POLITIK HARIAN: Najib, Rosmah Tolak Ditemu Bual Jadi Saksi Kes Liwat Anwar

Friday, August 12, 2011

Najib, Rosmah Tolak Ditemu Bual Jadi Saksi Kes Liwat Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan kepada pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka menolak untuk ditemu bual atau saksi dalam kes liwat, menurut ketua pasukan peguam Karpal Singh pada Jumaat.

Najib dan Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pukul 2.55 petang untuk bertemu pasukan pembelaan berkenaan iaitu Karpal, S.N. Nair dan Datuk Param Cumaraswamy sebelum meninggalkan kompleks terbabit setengah jam kemudian.

Karpal bercakap kepada pemberita pada pukul 5.40 petang selepas menemubual mereka.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Sri Rosmah Mansor, Musa, Rodwan dan 11 orang lagi.

Hakim turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan. Pada mulanya mahkamah menetapkan 8 hingga 26 Ogos dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan.

Di akhir kes mereka, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang yang telah pun ditemu bual.

Syabas PM, Peguam Anwar panggil, PM datang! Harap selepas ini Anwar akan terima cabar dr YB Zulkifli Nordin yang menawarkan dirinya untuk menjadi saksi kes liwat Anwar.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

Anonymous said...

Tindakan PM wajar.. kalau nak ada 5 org dh ready jd saksi

Anonymous said...

Anwar nk perangkap Najib.. Mmg patut najib tolak jd saksi sbb tiada kaitan lgsg!