Sunday, January 8, 2012
Dakwaan Cuba Bunuh Wan Azizah, Laporan Terdesak AMK!
Satu laporan polis dibuat ekoran kes pengawal peribadi Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dimasukkan ke hospital selepas disyaki diserang dan didakwa dicederakan dengan objek tajam beracun.
Menurut Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang Syed Mikael Rizal Aidid, laporan melibatkan Fayyadh Afiq Albakqry itu dibuat sejurus selepas kejadian di Permatang Pauh malam tadi.
Dalam kenyataannya hari ini, Syed Mikael mendakwa, serangan itu disahkan berpunca dari tusukan jarum mengandungi morfin berlebihan ke tapak tangan.
AMK juga dilihat terdesak, dengan mendakwa insiden tersebut merupakan "cubaan membunuh" Wan Azizah.
"Serangan itu walaupun dapat dielak oleh Saudara Fayyad al-Bakri, pengawal keselamatan keluarga Anwar Ibrahim, ia tetap diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh!" dakwanya.
Nape nak bunuh Wan Azizah guna jarum? kenapa tak guna sniper... kan lagi senang? Orang yang cuba bunuh Wan Azizah tu pembunuh upahan atau penagih dadah?
Awal-awal lagi aku dah dapat baca taktik yang akan di mainkan oleh puak pembangkang ni... Sila rujuk di sini...
Malaysia ni belum capai ketahap yang membimbangkan lagi.. cuma PKR yang sudah capai ketahap yang membimbangkan!
Dakwaan AMK tersebut disifatkan dangkal, dimana AMK cuba meraih simpati rakyat dalam usaha menyelamatkan Anwar Ibrahim.
Walau apa pun yang terjadi... ianya tetap tidak akan dapat mengubah keputusan mahkamah berhubung kes liwat Anwar Ibrhaim 9 Jan, Isnin ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
depa dah gila agaknya... taksub sgt dkt nuar
Gelak2 guling2 wey...cucuk tapak tangan ?? sepatut cucuk pungkoq anuwar kasi pengsan...tangguh lagiiiii !!!!
Post a Comment