Wednesday, February 20, 2013

53 Harun Taib Tibai Fauziah Toron... PKR Sudah Jauh Menyimpang Dari Landasan Jalan Allah?


Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyelar kenyataan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang mahu terjemahan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu sambil menyifatkan parti itu 'sama taraf' dengan DAP tentang pengetahuan agama dan akidah.

Dengan nada tegas, Harun sekali lagi meminta PKR dan DAP agar menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu yang memutuskan kalimah Allah tidak dibenarkan kepada penganut agama lain termasuk dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Badan tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah.

Bagaimanapun Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata Pakatan Rakyat sudah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya PAS yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura Ulama yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja.

"PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama," kata Harun kepada Antarapos.

Fauziah Toron

Beliau diminta mengulas Fuziah yang menolak pendirian entiti tertinggi PAS itu selain turut menyokong desakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng agar penganut Kristian di Semenanjung dibenarkan menggunakan Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Menurut Fuziah, adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya.

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan tidak menghina Islam.

Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setakat ini Abdul Hadi belum mengemukakan pendirian Majlis Syura Ulama itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Karpal mahu Majlis Syura Ulama mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan.

53 comments:

Anonymous said...

Cakap banyak tak da. Undi pada mana2 pemimpin gabungan PR adalah HARAM...... Awas!!!!!

Anonymous said...

tunggu ajelah hukuman Allah SWT sebab memainkanNya

rantai said...

pasal kalimah "Allah" bising bukan main ..... tolak hukum hudud camana..??? tolak hukum tutup aurat..??? hukum judi..??? hukum arak..??? rembat duit kerajaan halal ke..??? mendzalimi orang melalui isa dulu halal ke..??? tembak budak sewenang-wenangnya tak berdosa ke..??? rasuah, halal ke..???

Anonymous said...

rantai,
kalau akidah dah salah, semua ibadah dah tak bermakna apa-apa. Aku sokong ulama dalam PAS, ada gak suara, sygkan agama. Nak harap Anwar, harammm...

Dari segi politik plak, yg timbulkan isu ni pun bukan UMNO/BN. DAP yg timbulkan, PKR menyokong, PAS menentang. Skrg PR dah jd pakatan rabak.

Anonymous said...

Kalau mereka tak boleh guna nama Allah, maka aku nak tanya kau orang semua, siapa yang jadikan mereka? God ka Allah? Kalau kamu kata God yang jadikan mereka, maka kau orang memang sah Murtad. Tapi, kalau kau orang kata Allah yang jadikan mereka, maka, betul la jawapannya. So, tidak salah mereka menyebut dan menggunakan nama Allah. Apakah kita nak menyesatkan mereka lagi dgn membezakan tuhan yang sebenar yang menjadikan mereka dan kita? Apakah kita mahu menjadi murtad dgn menyuruh mereka menggunakan perkataan God sedangkan Allah yang menjadikan mereka.

Yang kafir adalah mereka sebab merek memang dah kafir. Tetapi, yang murtad adalah kita kerana membenarkan dan menyuruh mereka menggunakan perkataan God sedangkan Tuhan yang menjadikan mereka dan kita adalah tuhan yang sama ie Allah.

Kalau mereka tidak percaya itu adalah hak mereka sebab mereka kafir, tetapi, kita tidak boleh menghalang mereka untuk memanggil tuhan itu Allah.



Anonymous said...

Apa tunggu lagi, keluar dari pakatan haram. Kalau pimpinan pas tua berdegil, keluar dari pas. Gunakan pru13 ini untuk tunjuk kekuatan Islam supya kapir laknat tidak bersikap biadap dan kurang ajar. Berikan bn 2/3 majority tahulah kita ajar puak2 pelampau ini.

Anonymous said...

Kenakan statemant dpd Nazri Aziz yang membenarkan orang Kristian yang ketua menterinya bukan islam boleh menggunakan perkataan Alah dalam kitab mereka? Kenapa tidak di bahaskan?

Satu lagi, kenapakah sekiranya salah kerajaan malaysia tidak menggunakan kuasa unduang2nya untuk menghalang penggunaan kalimah ini pada orang bukan islam? Kenapa kerajaan yang berkuasa kini masih diam diri. Kenapa rakyat harus membahaskannya.

