Wednesday, August 10, 2011

Anwar Perlu Terima 5 Bekas Sahabat Baiknya Menjadi Saksi Kes Liwat II


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diharap dapat menyahut cabaran lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedia menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwatnya dalam usaha mencari kebenaran dan keadilan kepada Ketua Umum PKR termasuk Saiful Bukhari Azlan.

Jika Anwar seorang pemimpin yang berani, kelima-lima individu berkenaan akan dipanggil untuk membantunya dalam mencari kebenaran khususnya dakwaaan yang diungkapkan oleh Anwar di serata ceruk negara bahawa beliau difitnah dan konprasi peringkat tertinggi dan sebagainya.

Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.

5 bekas pemimpin PKR, setiausaha sulit sedia jadi saksi kes Anwar

Lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar.

Mohamad Ezam berkata, mahkamah adalah medan untuk menjawab segala fitnah bahawa beliau dan rakan-rakan lain tinggalkan Anwar kerana habuan, sebaliknya Anwar ditinggalkan oleh mereka kerana haram berketuakan seorang peliwat.

Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan yang turut bersetuju menawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar berkata, orang yang rasa bersalah pasti akan bertindak melengah-lengahkan perbicaraan kes yang sedang dihadapinya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, beliau juga tertanya-tanya mengapa Anwar tidak memanggilnya sebagai saksi untuk perbicaraan kes liwatnya itu.

Dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman turut menyatakan kesediaan menjadi saksi di dalam kes liwat tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

Anwar tak perlu takut! kata lawan tetap lawan! hahahaa terlondeh jua pak nuar ni..

nonbal said...

Kalau Anwar x endah, 5 bekas sahabat Anwar ini patut menulis surat rasmi kpd Anwar memohon untuk menjakdi saksi. Kalau anwar x kasi juga, boleh kemuka kpd suhakam kerana ini dah masuk isu diskriminasi, sebab apa PM dan Isteri di minta jadi saksi sedangkan mereka tidak?. akhir sekali kalau tak berjaya juga maka mereka patut berguling-guling menangis depan mahkamah, minta jadi saksi he he he he