Monday, July 19, 2010

Kita perlu adil kepada Khairy Jamaluddin

Oleh : Shen Yee Aun


Ketika Khairy Jamaluddin baru sahaja terjun ke dalam dunia politik boleh dikatakan sebagai budak budak lagi. Keadaan ini mungkin menyebabkan Khairy terlalu ghairah sehingga menyinggung perasaaan ramai pihak tidak kira orang dalam BN atau luaran daripada Pakatan Rakyat.

Jika sebelum ini masyarakat luar mungkin benci pada Khairy kerana penjenamaan politiknya yang terlalu bersifat Melayu dan ada juga yang anggap sebagai terlalu bersifat perkauman politik Melayu maka orang benci padanya.

Tapi kini Khairy sudah mula belajar selok belok politik dan menjadi semakin matang dengan pembungkusan baharunya yang lebih adil kepada semua kaum di Malaysia maka orang dalaman dan organisasi tertentu pula mula tidak suka padanya kerana dikatakan sudah hilang kemelayuannya. Keadaan ini memaparkan kepada kita jika Khairy dulu silap kerana dirinya tapi adakah silapnya pada hari pula disebabkan menjadi mangsa persekitaran politik di Malaysia? Jika kita ialah Khairy dilemma kita pula sama ada kita ke kiri atau ke kanan kita tetap akan dipancung.

Jika orang dalaman BN hendak salahkan Khairy antara punca kekalahan BN pada PR 12 maka kita perlu terlebih dahulu membezakan antara satu satunya punca dan antara puncanya. Jika antara puncanya maka terdapat lagi banyak faktor yang menyebabkan kekalahan BN termasuk orang tertentu yang hendak menyalahkan Khairy.

Realitinya kini seolah olah Khairy dilihat sebagai satu satunya punca kekalahan BN tanpa disedari. Begitu juga apabila Khairy semakin silap dulu juga disebabkan orang orang kini yang mula meludah padanya adalah orang orang yang menjilat tapak kakinya yang pahit dan dikatakan manis. Mereka mengeruhkan lagi kesilapan Khairy pada ketika itu.

Jika ramai yang menggangap kebangkitan Khairy dalam politik datang dengan mudah kerana kewujudan Bapa Mertuanya sebagai Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu maka pandangan ini adalah benar.

Namun jika kita hendak katakan kelangsungan Khairy dalam politik datang dengan mudah sehinnga hari ini maka pandangan ini tidak tepat sepenuhnya. Bapa Mertuanya walaupun pernah menjadi aset politiknya tetap tidak lama kemudian sebenarnya sudah menjadi lemah dalam politiknya.

Perjalanannya mungkin singkat namun di pertengahan jalan keadaan sudah mula merubah.

Adakah kita masih ingat zaman pengakhiran Pak Lah dimana pada ketika itu beliau berada dalam kuasa dan pengaruh yang paling lemah dalam sejarah politik seorang Perdana Menteri ?

Pada ketika itulah Khairy sebenarnya sudah kehilangan tongkatnya. Khairy sendiri sudah kena berjalan dan berlari dengan kakinya sendiri tanpa tongkat yang dipegangnya selama ini. Cabaran besar mula timbul apabila Khairy sendiri disabitkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam pemilihan merebut jawatan Ketua Pemuda.

Jika kita masih ingat ramai sudah mula percaya bahawa Khairy akan kalah kerana bagaimana Khairy hendak berdepan dengan aura dan bayangan Tun Mahathir yang begitu bersinar pada pemilihan tersebut?

Mukriz mungkin lemah tapi bukan bapanya. Khir Toyo pula seorang politikus yang begitu lama dan berpengalaman dalam politik dan apatah lagi delegasi paling ramai datangnya dari Selangor. Pertembungan ini adalah pertembungan maut dimana Khairy tidak mendapat sokongan daripada Najib dan juga Tun Mahathir pada ketika itu.

Akhirnya Khairy tetap menang. Secara adilnya Khairy sepatunya kalah disebabkan kelemahan pengaruh Pak Lah pula menang akhirnya maka kita tidak boleh lagi memiliki pandangan adanya Khairy pada hari ini disebabkan Pak Lah. Permulaan mungkin ya tetapi bukan pada fasa pertengahan sehingga ke hari ini. Khairy yang kehilangan tongkat dan sedikit kecacatan pada pemilihan tersebut berjaya mengalahkan bayangan dan aura seorang bakal Perdana Menteri dan juga seorang bekas Perdana Menteri yang paling berpengaruh dalam sejarah Malaysia.