Yang ke-2 ialah kenapakah mesti ada 2 hukum dalam islam sekiranya berpandukan kenyataan Nazri Aziz pada 2010 lalu. Kenapa di Sabah dan di Sarawak boleh, dan kenapa di Semenanjung tidak boleh. Apakah hukum islam itu ada dua or double standard. Minta mufti Harussani jawap dalam hal ini. Kalau ada 2 hukum yang berbeza iaitu di sabah & sarawak boleh manakala di semenanjung tidak boleh, maka memang benarlah ie hukum islam itu tidak sempurna.

Jawapannya ialah kerana kerajaan BN hendak menimbulkan suasana huru-hara dan cuba mengambil rasa simpati dpd orang melayu terhadap isu ini terutamannya bilamana PRU-13 dah nak hampir. dan dengan beranggaan oranmg melayu akan sokong mereka (Umno). Inilah sebenarnya motif BN/Umno memainkan issu ini. Memang jahat mereka2 ini. Mereka ini memang parti syaitan.

So, berwaspadalah wahai orang 2 islam terhadap niat busuk parti syaitan (umno) ini.

Anonymous said...

Ya betul, kenapa di Sabah dan di Sarawak di benarkan? Kenapa ada dua hukum Islam? Kenapa Kerajaan BN tidak menggunakan kuasa undang2 yang ada? Kenapa membiarkan orang awam membahas hal ini. Kenapa BN....kenapa??????

Anonymous said...

Anon 3:21 PM,

Aku nak tanya ko, boleh ke bapak ko berjimak dgn mana-mana pompuan tak payah nikah? Kan lelaki ni nafsunya utk pompuan? Islam ke, tak Islam ke, nikah atau tak, kalau dpt anak, last2 budak tu jd manusia jugak. Apsal ISLAM kata haram?

Ko belajar lagi lah. Jgn ikut sgt akal yg tk berapa nak cerdik tu. Nak faham agama bukan guna logik, tapi wahyu.

Makna 'Allah' yg sebenar hanya benar ikut definisi Islam. Lain, tolak!

Anonymous said...

Bodoh 3:21PM, mmg la Allah jadikn smua makhluk. Masalahnye skg xsmua makhluk bertuhankan/mnyembah Allah. Ko nk pesongkan aqidah ummat Islam mmg pandai. Tp hujah ko bodoh n sesat. Kristian xsembah Allah. So, utk ape dorg nk pergunakan nama Allah? Utk berdakwah/murtadkan anak2 mlayu?

Anonymous said...

Salam Bro. Ini smua salah umno kot. Sampai kao berak keras pun nak salahkn umno dn krajaan. Apa punya thuuuurrrr la kao ni.

Xpas said...

Isu Kalimah isu tauhid, serah kpd Majlis Fatwa, yg kurang berilmu memberi komen takut nanti merosak aqidah !

Anonymous said...

Eloklah PAS gaduh dgn PKR psl DAP... Tahniah...

Hamba Allah said...

kepada yang banyak sangat kenapa tue.. sila tgk video nie
http://www.youtube.com/watch?v=hqCgBXYLdKo

Anonymous said...

Kenapa masa Nazri Aziz (pemimpin Umno la...) membenarkan penganut agama Kristian di sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah dpada kitab2 mereka, tiada seorang orang UMNopun yang membangkang????? Mana pergi nya si Harus Sana Sini tu? Kenapa tak keluarkan fatwa boleh jadi murtad pad si Nazri Aziz tu?

Kenapa tak ada telor masa tu????

So, bagi aku, ini lebih kepada nak tarik simpati orang melayu pada Umno sahaja terutamanya dah dekat PRU-13 nanti.

Tapi, kau orang mesti ingat, tak semua orang melyu bodoh macam lembu shahrizat tu.

Anonymous said...

Bodoh macam lembu Shahrizat???
keh..keh..keh...
Yang bodoh tu ialah si Anon 3.37, 3.38, 3.48 & 3.56

Kalau takut diri tu terpesong dpd agama, belajar lah agama. Orang yang tak belajar dan beramal dgn aga sahaja akan sentiasa rasa takut. Kan Allah dah kata, hanya orang2 busuk hatinya (yg mempunyai sifat mazmumah) sahaja yang sentiasa akan rasa takut dan tak senang pada diri dan orang lain.

Anonymous said...

Kenapkah di Indonesia, kerajaannya membenarkan penggunaan Kalimah Allah pada kitab2 Injil mereka? Kenapakah Dr Asri membenarkannya? Kenapakah Dr Yusuf Qardhawi membenarkannya?

