Sunday, August 7, 2011

Ahli Puteri UMNO Kini Cecah 360,000 Orang Mantop!

Dato' Siti Nurhaliza Tak Nak Join PU3 Ke?

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata usaha agresif pergerakan itu dalam mendaftarkan keanggotaan baru nyata berhasil apabila jumlah anggota pergerakanitu kini mencecah 360,000.

Jelas beliau pergerakan itu pernah mencatatkan peningkatan keanggotaan sebanyak 30,000 bagi tempoh tiga bulan dengan Sabah mencatat jumlah keanggotaan tertinggi sebanyak 48,265 orang, diikuti Johor dan Kedah.

“Usaha penambahan ahli di seluruh negara akan diteruskan meskipun dalam keadaan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan,” katanya.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata Puteri UMNO akan menjadi nadi kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum Ke-13 akan datang.

Katanya, antara persediaan pergerakan itu ialah dengan menumpukan usaha membaca sikap pengundi di bawah usia 40 tahun, di samping mengendalikan penggunaan sistem teknologi maklumat.

Sumber: UMNO-Online

2 comments:

Anonymous said...

syabas puteri umno..

Anonymous said...

klu dato' siti join mesti lagi ramai ahli puteri bro hahaha...