Analogi terhadap isu tersebut pula ibaratkan Parameswara yang merupakan seorang Putera di Palembang kerana masih muda sehingga menyinggung perasaan kerajaan Majapahit yang menyebabkan Putera ini hilang kebergantungan apabila Palembang sudah semakin lemah dan akhirnya melarikan diri ke Temasik.

Di Temasik pula Parameswara perlu berdepan 2 kuasa besar pada zaman tersebut iaitu Siam dan Majapahit yang hendak merampas Temasik. Bezanya Parameswara terus melarikan diri sehingga wujudnya sebuah kerajaan bernama Melaka tetapi bezanya Khairy pula tidak melarikan diri ketika tiba di Temasik.

Dengan limitasi yang ada padanya dia berjaya mengalahkan dua kuasa besar dan akhirnya menjadi pemerintah Temasik namun sayangnya tidak diiktiraf.

Jika kita suka melabel Khairy sebagai budak Oxford yang tiada kualiti sebagai seorang graduan Oxford maka tepuklah dada dan tanyalah selera berapa ramai dalam kalangan yang mengelar Khairy sedemikian ada juga kualiti asas untuk memasuki Oxford?

Jika kesilapan kesilapan lampau Khairy adalah pada fasa dimana beliau seorang budak budak lagi dan secara perlambangannya di Malaysia budak budak yang melakukan jenayah sekalipun jauh beza hukuman dengan orang dewasa. Khairy sepatutnya dihukum atas hukaman juvana. Khairy sebenarnya sudah pun dihukum atas ego , ketidakmatangan dan kesilapan lampau beliau. Sudah berkali kali diketepikan jawatan dalam kabinet. Kini janganlah sampai kita jatuhkan hukuman mandatori dalam karier politiknya.

Secara dalaman Umno mungkin sinar Khairy tidak terpancar namun di luaran Khairy sentiasa berdebat dan berforum dengan pelbagai pihak daripada pembangkang. Mereka yang ada status Menteri pun tidak mendapat sambutan dan pengiktirafan sedemikian. Nasihat kepada Umno pula jangan disebabkan perjuangan peribadi sendiri sehingga mengabaikan perjuangan holistik dalam jangka panjang.

Tepuklah dada bahawa anak Tun Mahathir memang hebat atau bapanya yang hebat? Adakah bapanya seorang individu yang akan hidup selama lamanya di negara kita ? Adakah ketika bapanya yang maha hebat sudah mula meninggalkan kita maka pada ketika itu aura Mukriz mula kehilangan? Mukriz tidak pernah hidup dalam sinarannya sendiri. Jika insan ini yang hendak mengetuai pemuda Umno maka anda hanya beri markah percuma kepada pembangkang . Satu pemberian hadiah yang pembangkang akan amat menghargainya.

Razali pula seorang yang baik , bersih , disukai dan kurang kontroversi. Namun aura yang ada Razali pada hari ini tidak beza dengan aura yang mula mula dimiliki oleh Pak Lah ketika mula mula menjadi Perdana Menteri. Adakah orang sebegini akan mampu bertahan lama? Anda hanya beri ruang kepada pembangkang melancarkan serangan membabi buta dengan mudah sama juga yang dilakukan oleh mereka terhadap Pak Lah dahulu.

Penulis berasa hairan mengapa Umno sudah wujud lebih daripada setengah abad perlu tunduk pada pertubuhan Perkasa yang baharu beberapa bulan sahaja wujud. Adakah Perkasa lebih besar daripada Umno?

Mungkin perjuangan Perkasa adalah aset kepada Umno tapi mungkin juga perjuangan Perkasa adalah liabiliti kepada Barisan Nasional. Anda sebagai seorang bapa mungkin akan menjadi lebih berkuasa tetapi isteri dan anak anak kamu pula akan semakin lemah.

Anda ibaratkan cuba menghapuskan Khalid Al Walid sebagai Jeneral perang yang sebenarnya boleh digunakan dalam peperangan demi kemenangan jangka masa panjang anda pula anda hendak pancung. Kalau begitu maka pancunglah. Anda dan pembangkang akan sama sama meraikan pemancungan ini.

20 comments:

Anonymous said...

salam.

tulisan you macam surat tunjuk sebab kenapa KJ perlu diminati je? hehe

what ever it is la you
I tak minat KJ.
kalau dia kata dia takkan pertahankan jawatan Ketua Pemuda tu molek sangatlah.

kalau boleh step down skang pun bagus jugak.


p/s: sebenarnya menyampah dengan orang yang cepat sangat naik ni nak nak pak metua PM pulak kan?

che det PM dah berapa tahun? ada mukkhriz jadi Ketua Pemuda? or apa apa jawatan pun ler.

sometime bukan sebab apa pun orang tak suka. personaliti dia tu sendiri yang buat orang tak suka.

Puan NMI

Anonymous said...

Kita perlu adil kat KJ??

Kalau nak adil, KJ perlu lepas jawatan KP UMNO sekarang sebagai pengorbanan untuk mengembalikan maruah UMNO khasnya Pemuda UMNO yang lesu & lembik sekarang.

Jika KJ letak jawatan sekarang, barulah orang akan hormat beliau.

Anonymous said...

Secara dalaman UMNO mungkin sinar Khairy tidak terpancar namun di luaran Khairy sentiasa berdebat dan berforum dengan pelbagai pihak daripada pembangkang. Mereka yang ada status Menteri pun tidak mendapat sambutan dan pengiktirafan sedemikian.

KJ tak perlu lepaskan jawatan!! Fikirkanlah sebaik2nya!! jika yg lebih baik dr KJ, sila berikan nama! siapa yg paling layang mengantikan KJ!

Anonymous said...

Setuju dia budak baru belajar...
Tapi..
Dalam proses dia nak belajar dia dah rosakan bangsa dan negara.
Negara dan bangsa lebih aman tanpa KJ.Jadi sdra blh sarankan KJ terus bersara dan enjoy wang beratus juta yang dia dah kumpulkan sewaktu proses pembelajaran dia tu..

Halim Pemuda said...

Puan NMI, ini bukan soal minat atau tak minat... Umno sepatutnya melahirkan seorang pejuang. Berani lantang. Bercakap atas yg hak. Bersuara bila perlu. Dgn inti perjuangan yg lebih bernas dan lebih jelas drpd apa yg diperjuangkan. Tidak keterlaluan jika dikatakan KJ memiliki segala ciri untuk memenuhi keperluan itu. KJ seorg yg berani, bijak, lantang, tegas dan petah. Apabila dia bercakap lontaran suaranya jelas dan lancar, sekali gus membayangkan ketegasan perwatakannya.

Jamil Abd Rahman said...

KJ pemimpin progresif, UMNO kena terima pemimpin pelbagai, jangan syok sendiri. Cakap nak berubah, inilah masanya

Anonymous said...

Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak suka KJ. Tp yg penting aku ikut org. Pendirian aku samalah dgn Puan NMI

kasim said...

Kj ni dah buat silap besar dulu, semua orang tahu. Secara tidak langsung orang merasakan dia dah merosakkan BN dan Melayu sendiri.
Kalau dia betul2 nak berjuang undur diri dulu dan jangan lari dari UMNO, lepas tu barulah orang nampak kredibilitinya sebagai seorang politikus yang berkaliber.

Anonymous said...

KJ pemfitnah!! buktinya kat bawah...

Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 Mac 2008, mendakwa KJ mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya bertajuk 'Anwar and kin no threat'.

Anwar mendakwa kenyataan itu yang dibuat KJ di Lembah Pantai, di sini pada 20 Feb 2008, antara lain bermaksud beliau terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam, tidak mempunyai perwatakan baik dan tidak layak memegang jawatan politik atau jawatan lain.

KJ jgn nak lari. welcome to Sungai Buluh!

Unknown said...

Khairy tidak sepatutnya dibiar menjadi mangsa yang seterusnya. Dia patut diberi peluang mempamerkan kebolehannya yang sebenar. Kali ini tanpa diganggu gugat oleh bayang sesiapa lagi. Dia tidak wajar dihukum dan diadili dengan cara sekarang, dimana segala keupayaan dan kebolehannya diletak di bawah manakala status peribadi dan kekeluargaannya ditolak ke atas.
Khairy sewajarnya diberikan kembali haknya, hak sebagai seorang manusia, seorang anak muda dan seorang ahli parti politikyang mempunyai visi!

Anonymous said...

sepatutnya KJ kalau nak berjuang dlm UMNO ni kena lah jadi macam Arwah Tun Ghaffar ke atau Tun M ke...dan lain lain pemimpin lama dulu..kena dari bawah...kalau ikhlas, insyallah AURA nya akan menyerlah...dan org akan sokong dia...ni tidak...guna nama pak mertua, samalah jugak dgn mukhriz samalah juga dgn najib dan sepupunya tu...(menteri amaran dalam negeri)dll pemimpin UMNO yg guna nama tok nenek mak bapak...tapi dia orang tu kira okaylah juga...tak kurang hajar dan biadap...bukan mcm si KJ ni..aku masa tu belajar kat over sea...budak budak melayu kat sana cukup berbulu dengan perangai dia ..la ni nak kalau nak turun, turun le cepat cepat...jgn meraih simpati...

Pemuda Berani said...

Awas pembangkang cuba masuk utk mengeruhkan lagi suasana.. jgn mudah terpedaya kepada mereka@ yg mengunakan Anonymous

aminiskandar said...

Kalau nak katakan biadap! Mukhriz lagi BIADAP!

Dah lupa ke pada Surat yang dihantar oleh anak kepada Dr. Mahathir, Mukhriz Mahathir kepada Abdullah Ahmad Badawi. Didalam surat ini dengan jelas Ahli Parlimen Jerlun itu meminta Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional untuk meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab keatas kegagalan BN untuk mempertahankan majoriti 2/3 di parlimen dan hilang penguasaan keatas beberapa buah negeri. Sila copy n paste url ini: http://aminiskandar.wordpress.com/2008/03/14/surat-mukhriz-kepada-abdullah/

Bingai @ Bangang said...

Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan.

Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html
Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

aku yang bingai

Amin said...

Minat dan sokong KJ. Pemimpin progresif dan modern. Teruskan.

Shen Yee Aun said...

tulisan you macam surat tunjuk sebab kenapa KJ perlu diminati je? hehe

( Tulisan ini hanya menuntut satu pandangan yang rasional dan adil. Tidak pernah hamba disini menyeru mana - mana pihak untuk menyokong Khairy. Hanya sekadar timbulkan persoalaan )

what ever it is la you
I tak minat KJ.

sebenarnya menyampah dengan orang yang cepat sangat naik ni nak nak pak metua PM pulak kan?che det PM dah berapa tahun? ada mukkhriz jadi Ketua Pemuda? or apa apa jawatan pun ler.

sometime bukan sebab apa pun orang tak suka. personaliti dia tu sendiri yang buat orang tak suka.

Puan NMI

( Seperti yang telah diutarakan personaliti Khairy sudah pun berubah namun berubah ke kiri atau ke kanan tetap akan menjadi isu. Mukriz tidak menjadi Ketua Pemuda sebab Mukriz sudah kalah dalam satu pertandingan 3 penjuru dengan pencalonan yang paling tinggi dan akhirnya tetap kalah walaupun dengan meminjam kehebatan bapanya. Kalau begitu pernah ke Khairy pernah menjadi Menteri? Sekurang - kurangnya Mukriz kini sudah menjadi Menteri. )

Anonymous said...

Kita perlu adil kat KJ??

Kalau nak adil, KJ perlu lepas jawatan KP UMNO sekarang sebagai pengorbanan untuk mengembalikan maruah UMNO khasnya Pemuda UMNO yang lesu & lembik sekarang.

Jika KJ letak jawatan sekarang, barulah orang akan hormat beliau.

( Jika KJ letak jawatan pertama KJ akan mencemarkan proses demokrasi yang telah memenangkan beliau. Mengecewakan penyokongnya. Ada juga yang anggap bahawa KJ mudah berputus asa. Hormat tetap tidak akan datang dengan perletakan jawatan. Pemuda lembik? KJ adalah doktor yang cuba mengubati dan merawati pesakit - pesakit namun kalau pesakit sendiri tidak mahu bekerjasama mana boleh kita salahkan doktor apabila penyakit mereka tidak sembur? )

shen yee aun said...

AKU PEDULI APA said...


Dalam proses dia nak belajar dia dah rosakan bangsa dan negara.

Negara dan bangsa lebih aman tanpa KJ.Jadi sdra blh sarankan KJ terus bersara dan enjoy wang beratus juta yang dia dah kumpulkan sewaktu proses pembelajaran dia tu..

( Ya. Khairy boleh enjoy dengan wang jutaan ringgit namun jika Khairy sehingga hari ini tidak memilih untuk berbuat demikian maka dia pilih untuk perjuangan ramai dan bukannya peribadi. Kenyataan ini tidak cukup adil. Pernah atau tidak sebelum kewujudan Khairy negara Malaysia benar- benar aman? Dan kini sudah tidak ada pengaruh dan jawatan Menteri pun negara tetap tidak aman. Kalaulah benar Khairy begitu maha hebat seorang individu mampu untuk rosakkan bangsa dan negara sampai ke tahap itu maka siapa lagi di Malaysia yang lebih hebat daripadanya? Ada kalanya jangan tunding jari. Ada kalanya kesilapan tertentu adalah kesilapan bersama )

kasim said...

Kj ni dah buat silap besar dulu, semua orang tahu. Secara tidak langsung orang merasakan dia dah merosakkan BN dan Melayu sendiri.
Kalau dia betul2 nak berjuang undur diri dulu dan jangan lari dari UMNO, lepas tu barulah orang nampak kredibilitinya sebagai seorang politikus yang berkaliber.

( Pemimpin mana yang tidak pernah ditimpa hujan? Lagipun asyik asyik berulang pun isu dulu dan bukannya hari ini. Kita semakin memandang ke belakang sehingga terlupa terpandang ke hadapan. Khairy sudah undur diri untuk menjadi seorang Menteri. Hanya berbekalkan jawatannya yang dimenangi secara sah dalam proses demokrasi dan memang tidak lari dari UMNO. Adakah ini kaliber yang dimaksudkan? Atau sebenarnya dalam pandangan peribadi saudara sudah sah - sah tidak mahu meletakkan satu pandangan yang adil dan hanya mahu Khairy undur diri supaya orang kata dia penakut , tidak berani dan mudah putus asa? Rasanya itu bukan kaliber )

Anonymous said...

sepatutnya KJ kalau nak berjuang dlm UMNO ni kena lah jadi macam Arwah Tun Ghaffar ke atau Tun M ke...dan lain lain pemimpin lama dulu..kena dari bawah...kalau ikhlas, insyallah AURA nya akan menyerlah...dan org akan sokong dia...ni tidak...guna nama pak mertua, samalah jugak dgn mukhriz samalah juga dgn najib dan sepupunya tu...(menteri amaran dalam negeri)dll pemimpin UMNO yg guna nama tok nenek mak bapak...tapi dia orang tu kira okaylah juga...tak kurang hajar dan biadap...bukan mcm si KJ ni..aku masa tu belajar kat over sea...budak budak melayu kat sana cukup berbulu dengan perangai dia ..la ni nak kalau nak turun, turun le cepat cepat...jgn meraih simpati...

( Pertama ada beza antara hendak turun dan memilih untuk tidak mempertahankan jawatan sedia ada pada pemilihan akan datang. Kedua Tun Ghaafar Baba , Anwar , Tun Mahathir tetap adalah mentor yang membawa mereka. Ghaafar dan Anwar dibawa oleh Tun. Tun pula dibawa oleh Tun Abdul Razak. Ketiga sebab itu artikel yang sudah menjelaskan kebangkitan Khairy dalam politik mungkin disebabkan pengaruh bapa Mertuanya tetapi kelangsungannya sehingga ke hari ini tidak hidup dibawah bayanangan Pak Lah lagi. Sebab itu saya kata Khairy sudah kehilangan kebergantungan dan tongkatnya namun masih berjaya hidup sehingga ke detik ini walaupun perjalanan pertengahahannya amat sukar)

Ular Menyusur Akar said...

Tak baik mempersenda KJ sebagai budak baru belajar. Itu bukan alasan baik untuk seorang pemimpin peringkat nasional. Bukan sahaja KJ menerima tempelak, malahan semua orang yang telah memilih beliau sebagai pemimpin terpalit sama.

Kalau kita menerima KJ telah melakukan kesalahan lampau, maka wajarlah KJ menerima hukuman.
Bagi saya jika KJ sanggup membuat sesuatu tindakkan dan kejutan yang boleh di hargai oleh bangsa dan negara, jangan khuatir secara otomatik rakyat akan menerima dia. Politik apa-apa pun boleh berlaku. Nuar boleh berbaik dengan PAS dan PAS boleh berpelok dengan DAP.

Kalau tak mahu ke depan, lebih baik undur kebelakang. Undur pendekar memasang kuda-kuda. Kalau kedepan tak boleh, memasang kuda-kuda tidak mahu, redah ajelah. Lapangkan dada untuk menerima semua terjahan yang datang.

agbr47: Orang tua-tua memang suka duduk di belakang.

Ms Pearl said...
This comment has been removed by the author.
Blog Jemaah Ulu Gadong said...

Saya nak tanya siapa dia orang UMNO yg sanggup prgi ke Kelantan berdebat?Dengan cuma 30 org penyokong dan berhadapan degn beratus penyokong PAS.Itulah KJ yg korang rasa x ade kaliber.X pernah pun KJ tolak sesiapa yg nak debat dgn dia.Zaman skrg ,Debat merupakan satu cara utk menyampaikan maklumat yg betul dan rasanya sampai skrg tiada lg pemimpin yg berani berdebat mcm KJ.Dia masih muda dan punyai ilmu yg tinggi,itu yg buat pembangkang risau.Jd yg x sokong tu rasanye pembangkanglah ataupun x pernah ikuti perjalanan politik KJ.