Tuesday, August 16, 2011
Aktivis Parti Pas Menangis Kerana Pas Takbur, Tamakan Kuasa : Toleransi Dibalas Tamparan
Tulisan daripada seorang aktivis parti Pas, yang terlalu taksub kepada parti itu, tapi kini terpaksa menangis tersedu-sedu kerana kelakuan parti itu yang sudah tidak sedarkan diri, takbur dan menghalalkan cara, demi ketamakan kuasa politik mereka.
Ikuti tulisan Saudara ANUAR SAHUDIN, seorang yang mengaku percaya kepada idealisme perpaduan Pas-UMNO. Tulisannya bertajuk: Toleransi dibalas tamparan.
SEBENARNYA isu ini bukan isu baru. Tahun 2008 Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria telah menggemparkan negara apabila mendedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian.
Umat Islam harus disedarkan oleh isu ini. Ini adalah akibat percakaran politik yang berlaku antara sesama umat Islam di negara ini, dan kelalaian kita. Iaitu antara UMNO dan Pas.
Pas perlu menyedari akibat tolakan ke arah perdamaian yang dihulurkan UMNO mengakibatkan musuh-musuh Islam bertambah berani menuntut pelbagai tuntutan yang sebelum ini jarang kedengaran, terutama kemuncaknya dalam isu kalimah Allah.
Dalam isu kalimah Allah umpamanya, 70 NGO Islam menolak hasrat Katholik, yang menerimanya hanya Pas dan Pakatan Rakyat (PR) sahaja.
Sepatutnya dalam isu-isu melibatkan kepentingan umat Islam dan Islam kita bersatu. Tetapi sebaliknya, demi untuk meraih undi, kepentingan puak dan parti politik Pas sanggup merugikan kepentingan sendiri, bahkan menjual agama. Saya bersetuju dengan pandangan Dr. Riduan Tee Abdullah bahawa dalam isu kalimah Allah umpamanya kita telah kalah. Dr. Riduan Tee berkata, misalnya terbaru, pertubuhan Kristian terus mencabar Kementerian Dalam Negeri berkaitan isu-isu sensitif seperti alkitab dalam bahasa Melayu, kalimah Allah dan sebagainya. Mereka mahu mengimport dan menterjemahkan al-kitab Melayu sebanyak yang mungkin.
Kenapa perkara ini perlu diperbesarkan sedangkan populasi mereka hanya di sekitar di bawah 10 peratus? Jawapannya juga mudah, mereka ada agenda lain. Kita yang terlalu bersangka baik dan terlalu menjaga hati mereka untuk mendapatkan undi. Sedangkan belum tentu mereka mengundi kita. Tidak cukupkah lagi kebebasan beragama yang diamalkan di negara kita? Ujar Dr. Ridhuan.
Isu usaha pemurtadan bukan isu baru dan berlaku di negara ini sahaja, tapi berlaku juga di negara jiran iaitu di Indonesia.
Sebuah majalah yang memenangi johan sebagai majalah berita Islam Terbaik 2010, Sabili, edisi 6 Januari 2011, mendedahkan, mengutip daripada pendedahan majalah Time bahawa tingginya pertumbuhan Kristian di Indonesia.
Majalah ini juga mendedahkan bahawa jumlah gereja adalah melebihi jumlah masjid, berbanding populasi penduduk kedua-dua pihak penganut agama di negara tersebut.
Sabili edisi 7 April 2011 mendedahkan terdapat usaha oleh Gerakan Global Gereja menyasarkan Indonesia tahun 2020 bermajoriti pemeluk Kristian.
Majalah yang sama pula mendedahkan Anwar Ibrahim menerima penghargaan daripada sebuah agensi Yahudi bernama Rand Corporation, sebaris dengan tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia seperti Ulil Absar Abdalla dan Azyumardi Azra kerana jasa-jasanya dalam mendukung kebebasan bersuara (kebebasan yang terlajak. Indonesia menyebutnya kebablasan).
Kalau anda membaca majalah di atas anda akan selalu mendapati ada saja usaha pemurtadan berlaku setiap hari di sana. Antara cara yang mereka guna untuk memurtadkan umat Islam ialah dengan memujuk secara halus, iaitu dengan menghulurkan bantuan kewangan, makanan, atau keperluan harian. Malah usaha ini telah pun berlaku sejak zaman Almarhum Prof. Dr. Hamka lagi.
Jadi eloklah umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dan peringatan apa yang ditulis oleh almarhum sekitar tahun 70-an dulu lagi. Memang pihak Kristian tidak pernah jera dan suka memprovokasi umat Islam. Tambahan pula apabila melihat kita terpecah-belah seperti saat ini.
Elok saya petik sebahagian tulisan Almarhum Prof. Dr. Hamka untuk renungan bersama:
‘‘Kita kaum muslimin sebagai golongan terbesar jumlahnya di negeri ini (Indonesia) telah menerima dengan puas dasar Pancasila. Sebab selalu dijelaskan, bahawa sumber dari sila yang empat ialah sila pertama; Ketuhanan Yang Maha Esa. Kita sudah merasa tenteram dengan akidah itu. Tetapi rupanya misi Kristian, dengan perbelanjaan berjuta dolar dari luar negeri datang ke mari membonceng Pancasila itu. Mereka terima Pancasila, tetapi bukan seperti yang kita fikirkan selama ini, bahawa Allah itu Esa adanya.
“Dengan membonceng Pancasila mereka menyebarkan ajaran pengganti ajaran Lailahaillallah itu, dengan mengeluarkan wang berjuta pound sterling dan dolar mereka hendak menukar Ketuhanan Yang Maha Esa itu dengan tafsiran menurut ajaran mereka, iaitu “Tidak ada Tuhan melainkan tiga, dan tiga itu ialah satu”. Allah Bapak ialah Yesus, dan Yesus itu ialah anak, dan anak itu ialah Bapak. Kumpulan ini minta dihormati. Mereka minta tanah, walaupun di tengah-tengah kampung orang Islam yang ber-Ketuhanan Yang Maha Esa sejati; demi Pancasila. Menurut keyakinan mereka, agama Islam ini belum sah. Kita masih kafir kalau kita belum mengakui bahawa Nabi Isa itu adalah Tuhan. Bahawa Nabi Isa itu adalah Allah sendiri yang menjelma menjadi manusia.”
Tulis Prof. Dr. Hamka lagi: Pada suatu malam seorang ulama besar di Jakarta bernama K.H.S.S. Djam‘an mengupas dan menafsirkan ayat al-Quran, surah al-Kahfi, ayat 4 dan 5; “Dan (Nabi itu) mengancam (masuk neraka) orang-orang yang berkata bahawa Allah mempunyai anak. Tidak ada pengetahuan mereka yang benar tentang itu, dan tidak pula nenek moyang mereka. Amat beratlah kata-kata yang keluar dari mulut mereka itu; tidak ada kata-kata mereka itu melainkan bohong semata-mata.”
Kiai Djam‘an yang telah seumur hidup menjadi guru Islam dan mubaligh, dengan sepenuh iman menerangkan pokok sendi kepercayaan Islam itu, kerana menafsirkan ayat itu telah mengalami satu hal yang selama hidupnya tidak disangka-sangka. Beberapa saat setelah habis beliau memberikan penerangan itu, rumah beliau dikepung oleh beberapa pemuda Kristian yang galak dan gagah berani. Beliau dituduh kerana membuka tafsir ayat itu, menuduhnya anti Pancasila.
Kiai Djam‘an dipanggil ke Balai Polis kerana ada laporan beliau anti Pancasila.
Tidaklah mustahil pada akal, dalam beberapa tahun lagi, kalau umat Islam masih lalai dalam mempertahankan pokok akidahnya, bahawa nasib kita di sini akan sama dengan dengan nasib umat Islam di Ethiopia.
Golongan minoriti suku Amhara, iaitu suku Kaisar Haile Selassi sendiri menindas umat Islam, dan menjalankan rencana mengkristiankan mereka dengan seluruh alat kekuasaan yang ada.
Apalagi kalau umat Islam di sini masih saja bercakar-cakaran kerana perebutan pengaruh sesamanya.
Kalau orang sudah berani mengepung tempat mengajar Kiai Besar ternama, mubaligh dan Guru Agama Islam yang telah berjuang sejak kecil untuk menegakkan tauhid dalam negeri ini, bagaimana dengan kita?
Sudah sampai begini sekarang, saudaraku kaum muslimin. Dan kita disuruh toleransi. Saya mengatakan Islam dalam bahaya. Dahulu bahaya komunis, sekarang bahaya gerakan Kristian yang menumpahkan dan menumpukan seluruh kekuatannya buat mengkristiankan umat Islam dalam negara kita.
Saya tidak membenci kawan sebangsa yang berlainan agama, tetapi saya menentang subversif kerohanian yang datang dari luar.
Prof. Dr. Hamka berkata lagi: ‘‘Sebagai putera Indonesia, saya setia dengan Pancasila, apa lagi dasar pertama ialah percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Bukan saja saya, apalah ertinya saya! Tetapi seluruh umat Islam dan pemimpinnya yang belum dapat dibeli oleh pujukan duniawi, akan tetap menegakkan toleransi dalam negeri ini. Akan tetap berkasih sayang dengan pemeluk agama yang lain. Tetapi saya dan seluruh kaum muslimin akan menentang seluruh aksi dan seluruh kecurangan yang dilancarkan dengan nama agama.”
Gerakan untuk mengkristiankan Melayu Islam di negara ini merupakan perancangan antarabangsa dan ia telah lama dikesan. Contohnya pendedahan buku Rencana Pendirian Persemakmuran Kristian di Asia Tenggara - Surat Arroyo Kepada Bush, tulisan-tulisan Dr. Adian Husaini, Ketua Dewan Dakwah Islamiah Indonesia (DDII), dalam bukunya yang berjudul Membendung Arus Liberalisme di Indonesia, dan tulisan-tulisan Dr. Riduan Tee Abdullah.
Sebaliknya malang apabila Haji Hadi (Presiden Pas) terus mengambinghitamkan UMNO dengan menuduh bahawa isu ini hanya helah BN untuk menutup isu pilihan raya bersih.
Kenyataan Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md Zin patut disokong semua pihak. “Apa saja usaha atau tindakan menyebarkan agama lain kepada umat Islam di negara ini dianggap bertentangan Perlembagaan Persekutuan dan ia perkara serius dan perlu diambil tindakan tegas.”
Pas misalnya sering menuduh UMNO tidak Islamik, menolak Islam, dan itu dan ini.
Mereka membutakan mata atas pengiktirafan Syeikh Al-Azhar bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam terkehadapan, dan mengiktiraf peranannya di mata dunia.
Bukan itu saja, Dr. Adian Husaini, Ketua Dewan Dakwah Islamiah Indonesia (DDII), yang bukunya berjudul Wajah Peradaban Barat, turut memuji Malaysia, bahkan katanya pelaksanaan Islam di Malaysia jauh lebih baik berbanding Indonesia, padahal Indonesia hampir 90 peratus penduduknya beragama Islam, manakala Malaysia cuma kira-kira 55 peratus lebih sedikit, tapi Malaysia lebih komited dan lebih unggul dalam menjaga kesucian agamanya.
Perkim contohnya berjaya mengislamkan kira-kira tiga ribu orang bukan Islam setiap tahun, menjadikan Malaysia hari ini adalah sebuah Negara Islam yang paling berjaya dalam bidang dakwah. Contoh-contoh lain banyak, yang rasanya tidak perlu penulis mengulanginya lagi di sini.
Pemerintah Malaysia berjaya melaksanakan Islam dengan baik, dalam keadaan sebagaimana disebut di atas, walaupun kita belumlah berpuas hati sepenuhnya, padahal Prof. Dr. Hamka menulis dalam Tafsir Al-Azhar halaman 1752, terbitan Pustaka Nasional, cetakan pertama 1983, “Kerana kita pun tahu bahawasanya untuk mencapai suatu cita-cita yang sah dan luhur, wajib juga kita mempertimbangkan ruang dan waktu. Dan tidaklah kita diberi beban oleh Allah melebihi daripada tenaga dan kemampuan yang ada pada kita.
Sebab pekerjaan membentuk undang-undang dari sebuah negara yang telah didirikan dengan kesepakatan segala golongan itu, padahal negara itu dahulunya bekas jajahan, bukanlah semudah apa yang dikhayalkan oleh fikiran.”
Lalu kita balik bertanya kepada Pas, apakah tolakan mereka supaya berdamai dan bersatu oleh UMNO, padahal ini sangat diperintahkan oleh Islam, dalam masa yang sama lebih rela bersekongkol dengan pihak yang jelas-jelas ekstrem, iaitu DAP, yang mengatakan “kalau mahu dirikan negara Islam, langkah mayat saya dulu,” memaki hamun, dan seolah-olah apa yang kerajaan buat tidak ada satu pun yang baik, padahal mereka menikmati berbagai kemudahan dan rezeki di bawah pemerintahan yang mereka anggap jahat dan tidak Islamik.”
Apakah juga parti Keadilan pimpinan DSAI yang penuh kontroversi itu lebih Islamik dan tidak sekular? Dan mereka yang sanggup mengecam saudara sesama Islamnya sebagai syaitan. Beginilah bunyinya pantun seorang pentakfir Pas dari Rantau Panjang, Kelantan, sekitar tahun 1999:
Wa wa bule, wa bule teraju tigo
Undi parti Isle, mati seksok masuk surgo
Wa wa bule, wa bule teraju tigo
Undi parti sete, mati seksok masuk nerko
(Wau wau bulan, wau bulan teraju tiga
Undi parti Islam, mati nanti masuk syurga
Wau wau bulan, wau bulan teraju tiga
Undi parti syaitan, mati nanti masuk neraka)
Apakah ini lebih Islamik, dan layak keluar dari sebuah pertubuhan yang mendakwa sebagai sebuah gerakan Islam, yang membawa-bawa nama Rasulullah SAW? Renung-renungkanlah. Penulis bersetuju dengan pandangan Dr. Riduan Tee Abdullah, bahawa masa bermain-main sudah tamat. Sekarang adalah masa bekerja dan memikirkan masa depan umat Islam secara keseluruhan.
Ingatlah! Orang kafir sentiasa merancang untuk memusnahkan Islam. Tanpa putus asa, mereka sentiasa mengkaji setiap kelemahan umat Islam.
Strategi ini tidak pernah berhenti kerana ia adalah senjata yang paling berkesan. Menunggu masa sahaja untuk menggunakan senjata itu sepenuhnya. Hari ini senjata tersebut telah pun digunakan. Mungkin kita buat-buat tidak berapa perasan. Situasi yang dihadapi oleh umat Islam hari ini dimanipulasikan sepenuhnya. Ini bukan masa untuk saling menyalahkan antara satu sama lain, sebaliknya inilah masanya untuk insaf dan bersatu merapatkan saf.
Inilah masanya untuk mengikuti jejak Fatah dan Hamas yang berdamai, lalu kita pertahankan agama dan perkukuhkan kekuatan kita. Apabila kita bersatu dan teguh percayalah tidak akan ada mana-mana pihak berani bersikap kurang ajar, biadap dan mengambil kesempatan meraup keuntungan. Strategi mereka memang licik dan penyamaran mereka memang halus. Mudah-mudahan kita tidak terus buta!
Sumber: Zaini Hassan
Pemuda Pas Dicabar Desak Pakatan Pembangkang Buat Pendirian Gejala Murtad
Pemuda Pas dicabar untuk mendesak kepimpinan pakatan pembangkang membuat pendirian dalam usaha menangani gejala murtad.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz berkata kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai sokongannya untuk menentang gejala murtad rentetan gejala murtad yang semakin parah di negeri Selangor hanya sekadar retorik sekiranya desakan tersebut tidak dilakukan.
Tegas beliau lagi jika Nasrudin serius, ia tidak sepatutnya menjadi hanya kenyataan Dewan Pemuda Pas secara bersendirian, tetapi ia perlu menjadi konsensus, dasar dan tindakan bersama pakatan pembangkang iaitu Pas, PKR dan DAP.
Justeru jelasnya yang pertama Nasruddin terutama Pemuda Pas tidak perlu memutar rekod lama tentang Pas kerana Pas hari ini sudah tidak sama dengan Pas yang dulu.
“Pas hari ini tidak lagi berminat untuk menegakkan Negara Hudud versi Pas. Pemimpin Pas hari ini juga tidak lagi berjuang untuk menutup kilang arak dan kedai arak seperti pemimpin Pas dulu.
“Ada kemungkinan pemimpin Pas sekarang juga tidak berminat untuk memperjuangkan isu murtad seperti yang dilakukan pada tahun 1988 dan 2006″, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kedua tegas beliau jika Nasrudin serius, Dewan Pemuda Pas dicabar untuk mendesak agar pemimpin Pakatan Pembangkang bersama-sama menggubal dan membawa Akta Murtad ke Parlimen dan Enakmen yang berkaitan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang.
Ketiga tambah beliau lagi Nasrudin juga perlu mendesak pakatan pembangkang melaksanakan Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama bukan Islam) Selangor; Enakmen no1/1988 secara serius.
“Keempat, Pemuda Pas juga perlu mendesak kerajaan pakatan pembangkang Selangor untuk menggubal dasar dan hala tuju yang jelas tentang usaha menegakkan syiar Islam, usaha memartabatkannya dan memelihara agama Islam dan aqidah umat Islam kerana ketika ini tidak ada sebarang dasar yang jelas mengenainya di dalam pakatan pembangkang.
“Kelima, Nasrudin mesti menyokong usaha mewartakan Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama bukan Islam) di semua negeri yang masih belum melaksanakannya dan mendesak kerajaan pakatan pembangkang untuk melaksanakannya di Pulau Pinang”, tegas beliau.
Jelas beliau lagi campur tangan politik untuk menghalang penyitaan premis yang disalah gunakan untuk memurtadkan umat Islam secara rasuah menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang Selangor tidak serius untuk menangani gejala murtad yang semakin parah di Selangor.-Pemuda Umno
Tukang Kasut Peserta BERSIH Mahu Jadi Jutawan Segera Tuntut 10 Juta
Inilah matlamat perjuangan BERSIH yang kotor, tak cukup dengan pemimpin yang tercabut kepala lutut mahu menyaman pihak polis kini muncul pula seorang tukang kasut yang didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 menuntut gantirugi RM 10 juta dan permohonan maaf secara terbuka oleh Berita Harian - akhbar yang memuatkan laporan itu.
Sebenarnya pemuda ini keliru tak faham dengan apa yang dia perjuangkan... tengok video dibawah..
Video URL: http://youtu.be/eMPLx2QQaw0
Terdahulu Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membuat laporan polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa sekeping gambar yang diambil oleh seorang jurufoto Kumpulan New Straits Times pada perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas menggunakan teknik 'super impose'.
Laporan itu dibuat oleh Presiden MPPA Mat Salim Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras. Baca disini...
Aku syorkkan pada mamat ni lepas ni saman Malaysiakini RM100Juta pula... Malaysiakini hina Peserta Bersih, Highlight Razak Sebagai Tukang "Kasut"... Malu beb!
Wallahi, Wabillahi, Watallahi... Ummi Lafaz Sumpah Tiada Hubungan Seks Dengan Baginda
Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.
Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan ingkar terhadap Baginda hari ini.
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...
“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.
“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.
Ummi Hafilda diiringi oleh peguamnya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Ahli perniagaan tersebut hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap bekas rakan perniagaannya Azman Abdullah @ Baginda Minda ekoran kegagalan lelaki itu menghadiri prosiding kes saman fitnah RM100 juta terhadapnya yang difailkan sebelum ini.
Ummi Hafilda yang hadir bersama Penasihat Undang-undang, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz turut melafazkan sumpah laknat di hadapan para wartawan bahawa beliau tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang didakwa berketurunan dayak itu.
Beliau turut mencabar Baginda Minda supaya tampil ke mahkamah dan jangan cuma berani cakap di Parlimen.
22 Ogos ini tarih keramat Anwar Ibrahim dimana Anwar akan dihantar ke rumah besi, Sungai Buluh... Anwar Ibrahim juga disarankan angkat sumpah bersihkan nama jika tidak bersalah? Rakyat mahukan kebenaran dari Anwar...
Video Pemeriksaan JAIS Di Gereja DUMC
Kami akan dedahkan satu persatu usaha pihak tertentu yang cuba Murtadkan Orang Islam di Gereja DUMC...
Kalau Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim nak tangguh dan sorok perkara ini daripada rakyat maka lebih baik beliau meletak jawatan sebab tidak layak lagi memegang jawatan Menteri Besar!
Video URL: http://youtu.be/bxShHuv8U6E
Info: SCREWKUAT
Di bawah antara beberapa pendedahan yang telah disiarkan melalui blog ini.... fikir-fikirkanlah apa yang berlaku di Gereja DUMC pada malam tersebut.. dan kenapa MB Selangor minta semua media tutup mulut...... ?
3 Gambar Adik Beradik Di Majlis Murtad DUMC Di Dedahkan
Pendedahan Terbaru: Laporan Jais Siap.. Ada Puak Nik Aziz Di Majlis Gereja DUMC
Lagi Gambar Penganjur Majlis Di Gereja DUMC Di Percayai EJen Murtad Di Dedahkan
SMS MBPJ Operasi Sita Bangunan DUMC!
DUMC Muslim Murtad Diberi Ganjaran RM60,000
Gambar Sophia Penganjur Majlis Di Gereja Methodist Damansara Utama DUMC Di Dedahkan
Gejala Murtad Dan 12 Nama Individu Yang Menerima Kitab Bible Versi Melayu Di Gereja DUMC
[artikel disertakan bukti] Cerita Sebenar Yang Berlaku Ketika Pemeriksaan JAIS Di Gereja DUMC
Sidang Akhbar 45 NGO Islam Seluruh Selangor Di Bilik Mesyuarat Utama Masjid Negeri Shah Alam
JAIS Serbu Gereja DUMC : Pengakuan Saksi Diberi Bible Versi Melayu
JOM Ramadhan: KJ Jelajah 1 Malaysia Sepanjang Ramadhan
KJ memasang papan tanda baru untuk Madrasahtulus-Salihin Bakar Batu,
Melaka Program JOM Ramadan 2011
Riuh rendah ramai di muara, orang berdagang berselang seli, Ramadhan Mubarak disambut semua, padatkan amal pada Ilahi...
Di bulan Ramdahan yang mulia ini, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin menganjurkan program Jelajah 1Malaysia (JOM) Ramadhan bagi baikpulih masjid, surau secara gotong royong di setiap negeri serta menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan antaranya fakir miskin, anak-anak yatim dan juga warga emas di seluruh Malaysia.
Setakat ini negeri yang telah di kunjunggi oleh KJ sepanjang bulan ramadhan ini ialah, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perak, dan seterusnya akan ke Negeri Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan KL, Pulau Pinang dan lain-lain negeri lagi...
Naib Ketua Pemuda Malaysia - Dato Razali Ibrahim
turut melancarkan Jelajah 1Malaysia (JOM) Ramadhan
Diharap setiap bahagian UMNO mengikuti langkah yang ditunjukkan oleh KJ ini, jika perlu UMNO pusat keluarkan arahan agar setiap bahagian melakukan aktiviti seperti mana Pemuda UMNO pusat lakukan.
Pemimpin berjiwa rakyat
KJ meneruskan tradisinya berbuka puasa bersama rakyat di kawasannya Parlimen Rembau
KJ meneruskan tradisinya berbuka puasa bersama rakyat di kawasannya Parlimen Rembau
Politik Harian/Bro Jinggo
Rumah Terbengkalai: Khalid Ibrahim Tipu Rakyat Selangor
Apabila kerajaan Selangor mengumumkan projek perumahan terbengkalai sebagai 6 fokus utamanya pada 2009, ribuan pembeli rumah malang di seluruh negeri itu menarik nafas lega. Masalah mereka kononnya mendapat harapan baru. Rupa-rupanya kena tipu lagi.
Namun janji hanya tinggal janji, apabila peruntukan RM 5 billion belum menampakkan hasil. Tiang rumah masih tinggal tiang, belukar semakin tebal dan bank masih mengejar pembeli, menjadikan mereka rimas. Sekurang-kurangnya terdapat 50,000 unit rumah terbengkalai membabitkan 141 projek perumahan di Selangor.
Sekaligus 50,000 keluarga yang merana angkara projek perumahan yang tidak siap walaupun bayaran balik pinjaman bank sudah bermula. Lebih terbeban, mereka terpaksa membayar rumah sewa yang sedang didiami.
Pengumuman Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad mengenai perancangan kerajaan negeri untuk membaik pulih projek terbengkalai pada awalnya membangkitkan harapan. Namun sejak ia diumumkan pada 2009 lalu, janji hanya tinggal janji. Baca lagi disini...
Harakah Kah... Kah... Kah... : PAS Tuduh Umno Serbu Gereja Bukan JAIS
JAIS di bawah kerajaan mana ? Pakatan ke UMNO ?
Exco Agama Islam Selangor ? Pas ke UMNO ?
Hassan Ali, Adun PAS ke UMNO ? kah kah kah ...
Petikan dari Harakah Kah... Kah... Kah...
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.
“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.
Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali
Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.
Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.
“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya.
Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini.
“Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai,” jelasnya.
Amat malang apabila Pas terus mengambinghitamkan UMNO dengan menuduh bahawa isu ini hanya perangkap UMNO.
Sepatutnya dalam isu-isu melibatkan kepentingan umat Islam dan Islam kita bersatu. Tetapi sebaliknya, demi untuk meraih undi, kepentingan puak dan parti politik Pas sanggup merugikan kepentingan sendiri, bahkan menjual agama.
Najib Tubuh Jawatankuasa Terpilih Parlimen Mengenai Pembaharuan Pilihan Raya
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.
Perdana Menteri berkata jawatankuasa berkenaan yang akan dianggotai oleh anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu.
"Ini supaya kita akan dapat kata sepakat untuk mengendalikan pilihan raya akan datang tanpa sebarang rasa syak wasangka bahawa ada sesuatu manipulasi yang dilakukan oleh kerajaan.
"Sebab itulah bila timbul pertikaian mengenai pilihan raya bebas dan adil yang dibangkitkan baru-baru ini maka kerajaan punya respons ialah untuk kita menangani soal yang telah mencetuskan pelbagai pendapat dan sedikit sebanyak pertikaian dan politik," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media yang dihoskan Bernama di Wisma Bernama di sini.
Beliau berkata langkah itu diambil supaya tidak ada yang salah anggapan bahawa kerajaan tidak menginginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan. Beliau berkata kerajaan juga komited untuk meneruskan tradisi demokrasi berparlimen yang telah dimulakan oleh pengasas negara sebelum ini.
"Saya dah kata dan saya ulang sekali lagi, saya dan anggota-anggota kabinet tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan daripada rakyat. Kami hanya akan tubuh kerajaan sekiranya terbukti rakyat benar-benar memilih kerajaan Barisan Nasional.
"Inilah yang saya nak sampaikan bahawa jangan ada sesiapa yang salah anggap bahawa kita tidak menginginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan," katanya.
Beliau berkata proses itu bukan perkara baru, tetapi adalah tradisi dan kebanggaan, dan sebagai pewaris kepada legasi yang telah diasaskan, amalan itu perlu diteruskan.
Katanya walaupun demokrasi mempunyai kelemahan, namun ia suatu cara pentadbiran yang sangat menguntungkan rakyat kerana ia memberi pilihan kepada mereka.
"Dan kita serah nasib kita pada rakyat, kalau nasib sabut kita timbullah, kalau nasib batu sebaliknyalah...tetapi yang penting sekali 'our conscience is clear'," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga mengabdikan diri kepada rakyat selain memperjuangkan, membela kesejahteraan, kebajikan manakala mendahulukan rakyat itu merupakan sesuatu yang dihayati sentiasa.-Bernama
Ini baru betul cara Kerajaan menyelesaikan Masaalah pilihanraya bukan perhimpunan haram jalanan....
Monday, August 15, 2011
Diantara Gambar Suspek Murtad Dalam Gereja DUMC Tampil Beri Keterangan Di JAIS
Seramai tiga lelaki dan sembilan wanita yang berusia antara 20-an dan 40-an dilihat tiba secara berperingkat mulai 9.15 pagi hingga 1 petang.
Turut kelihatan berada di Bilik Mesyuarat, tempat keterangan itu diambil, ialah Pengarah Jais Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Negeri Selangor Datuk Abdul Majid Omar.
Menurut sumber, mereka diberi kaunseling secara kumpulan kecil antara dua dan tiga orang oleh beberapa pegawai Jais dan Jabatan Mufti Selangor.
Difahamkan bahawa proses mengambil keterangan dan diberi kaunseling itu berakhir sehingga lewat petang.
Jais memanggil kesemua 12 individu itu memberi keterangan hari ini selepas mereka gagal berbuat demikian pada 9 Ogos lepas.
"Sebahagian daripada mereka hadir dengan ditemani peguam masing-masing," kata sumber itu.
Maklumat lanjut mengenai proses memberi keterangan dan kaunseling gagal diperoleh daripada Marzuki yang enggan bertemu pihak media dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
Malah, seorang petugas Jais meminta pihak media yang menunggu di Tingkat 6 bangunan itu supaya beredar.
Pihak media yang kemudiannya menunggu pula di kawasan pejabat Marzuki turut diminta oleh pengawal keselamatan untuk beredar setelah menerima arahan daripada 'pihak atasan'.
Pada 3 Ogos lepas, Jais melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya selepas menerima maklumat kehadiran beberapa orang Islam ke sebuah majlis yang majlis murtad dianjurkan di gereja berkenaan.
Oii!!! Khalid Ibrahim kenapa nak sorok kan lagi kes ini, kalau tak berani nak bertanggung jawab letak je jawatan sebagai MB Selangor! ramai lagi pemimpin yang layak ganti tempat Khalid Ibrahim tu!
3 Gambar Adik Beradik Di Majlis Murtad DUMC Di Dedahkan
Nea Reima Mareana binti Mahadzir (900906-02-5778)
Jalan Dato' Haji Shuib, Taman Sri Taman, Alor Setar
Ina Reima Fitriza binti Mahadzir (850714-71-5018)
Jalan Dato' Haji Shuib, Taman Sri Taman, Alor Setar
Ade Andrian Putra bin Mahadzir (940227-02-5609)
Pelangi Damansara, Persiaran Surian, Petaling Jaya
Jalan Dato' Haji Shuib, Taman Sri Taman, Alor Setar
Ade Andrian Putra bin Mahadzir (940227-02-5609)
Pelangi Damansara, Persiaran Surian, Petaling Jaya
Ketiga-tiga mereka ini disyaki sebagai adik beradik.
Tujuan kami menyiarkannya adalah untuk alert saudara atau kenalan yang terlibat supaya turut serta untuk menasihati mereka supaya kembali kepada ajaran Islam.
Menurut sumber kesemua peserta ini telah dibekalkan dengan RM30,000 sebagai bekalan kepada mereka jika ada apa-apa yang berlaku. Malah peguam yang dibekalkan oleh pihak gereja juga dalam proses mengajar mereka cara berhadapan dengan JAIS.
Mereka juga telah diberikan safe house untuk mereka bersembunyi dan seterusnya melarikan diri ke luar negara.
Info- My Massa
Setakat ini sudah 9 gambar individu yang dipercayai Murtad dikeluarkan, Sila klik link di bawah:
Gambar Sophia Penganjur Majlis Di Gereja Methodist Damansara Utama DUMC Di Dedahkan
Lagi Gambar Penganjur Majlis Di Gereja DUMC Di Percayai EJen Murtad Di Dedahkan
Pendedahan Terbaru: Laporan Jais Siap.. Ada Puak Nik Aziz Di Majlis Gereja DUMC
Minyak Dunia Turun, So What Anwar Ibrahim - Part 2 Pembangkang Kena Bakar
Seperti yang jangkakan posting bertajuk Minyak Dunia Turun, So What Anwar Ibrahim ? yang lalu buatkan puak pembangkang tidak senang duduk macam cacing panas kena bakar hidup-hidup.
Terbaru melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ada arahan diterima oleh bloggers Pakatan Pembangkang untuk menyerang artikel tersebut secara bertubi-tubi... Menurut pesanan yang diterima oleh beberapa sumber menyatakan pihak atasan pembangkang tidak berpuas hati dan arah bakar artikel tersebut supaya ianya tengelam dari fikiran rakyat.
Jelas menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran mereka ini, langsung tidak berilmiah sama sekali dan hampir sama dengan kanak-kanak bergaduh berebut guli... lebih menyerlah lagi apabila bloggers puak pembangkang tidak profesional dalam memberi pandangan yang bernas sebaliknya dipenuhi dengan kata-kata sumpah seranah! baca disini...
Mereka sering mendesak kerajaan pusat Barisan Nasional untuk turunkan harga minyak setiap kali harga minya turun, tetapi gagal untuk melaksanakan di negeri yang mereka perintah...
Memang betul harga minyak turun... tapi bagaimana dengan kosnya? turun juga ke? kenapa ini semua mereka tidak diambil kira?
Ok lah kita tolak tepi cerita tu dulu... Terdahulu kita cabar puak pembangkang untuk turunkan harga minyak disetiap negeri yang mereka perintah... Alasan yang mereka berikan ialah kuasa nk turunkan harga minyak terletak pada kerajaan pusat.. bukan kerajaan negeri.
Ok.. Baik lah... kalau itu alasan yang mereka berikan... memang aku tidak boleh terima, kerana itu alasan yang tidak bertanggung jawab, mengelak dan menunding jari kepada kerajaan pusat sedangkan mereka yang memerintah kerajaan negeri.
Selain daripada itu keseluruhan negeri yang diperintah oleh puak pembangkang mempunyai banyak sumber semulajadi tapi sayangnya habis dirompak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan diri mereka sendiri...
Apa salahnya jika sumber yang dirompak dari rakyat itu dijadikan subsidi untuk meringankan bebanan rakyat di Selangor.
Sebagai contoh cari duit beri subsidi kepada pengusaha stesen minyak supaya RON95 dari RM1.90 diturunkan menjadi RM1.40 seliter. Saya cabar turunkan satu jenis harga petrol dan satu negeri dulu cukuplah, kalau banyak nanti mereka tidak mampu pulak, ada yang tergadai nanti...
Cuba buat di negeri Selangor dulu.... ada berani? hahaha.. harap Khalid Ibrahim tak tertelan air liur pulak...
Kalau di negeri sendiri pun mereka tidak boleh nak fikirkan macam mana nak turunkan harga minyak... macam mana PR nak turunkan harga minyak di Malaysia?
Jangan bagi alasan bahawa kuasa nk turunkan harga minyak terletak pada kerajaan pusat lagi.. apa gunanya buku jingga itu kalau sekadar untuk menjadi hiasan permata hodoh tersergam usang dalam almari tu?
Buktikan dulu kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat mampu turunkan harga minyak dengan cara beri tersendiri tanpa bergantung kepada kerajaan Pusat!
Ada otak fikir-fikirkan lah... bukan guna kepala lutut Mat Sabu yang sudah tercabut itu untuk membohonggi rakyat....
Politik Harian/Bro Jinggo
Anwar Berjaya Tangguh Kes Liwat, Bela Diri Isnin Depan
Pihak pembelaan bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa Ketua Pembangkang itu akan memberi keterangan bela diri pada Isnin depan.
Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berikutan enam lagi saksi masih belum ditemu bual oleh pasukan pembelaan.
Berani kerana benar tangguh kerana...?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berikutan enam lagi saksi masih belum ditemu bual oleh pasukan pembelaan.
Berani kerana benar tangguh kerana...?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
MB N9 Sediakan RM3.2 Juta Bantu Fakir Miskin Sepanjang Ramadhan, MB Selangor Teruskan Maksiat Dan Murtad Sepanjang Ramadhan
Menteri besar bersama isteri Raja Datin Seri salbiah Tengku Nujumudin telah menyampaikan bantuan Baitulmal RM300-00 kepada 46 asnaf fakir miskin serta RM1500-00 kepada Masjid Kg. Limsum dan berharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban menghadapi Aidilfitri nanti.
Masyarakat terus dijaga serta dibela sejajar dengan dasar-dasar yang dibuat selama ini atas tujuan mensejahterakan rakyat seluruhnya.
Bagi golongan fakir miskin, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melakukan segala yang terbaik seperti unjuran Dasar Jaringan keselamatan Sosial Kemiskinan yang amat berjaya.
Bantuan yang disalurkan oleh JKM kepada golongan fakir miskin ini dahulunya terus dimasukkan ke dalam akaun bank atau diberikan di balai polis, tetapi bagi memberi keselesaan kepada para penerima yang kebanyakanya orang tua, maka kini ianya diadakan kepada di dewan orang ramai dengan disediakan makan minum dan Menteri Besar sendiri yang menyampaikannya.
Menteri Besar Negeri Sembiln juga mengumumkan, disepanjang bulan Ramadhan ini, Baitulmal membelanjakan RM32 juta untuk bantuan kepada golongan asnaf yang lapan dan juga bantuan kepada Masjid-masjid di seluruh Negeri Sembilan.
Ini semua dapat dilakukan lantaran pengurusan yang baik serta cekap oleh kerajaan Negeri dan juga jabatan yang dipertanggung jawabkan menguruskan wang zakat.
Di mana ada Khalid disitu ada Eli Wong..... Mana isteri Khalid?
Siapa pulak yang bocor rahsia buat pendedahan isu gereja ni? mampus aku... Khalid.
Subscribe to:
Posts (Atom)