Tolong jawap puak2 umno???

Anonymous said...

Jawapannya ialah kerana kami (Umno) nak dapatkan undi simpati dpd kaum melayu nanti. Sekarang ni lah masanya nak tunjuk tanduk? La ni lah masanya nak tunjuk taring (konon membela islam). Sebenarnya bukan ada apa2pun.
Lagak ja lebih......

ha..ha..ha..

Anonymous said...

Untuk Anon 3.37.
Memang betol yang yang bukan menyembah Allah ialah orang Kafir dan yang menyembah Allah adalah orang Islam. Memang aku sokong 100%. Tapi, siapa yang menjadikan mereka? Allah ka atau God????

So, kau nak kata kat orang kafir ka : " weii...bukan Allah yang jadikan kamu tau, yang jadikan kamu ialah God"
Nak kata macam tu ka????
Nak nagajar orang kafir macam tu ka???
So, siapa yang akan murtad? Kamu ka atau orang kafir tu akan murtad?

Soal kepercayaan itu satu hal lain. Masing2 mempunyai hak kepercayaan beragama. Tetapi kita tidak boleh menghalang mereka menggunakan kalimah Allah sebab Allahlah yang menjadikan mereka.

Yang menjadi problemnya ialah orang melayu ni terutamanya puak Umno ni ialah terlampau "feeling" tak bertempat. Takut pada diri sendiri. Menolak tanpa ilmu dan pentingkan politik, itulah jadinya. Yang mereka tahu ialah nak mainkan isu sensitive dan dapatkan simpati undi orang melayu sahaja.

Anonymous said...

mcm ni ke contoh perjuang PAS? penuh dengan dengki, caci maki aib org? menegakkan perjuangan tanpa nas dan fakta? sedih saya...

Anonymous said...

Boleh belah la umno dgn issu tong taik ni.....

Anonymous said...

Mana nas dan fakta kau wahai si Anon 4.23.
Tunjukkan????

Nak aku tunjukkan bukti kenyataan dpd Nazri Aziz???

Anonymous said...

Anon 4.23
Paku dulang paku serpih. Mengata orang tapi, orang2 umno yang kata dan buat lagi lebih.

Contoh: Budaya samseng yang dilakukan olehsamseng2 yang menghalang, membuat kacau pada kakitangan gerak kerja PR dpd memberi penerangan kepada penduduk>


So, siapa yang membuat huru-hara???? Siapa yang menyemai kelakuan samseng??

Apakah patut rakyat berdiam diri membuta tuli dgn kelakuan samsseng2 ini (sebagai satu contoh)?

Anonymous said...

puuiiii cakap umno samseng, samseng pkr baling kerusi sesama sendiri tu apa cerita? pirah mabookk!

Syaitan PAS said...

eh... eh... panas pulak puak pakatan haram kat sini, mcm dah masuk nereka pulak yeee....

Anonymous said...

Jawap soalan aku dulu?
Kenapa Indonesia, Dr Asri dan Dr Yusuf Qardhawi membenarkan penggunaan kalimah Allah? Adakah mereka semua ni dah murtad kalau ikut fahaman Harus Sana Sini?
Jawap umno...jawap???

Anonymous said...

Soalan akupun puak2 lembu ni tak jawap lagi. Apa ke hal lembu2 ni?

Ni, aku tanya: "kenapa masa Nazri Aziz benarkan penggunaan kalimah allah pada orang kristian di sabah dan serawak pada tahun 2010, tak ada sekorpun lembu2 umno komen"?

Anonymous said...

Anun 4:56,
Masa 2010 tu, lembu-lembu umno ni tak sunat lagi.....

La ni masih "bodoh piang" sbb dah tua baru nak sunat.

ha.. 3X

Anonymous said...

Kalau ada telo siarkan komen wa..ok!!

Salam,
Kita suma makhluk di jadikan oleh ALLAH n bukan god yg sebarangan spt god utk bukan muslim. Maknanya mulut kita mulut kitala..sapa bulih tutup..selain diri sendrik. Kalu bukan islam nak sebut nama ALLAH..biaukan ler! Tetapi nak terjemah sesuka hati x bulih la cos mkna x sama kn..? So kiya sekarang duduk di malaysia..ada undang2..so kena ikut undang2 walau hampir semua rakyat tahu undang2 boleh di manipulate kerna mesia bulih ini..so..selagi perlembagaan mesia masih mengatakan islam agama rasmi di sebabkan majoriti islam..bukan islam kena akur sbb majoriti. Cumanya sistem sekular mesia menjadikan ruang ugama dijadikan polemik utk pecah n perintah! Ada paham.

Utk politicians kt mesia nih..kita kena paham..mrk ini umpama peniaga yg licik..bulih sembelih..dia sembelih la kecuali politicians yg berugama n mengamalkan nya. So forumers..bg komen sebelum nk taip..pikir dahulu dgn akal dan iman ugama anda..but jgn guna ur dicks, ur ass or ur crappy ideas only!

Cherioo

Krankenman

Anonymous said...

Kepada beberapa monyet di sini yang masih keliru ...:

Yang kita halang adalah penggunaan kalimah 'ALLAH' di dalam kitab Bible mereka. Saya ulang..; ke DALAM BIBLE MEREKA yang mahu diterbitkan dalam bahasa Malaysia.. (Maknanya, bahasa Melayu laa...)

Kepada monyet2 yang tak faham di sini.., tanyalah diri sendiri ;

Apa pasal org2 kristian nak buat bible dalam bahasa Malaysia @ bahasa Melayu..?

1)Ramai sgt ker orang melayu dok tertunggu2 nak baca bible ni? Bukankah ini merupakan satu gerakan untuk memurtadkan orang2 Melayu.., apatah lagi dengan menggantikan Jesus/Lord kepada kelimah 'ALLAH'?

Andainya orang bukan Islam nak guna kalimah Allah dalam sebutan.., itu perkara lain.., sgt berbeza.., malahan patut digalakkan. Elok sangatlah kalau Guan Eng & kafir2 sekalian nak sebut 'Masyaallah.., Subhanallah.., Alhamdulillah...' dsbnya. Itu sgt elok... Malahan kalau mereka nak sebut 'Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah'; itu lagi baik..!

Sebaliknya.., mereka bukan berniat nak meng'esa'kan Allah.., sebaliknya mahu mencampur gaulkan keesaan Allah ini dengan syirik mereka..

Inikah yang para monyet2 sekalian nak sokong & pertahan??

Saya bukan dari PAS, tetapi Majlis Syura PAS telah membuat ketetapan yang betul..

Anonymous said...

fatwa dah kluar..

UNDI PAS, PKR & DAP adalah H A R A M !! kerana jelas membawa mudarat kepada ISLAM

jgn dekati sesuatu yang H A R A M !!

Anonymous said...

Untuk anon 5.09
Dimanakah nas yang mengatakan Allah melarang menggunakan perkataan Allah dalam kitab mereka?

Dimanakah fakta yang mengatakan undang2 Malaysia melarang menggunakan perkataan Allah

Dimanakah anda ketikamana Nazri Aziz secara terang mengeluarkan kenyataan pada 19 Jan, 2010 yang mengatakan negeri2 sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan perkataan kalimah Allah di dalam kitab2 mereka? Apakah saudara/ri menutup mata (jika benar) undang2 islam ini sudah ada double standard ie di sana boleh manakala di sini tak boleh? Sempurnakah islam jika bageni?

Sebab itu saya katakan, ini semua adalah bersifat "feeling", takut pada diri sendiri dan bukan benar2 tunduk pada hukum Allah. dan yang lebih nyata ialah lebih bersifat mempolitikkan ujtuk kepentingan politik (bertujuan menarik simpati kaum melayu pada umno).

Sekiranya tidak dibenarkan, sudah lama kerajaan Malaysia tidak membenarkannya. Sudah lama kerajaan Indonesia tidak membenarkannya. Sudah lama Yusuf Qardhawi menarik balik kenyataannya.

Kenapa mesti takut pada bayang2?

Anonymous said...

Hai! kata Melaysia negara Islam. Benda kecik macam ni pun tak boleh selesaikan? Benda macam nipun dah kecut perut. MEMALUKAN ORANG ISLAM SAJA.

Anonymous said...

Lembu2 takut. Nanti anak cucu-cicit lembu dah tak sunat dah....
ha..ha..ha..!

Anonymous said...

Anon 5.13
Fatwa di keluar kan oleh siapa?
Dpd Al-Haj Imam Besar Umno Mahader Mohamad ka?

Anonymous said...

Tak payahlah nak kona kekiri kekanan... Apa yg dikatakan oleh Harun Taib mmg bertetapan... Kembalilah kepangkal jalan....

Anonymous said...

wahai pencacai2 semua (tak kiralah dari UMNO/BN ke atau PR ke...
kalau orang kapir tu mereka nak sebut nama Allah tu mereka punya pasal sebab Allah ni adalah Allah sekelian alam, tak kiralah manusia dari fahaman umno ke, PKR ke PAS ke DAP ke atau binatang dan juga tumbuh tumbuhan. Allah adalah Allah begi mereka semua.
tetapi apa yang dimusykilkan adalah apakah niat yang tersirat dilubuk hati para kafirun seperti kapak sink dan LGE serta disokonmg olih pencanai2 yang mengaku islam, dengan mengesa kerajaan membenarkan pengunaan nama Allah didalam Bible yang berbahasa melayu pulak tu?bukankah mereka ni sedia maklum yang anak2 melayu disekolah2 tu sememangnya tak fasih dan lancar berbahasa inggris adakah ni tujuanya mengapa mereka meminta nama Allah digunakan dibible mereka? Lu fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Wahai Anon 6.34.
Sebab itu aku kata ini lebih bersifat prejudis terhadap orang bukan islam. Lebih bersifat 'feeling" takut orang2 islam dah tak nak sunat lagi. Lebih bersifat takut, gundah gulana kerana peranan yang dimainkan oleh mereka lebih menoinjol dpd orang islam sendiri. Sebabnya apa? sebabnya ialah kerana orang islam itu sendiri tidak mahu mengikut agama islam yang sebenar. Sebabnya ialah keranan orang yang mengaku islam itu sendiri meleceh-lecehkan agama islam itu sendiri. Sebab orang yang mengaku islam tu sendiri yang menghalang orang yang nak tegakkan hukum islam itu sendiri. Sebab tu Allah turunkan bala kecil dalam diri ie takut pada bayang2 dan busuk hati. Sebenarnya tidak ada haangan untuk mereka menggunakan perkataan Allah. Dari segi hukum agama tidak ada. Yang ada hanyalah hukuman bersifat kemanusiaaan (iaitu takut, berwaspada dan dikuatiri). So, jangan campurkan hukum Allah dengan hukuman manusia. Jangan sesat manusia dgn ayat2 yang tidak bertanggungjawap.

Sebab itu sampai sekarang kerajaan BN/Umno berdiam diri dalam hal ini. Ini adalah kerana mereka yang mengubal, mereka yang meluluskan kebenaran ini. Apakah ada 2 hukum didalam Islam?


Anonymous said...

Hello brother!
Jangan gaduh-gaduh!
Wa, sapa jadi ketua, itu wa sokong.
Wa paling respec itu Tun Mahadhir. Ini Najib kurang sikit.
Mahadir is the best.
Diapun sudah cakap " No way hudud in Malaysia". Itu Najib pun followed jugak "No way Hudud in Malaysia".

I respect ini Mahadir because he is very bijak, not like others especially PAS. There are orthodoxs. Semua dari sekolah pondok. Brain pun tak tinggi. So, how to perintah negara. For me, Islam is not suitable in Malaysia because its not perfect, too extreamist. Dangerous for non muslim.

Anonymous said...

Hai, kata undang2 kat Malaysia ni adalah undang2 tercanggih. Perkara kecil macam nipun tak boleh selesai.

Note:
Sebenarnya Umno dah tersalah langkah. Dah tersalah gubal undang2. Nak mengaku dah takut malu pada orang ramai. Sebab tu tak berani guna undang2 yang ada. Cuma diserahkan pada rakyat utk bergaduh sesama sendiri. BODOH!!!

Kalu kau tak percaya kau orang tengok la, Last2, guna Sultan/Agung ja. Mati kutu dah Umno ni.

Anonymous said...

To all forumers n yg kata org monyet dan termasuk bukan islam yg ilmu agama sendiri zero nak tunjuk pandai tentang islam lebih dari orang islam..sila baca yer.!

Kalau nk mencaci n memaki..kan bagus kalau berdepan..sebab klu sapa x tahan kena maki n caci lepas tu bulih la klu nak berbunuh bunuhan..yer x?
Itu kalau jenis yg ada telo la..! Kalo x der..ko menyalak ler disini yer.. :-) .

Untuk yg bukan islam..bulih x ko bgtau ko ugama apa..supaya senang aku nk bgtau kepincangan ugama ko..n bulih la kita berhujah secara ilmuah..logik..atau apa saja cara berhujah..kalo x, x payah la ko nak tunjuk bodoh n bgtahu how contaminated of ur head with all those shitty, crappy,junky n dumbest ideology tht u devoted to!

Well m pretty sure tht u now have a clear idea of this forums don't u

Cherioo

Krankenman

Anonymous said...

Sorry my friend Krankenman,
I exposed my self here because I saw you all debate perkara2 yang melanggar undang2 negara. Who did the law? Who told people that "Ini negara tidak sesuai dibuat Hukum Hudud". Who scared us i.e. "kalau ini Hudud dibuat orang boleh makan sup tangan".
Who informed us i.e."If Hudud dilaksanakan, habis batu di Malaysia ini"? Who talked to us i.e. "If people buat sex mana mau cari 4 orang witnesses"? Who telling malaysia citizen that "if Hudud di buat, Malaysia akan mundur and no foreign investor will invest here"

So, very clear here that your Muslim people i.e. your top PM said about these. I must highlight here, because there are debated a small matters only and terkeluar from Malaysia punya law.

So, you must terima ini hakikat and situasi.

Anonymous said...

Ape le kau org ni,
Small matter la isu Kalimah Allah tu. Bawa mahkamahpun kalah la. Toksah dok debate la perkara ni.

Tuuuuuuu.....cuba pi tuju kat "pemimpin islam" yang kata Hukum Hudud tu tak sesuai di Malaysia.
Itu baru real.......
Itu baru kaw......

Anonymous said...

Aku sekarang ni confused.
Why masa Nazri Aziz keluarkan statement pada 19-01-2010 tu dulu iaitu membenarkan orang beragama kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah dalam kitab2 mereka,maka, tidak ada seorangpun dpd Mufti2, pemimpin2 politik Umno bersuara untuk menghalangnya???
Kenapa ye tak terdengar suara langsung????
Tolong jawap cikit!!!!!

Anonymous said...

Dear anon 10.22pm,

Thts wht u call exposed by anonymousing urself..well unlike me kn? From my understanding u did exposed of ur shallow issues n might be ur understanding bout my religion tht is islam!

Well..in islam..one who embraces islam after he/she long after reached their puberty..does not required circumsize! They only called moslem/moslemat but not mukminin/mukminat! Having said tht..did u think the people in power right now in malaysia is mukmin? No..they are bloody secularists..if not f****ng capitalists..maybe they are also liberalists..or atheists! But in islam def there isn't any so called progressive islamist..as islam is islam!

Check ur fact n get it right!

Cherioo

Krankenman

Anonymous said...

Dear Mr Krankenman,
I said based on Tun Mahadhir said. I described here because Datok Najib also said about this. If they said that Impossible to find 4 witnesses for illegally sex or zina in this time, so, why your Majlis Fatwa never said anythings. Why muslim peoples especially UMNo who dominant in Malaysia politic still quite and very different their reaction when compare to the Kalimah issue? Why muslim people quite when Tun Mahadir said "boleh makan sup tangan if Hudud dilaksanakan"? Until now I never heart muslim people complain about this. This means, this Hudud is not perfect and menyusahkan rakyat. Who want to help the victim after they kena potong tangan? That why I said if this Hudud is perfect, All the Muslim peoples will respect and apply it in the system. But they pun tak suka. So, how you want to explain abaout this to us. This is your agama but you all sendiri not confident on what your Tuhan said in Quran. VERY FUNNY.....

Anonymous said...

Dear Mr Krankenman,
As an example (latest): VERY FUNNY AND STRANGE.
"why in case of Anuar when he want to bring his case to mahkamah syariah, suddently your Menteri Agama and your Pengarah Jawi cuba MENGHALANG this case. They use lawyer to halang. "
Suppose if your Hudud and Mahkamah Syariah is perfect, I believe they must 100% support it. But sudah terbalik. Their orrangpun sudah tak mau caya?" Dia orang pun tarak yakin sama itu Mahkamah?

VERY FUNNY AND FUNNY!

That why Tun Mahadir & Najib said, this Hudud is truly not perfect. They not confident on it and not suitable to implement in Malaysia. So, why you still not agree it!

Anonymous said...

Mr Krankenman,
Do you know why non muslim scared about islam? You should ask Tun Mahadir. Tun Mahadir always said in his functions, that extremist islam is dangerous for Malaysian people. He always give examples such as in Plastine, Iraq, Iran - peoples there are willing to die (bomb berani mati). And he said this is not stated in Islam. He said this always happen and come from peoples sekolah pondok & sekolah agama. They recruited extremist he said. That why last time he tried to stop fund to all sekolah agama because he scared about it. So, you nampak ini perkarakan? He is an Islam and a great PM in Malaysia at that time. That why (I think), nobody want to complaint it. Because its true. TRUE... BECAUSE ISLAM IS NOT PERFECT.


Anonymous said...

Mr Krankenman,
Why must debate on the "Kalimah issue"? Buang masa "melayu cakap". I said buang masa because in Sabah & Sarawak you all allowed it but in Semenanjung your all dined it. Your Perak Mufti boleh kata murtad if somebody allow it. But as what one of the forumer said in 19-01-2010 Nazri Aziz sudah kasi boleh guna pakai sama Sabah & Sarawak. Why on that time nobody complaint?

So, FUNNY kan..... HOW COME IN ISLAM HAVE 2 DIFFERENT LAWS IN TWO DIFFERENT STATES IN MALAYSIA?

SO.....NOT PERFECT KAN. ITS TRUE AS WHAT TUN MAHADIR SAID.

Anonymous said...

Dear anon tht acting as he/she knows too much,

M gonna tell u once and thts it..did u or did not u understand wht i wrote earlier in my posts? Heck..malaysia is ruled by seculars..hence those so called captain is secularists..n he knew little bout islam n yet he too talk much n preaches as if he master quran n hadis n practices islam better thn people whom masters it!

N do u realized tht u are also acting like him? N FYI the senile tuns u r refering to is also not a malay!

So if u confused do not make others confused too..same goes if u r stipupid..others may not the same like u.

It clearly shows tht u have greater problem of understanding but m perplexed tht u still wanna write rather thn learn to understand it. Once u learn to understand..thn only we discuss as all ur crappy points as ur posts was purely based on hearsay n quotes from the secularists n senile citizen whom doesn't know when to shut his assmouth!

Cherioo

Krankenman

Anonymous said...

Dear Mr Krankenman,
You know that Tun Mahadir is a no-1 Top Prime Minister in Malaysia. Anythings he said nobody urge it. He is a greatest man in this country. Even when he said somethings about the your religious nobody from your "ulama" complain it. Meanings for non muslim when they know this situation, they assumed that what Tun said is correct. I also heart before that some of Umno members call him "ulama". So, why you denied him? Now you tell me how to find 4 witnesess if somebody do so called "zina" & and how Hudud can solve it? Where is Hudud Law in Malaysia? That why Tun said nobody in the worlds are practiced the actual Hudud Law - none? Meanings, your mulim peoples it self not confident on the Hudud Law. Samethings with the issue of "Kalimah" - none. All these things are gimmicks only.- because to attract and make malay peoples to sympathy to your party and at the same time to disturb the situation & harmony between races relation in this country.
VERY CLEAR and this can be seen when the PRU come. These is as what we seen and as what your all doing.
So, please tell me who is wrong and who teach us like this if we wrong?

Anonymous said...

Dear anonymous,

M sorry to say tht u still don't understand the issue. Let me tell u once more n it wud b the last..ok! In islamic teaching.."one shud not argue to others when the others level of thinking is not equivalent to u ..as it might cause bigger problem when u/the others became too confused and it wud harm others..whether it is in emotion n mind"

Well..in this case..ur senile tun us def in this categorie..n guess wht..u r the same!

Unless u still may have time to correct it..n start to buy a tafsir quran..n read it..n then refer to it..n compares to all the senile tun's statements reg islam!

Nonetheless..i wud like to apologized to u..shud any words tht i wrote here offense u in anyway!

Cherioo

Krankenman

Anonymous said...

Dear Mr Krankenman,
Yes I'll do.
But firstly, I still want to ask you who teach and informed us about the statement of Hudud. Your people kan? Is is Tun Mahadir is wrong? Or is it your ulama or your mufti is wrong? Or your people is wrong?

Yes we don't know about Islam compare to you all as a muslim, but
You must understand that what ever your people especially your top politiciant party show to us or inform us without complain from your ulama, for us that is write.

So, is it Tun failed to guide your muslim people?

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates