kepada Merdeka pada awal 1951 sebagai tanda perubahan matlamat perjuangan UMNO.

Keduanya, UMNO menubuhkan Perikatan Pemuda UMNO pada 1949 dengan tujuan menyatukan semua tenaga pemuda Melayu ke dalam UMNO. Ini juga melahirkan satu arena politik baru bagi bekas-bekas penyokong golongan radikal/kiri.Ketiganya, menyerap semua tenaga ulama, terutama yang beraliran radikal ke dalam UMNO. Persidangan ulama pertama dan kedua diadakan di kuala Lumpur dan Muar pada tahun 1950 dan 1951. Dalam persidangan di Kuala Lumpur, Persatuan Ulama Malaya ditubuhkan bagi memberi cadangan untuk kemajuan masyarakat Melayu.

Ini termasuklah soal penyelarasan pentadbiran Islam, penubuhan Universiti Islam dan lain-lain lagi.UMNO dengan itu telah menjadi parti yang sempurna sebagai tonggak politik Melayu. Namun, perbezaan idea dan permainan politik British, bukan Melayu dan rebutan kuasa pemimpin memecahkan UMNO kepada tiga parti besar. Datuk Onn meninggalkan UMNO untuk menubuhkan IMP. Persatuan Ulama Malaya pimpinan Ahmad Fuad membawa diri sebagai sebuah organisasi politik ulama dan dalam Mesyuarat September 1951 di Seberang Perai, persatuan itu menjadi Parti Islam Se-Malaya (Pas).

IMP kemudian menjadi Parti Negara, yang menjadi lemah dengan kematian Dato Onn pada 1962. Namun, Pas kekal sebagai parti saingan UMNO hingga kini.Perpecahan memang tidak akan menguntungkan survival bangsa Melayu terutama dalam masyarakat majmuk yang menggunakan sistem demokrasi dan Parlimen sebagai alat pentadbiran dan politiknya.

Keterbukaan yang tidak bertempat, perebutan kuasa dan kelalaian kepada perjuangan utama, tanpa mengambil kira kehidupan generasi Melayu akan datang dan perpecahan yang berlarutan akan menjadi senjata makan tuan kepada orang Melayu. Semangat bulan Mac 1946 patut menjadi indeks politik masyarakat Melayu Malaysia. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari
http://belantan.blogspot.com/

4 Lim Guan Eng Melampau, hina penjawat awam kerajaan persekutuan

Sebelum ini, Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus hanya bersabar dan mengambil sikap berdiam diri walaupun dituduh dengan pelbagai kenyataan yang menghina peribadinya oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Namun penjawat awam itu akhirnya bersuara hari ini kerana tidak mahu lagi menjadi kambing hitam kerajaan negeri.

Menurutnya, kenyataan Guan Eng bahawa beliau tidak kompeten, tidak profesional, pengecut dan patut diberhentikan ekoran isu curi pasir di tapak projek Politeknik Balik Pulau, adalah amat biadab.

Sambil menyifatkan kata-kata kesat seumpama itu tidak sepatutnya dilemparkan seorang yang berjawatan Ketua Menteri, Nik Ali memberitahu, ia merupakan kali ketiga Setiausaha Agung DAP itu membuat kenyataan biadab dan melampau kepadanya.

"Sebelum ini, Guan Eng kata saya lidah biawak, pegawai tidak kompeten, 'little Napoleon' dan sebagainya. Apakah niat sebenarnya saya tak tahu, tapi yang kita nampak beliau 'bekerja kuat' untuk mengeluarkan saya dari negeri ini.

"Ia seperti menghina peribadi serta kerjaya saya dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, agensi yang memelihara kepentingan Kerajaan Persekutuan dalam memberikan kesejahteraan kepada rakyat Pulau Pinang.

"Ingin ditegaskan di sini, Guan Eng tidak mempunyai 'locus-standy' untuk menilai saya sebagai pegawai yang tidak kompeten dan sebagainya," katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada sidang akhbar isu curi pasir di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim; ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya; ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah dan ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad.

Guan Eng semalam menggesa Nik Ali segera meletakkan jawatan kerana mendakwa beliau cuba melarikan diri dan menuding jari kepada orang lain berhubung isu curi pasir tanah milik Kerajaan Persekutuan di Balik Pulau.

Perang dingin antara kedua-dua individu itu tercetus apabila Guan Eng mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera diikuti dengan isu perobohan pintu gerbang Taman Botani dan terbaru, isu curi pasir.

Nik Ali menjelaskan, isu curi pasir tidak ada kena mengena dengan bidang tugas dan tanggungjawab SDO, sebaliknya ia bidang kuasa pihak berkuasa negeri, Pejabat Tanah dan Daerah dan ditangani bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri.

Tambahnya, Pejabat Tanah dan Daerah mempunyai kuasa penguatkuasaan, memantau dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menjalankan kegiatan itu sama ada di tanah persendirian, syarikat, kerajaan negeri atau Persekutuan.

"Begitu juga dalam isu perobohan gerbang di Taman Botani, beliau dakwa saya membazirkan wang kerajaan sedangkan keputusan dibuat Jemaah Menteri berasaskan prinsip rakyat didahulukan dengan mengambil kira pendapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pencinta alam.

"Justeru, saya ingin mengingatkan Guan Eng supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bersifat serangan peribadi dengan menyiasat fakta berhubung struktur, peranan dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan negeri sebelum membuat kenyataan liar," ujarnya.- Utusan


Pejuang Bangsa: Guan Eng serang penjawat awam kerajaan persekutuan !!

0 Datuk Seri Reezal Merican - UMNO Juga Ada Maruah, Jangan DiHina!

Oleh: KU AZMAN KU ABAS.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meminta pemimpin Pas agar menyelami dengan mendalam ingatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar jangan terus menghina UMNO dalam ucapan-ucapan mereka.

Menurut beliau, sebagai pemimpin yang mewar-warkan perjuangan Islam sebagai landasan, ingatan itu tidak akan dipandang ringan sebaliknya menjadi batas dan landasan untuk pemipin Pas di semua peringkat.

“Datuk Seri Najib menunjukkan sifat merendah diri dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya walau pun UMNO sabahan hari dihina dan dikutuk dengan pelbagai cercaan sejak tercetusnya perpaduan UMNO dengan Pas.

“Bagi saya, Datuk Seri Najib boleh kata balas dengan pelbagai ungkapan namun beliau mengambil sikap seperti yang dituntut di dalam Islam. Niat saya bukan nak membodek tetapi melihatnya secara ikhlas. Lagi pun kalau pemimpin Pas benar-benar menghayati tuntutan perjuangan Islam, mereka sebenarnya lebih memahami teguran berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengingatkan Pas supaya jangan terus menghina UMNO dalam ucapan-ucapan mereka.

Katanya kalau hendak berbincang janganlah mengutuk antara satu sama lain dan pendirian UMNO untuk menjayakan rundingan perpaduan antara orang Melayu tidak pernah berubah.

Reezal yang juga Ketua Pemuda Kepala Batas seterusnya menegaskan, pemimpin Pas tidak sewajarnya beremosi berhubung soal perpaduan antara UMNO dan Pas.

Ini kerana katanya tindakan tersebut hanya akan mengeruhkan keadaan dan tidak memberikan sebarang faedah kepada soal perpaduan Melayu dan umat Islam di negara ini.

“Bagi saya dalam soal perpaduan ini, tinggalkanlah “historical baggage” dan pandang ke hadapan. Tidak ada maknanya kita mengimbau kisah dulu-dulu yang tidak memberi sedikit pun manfaat kepada orang Melayu dan umat Islam hari ini.

“Pandanglah ke depan dan janganlah menghina UMNO melampau-lampau. Kita pun ada hati dan perasaan. Apa yang dituntut di dalam Islam adalah persaudaraan. Itu yang patut diutamakan.

“Tidak bolehkan kita mencatat satu sejarah bersama hari ini yang mana pemimpin Islam bersatu di dalam satu matlamat iaitu perpaduan Islam dan orang Melayu. Sesungguhnya itulah yang dituntut dan kita akan terus dikenang sampai bila-bila,” katanya. – MediaUMNO
 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates